dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 February 2009

Layan lagi

Sesi karaoke kedua ini teman dedicated kan untuk bro bs776



nyanyi jer tau...
jangan pi gelak-gelak lak...
hehehehehe

MB vs MB

Dengan kosongnya kerusi Parlimen P59 maka akan ada pilihanraya kecil lagi sekali.
melimpah ruah lah projek
ada yang tengah berkira kira untuk mendapatkan lesen kelas F
mana la tau kut kut Najib huloq banyak projek.

Majlis daerah pulak sibuk bukak fail fail lama
kut kut ada permintaan jalan tar yang belum terlaksana
ini le masanya untuk menurap jalan yang rakyat minta

tapi teka teki bermain di kepala
siapa calon yang sewajarnya

apa kata beri peluang
MB Pakatan Rakyat lawan MB Barisan Nasional
Nizar lawan Zambry
Ir. lawan Dr.

Uniknya Parlimen Bukit Gantang ialah no parlimen adalah P59
dan Perak pula memiliki 59 kawasan ADUN

kalo ikut kepala hotak merepek teman
nak kasi lagi best kita buat side bet
sapa kalah undur diri dari politik Perak

errr boleh ke ini macam?

wa chow sin

mengata dulang

petikan dari blog MSOMELAYU

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
selanjutnya disini

Cerita Sam dan Dol

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

al Fatihah

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak, Roslan Shaharum, 50, dari PAS meninggal dunia pagi tadi di Hospital Batu Gajah, akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham menang kerusi P59 Bukit Gantang dalam pertandingan tiga penjuru itu beliau menewaskan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dari Barisan Nasional (BN) dan M Murganan (Bebas).

AL FATIHAH

Innalillah

Ahli parlimen bukit gantang, ustaz roslan saharum menghembuskan nafas
terakhir pg tadi akibat serangan jantunf...

--
Sent from my mobile device

tak sampai hati betui nyer

sebetuinye...
terus terang teman kabo...
tak sampai hati nak post gambo nih...
tapi cameraman yang tangkap ganmbo nih...
membuatkan teman terpaksa bergulin dan terus gelak...
kome tgk jer la...
maleih nak cakap lelebih...





Tips Kesihatan

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

bila teman jalan jalan

Dah lama teman tak keluar Bandaraya Ipoh waktu malam
Sejak teman tak keroje ni rasa maleh tu makin menjadi jadi

Tetiba ada SMS bagi tau event kat rumah MB
HIMPUNAN KEMBALIKAN KERAJAAN RAKYAT
dan kebetulan pulak ada member nak pegi (yang penting ada transport)
pucuk dicita ulam mendatang

Lepas maghrib semalam teman dah ready kat Kelab Anje
Pekena segelas ayo sementara menunggu
Eluk abih je ayo partner in crime teman pun sampai
"ajengan handei mike adjust time, eluk je ayo abih; mike muncui", kata teman pada kawan teman tu tapi dalam hati je la

Kami kemudian lalu ikut Ipoh Parade. Apa yang menariknya laluan Ipoh Parade ini the only one laluan yang berjaya menembusi satu sekatan polis yang bertugas menutup jalan. Kirenya kami berada dalam kawasan jalan yang ditutup. Kalo ikutkan hati mau kami park je kereta kat area tertutup tu tapi untuk mengetahui keadaan trafik dan laluan yang ditutup maka kami keluar dari kawasan tu dan melayan trafik melalui Hotel Robin dan tembus balik ke jalan utama (kalo tak silap Jalan Sultan Yusuff) lalu depan pejabat lama kawan teman (katanya), Sin Chew Daily di Jalan Leong Sin Nam. Kami kemudian pusing bangunan Hotel Excelsior lalu ikut belakang dan park kereta bersebelahan bangunan Sin Chew Daily tu.

Ini baru betul jalan jalan ke rumah MB namanya. Sepanjang kami berjalan kami snap beberapa gambo untuk kenangan. Walaupun pancit tetapi teman puas hati sebab bukan senang nak jalan lenggang kangkung kat jalan depan gereja st michael tu. Kalo siang hari kome cuba cuba jalan jalan macam teman dan kawan teman jalan, samada tak kena hon atau kena maki BODOH mau kome kena sodok ngan kereta.

Sampai je ke main gate teman terus masuk kedalam. Kat dalam tu kena sampuk dek seorang kawan lagi. Sempat snap gambo. Seterusnya teman masuk kedalam dan terus mencari Bilik Media Bloggers@Network Perak. Fuh sibuk sey dalam tu.

Bila teman keluo bilik media teman terkejut.... UMANG AIIII ramainya rakyat. Eluk sahaja ceramah dah mula teman pi snap gambo lagi. Kemudian sambil minum ayo teman duduk menikmati ceramah dari Presiden TERAS, MB Perak, Timbalan Presiden DAP, Presiden PAS dan Ketua Umum PKR.

Dalam ketawa terselit sinisnya
dalam takbir terbuka mindanya
dalam berucap terserlah tanggungjawabnya
dalam berdoa terasa kekuatannya

2340hrs jalan kaki ke kereta. Nak kena rush sikit sebab nak beat traffic dan yang kedua appointment dengan ESPN untuk West Ham vs Man Utd.

sedikit gambar sebagai kenangan
(kualiti kurang menakjubkan sebab jurugambar adalah seorang amatur)



wa chow sin

Siapa yang derhaka...???

Mendengar ayat ini "sembah derhaka" maka meloncatlah orang melayu kita...
Ade orang kabo kat teman, pantang orang melayu kita nih derhaka dengan sultan...
Namun demikian, deme nih faham ker maksud "memohon sembah derhaka" nih...
Teman yang betui nyer tak juga berapa nak faham ayat yang digunakan tu...
Tapi kalau kome baca kat sini, sini dan disini...
Rasa kome boleh faham kut sekurang-kurangnyer 20 ke 30% maksudnyer...

Tapi kalau kome tgk gambo nih...
Yang ini memang hampeh nyer derhaka...

Sekarang nih siapa yang kurang ajar dan siapa yang derhaka...???

p/s this post is a balance report to previous post...
and also dedicated to umialia...
thanks....

Antara Dua

Kita di sering diuji antara dua perkara...
Dilemma ini sering merunsing benak fikiran kita...
Bayangkan la...
Diuji untuk setia dengan prinsip hidup atau...
berpaling tadah kepentingan peribadi...

Bak kater arwahnyer Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk...

CUBAAN.......


'...diriku yang membina empayar di tanah bertimah ini...
diriku yang mengajak rakyat untuk menuntut keadilan mereka...
tetapi kenapa diriku yang lompat dahulu...'

My favourite qoute of the day...

Come from DSAI...

"...hei najib... yang ko pegi bawak lari laki orang tu apersal...???"

"...diulangi bawak lari laki orang...bukan bini orang yer... yang tu dah sejarah..."

hehehehe....