dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 February 2009

buka pekung di dada

teman dok follow jugak cerita kapten zahar tu
dari dia berkhidmat atas label UMNO
sampai la di keluar UMNO dan hijrah ke PAS

teman bukan cerita pasai hijrah dia tu
tapi teman nak cerita penerimaan penyokong
ada yang suka ada yang tidak
yang setuju akan ikut dengan rela hati
yang tak setuju akan kutuk

bila dah tak setuju tu
macam macam la cerita keluar
walhal dulu masa dia atas label umno
tak de pun teman dengo bunyi apa apa
semuanya elukkkkkk je

pendapat teman kalo pemimpin tu tak best
buat apa didiamkan
baik le sound je apa yang patut
bagi pemimpin tu sedo diri sikit

jangan le simpan keburukan pemimpin tu
bila dia hijrah ke parti lain
baru nak bukak cerita
time tu dah tak guna dah

maknanya masa pemimpin tu jadi pemimpin umno
semua yang buruk nampak baik je
bila dia hijrah
yang buruk nampak baik
dah jadi buruk bertambah buruk

malahan secara tak langsung
tindakan itu bak membuka pekung didada
seperti meludah kahak ke langit
kahak tu terpalit ke muka sendiri jua

Perak Tour

MB Nizar tu tengah dok round satu Perak untuk jumpa rakyat.
Macam macam program yang diatur supaya beliau dapat jumpa rakyat negeri Perak.
Dari minum teh sampai le minum mineral water masa bagi ceramah.
Kira kiranya siapa wartawan yang ikut terus dapat Perak Tour secara tak langsung.

Dah macam Tahun Melawat Perak pulak rasanya

Sebenonya program ni satu rahmat buat MB Nizar
ye la sejak jadi MB mana sempat dia nak tour satu Perak jumpa rakyat
ada tak ada pun masa bulan Ramadhan dulu
itu pun terhad di Masjid dan majlis buka puasa je.

Kali ni semua lapisan rakyat dapat jumpa MB Nizar ni
Dapat dengo dia bagi ceramah
Dapat ketawa dengan sindiran sinis dalam ceramahnya
Dapat tengok MB Nizar secara live

Ini juga perkara yang orang orang BN terlepas pandang
dengan lepaskan Nizar dari pejabat
dia dapat jumpa rakyat Perak dengan lebih dekat lagi
bila dah jumpa dekat semestinya MB Nizar semakin dekat di hati

tu yang teman kata
ada hikmahnya
ada baguihnya
ada untungnya

YB dari PR...

ada blogger yang kutuk YB YB PR
dengan macam macam kata kata nista
sampai teman pun tak berapa lalu nak baca (tapi kena baca)
dan sampai tak lalu nak taip kat sini

yang buat teman heran tu
dengan kutukan deme tu
dengan cacian deme tu
dengan makian deme tu
YB YB itu la yang dikejo dek Najib untuk suruh lompat
yang itu jugalah yang disogok

terima kasih kat najib sebab secara tak langsung menjadi
AJK Penilaian Prestasi YB Pakatan Rakyat
mana YB yang tak eluk kena keluar dari PR
masuk BN atau jadi bebas tapi sokong BN (sama le tu)

Bayangkan sebelum ni dalam suratkhabar
ditulis 2 adun PR di Perak didakwa terima rasuah
tapi la ni wartawan kena la tulih
2 adun bebas yang sokong BN didakwa terima rasuah

heheheheheheheheehe
sendiri mau ingat

priority ONE

tiba tiba satu Malaysia dok sibuk pasai dia ni. sampai tenggelam cerita VSS dari kilang kilang dalam kemelut kemelesetan ekonomi dunia ni. Sampai hilang tumpuan kepada kilang yang tutup tanpa notis.

Kekadang sampai terlupa 24 Mac nanti ada pemilihan agung UMNO. Terlupa sekejap 29 Mac hari penamaan calon untuk PRK di dua bukit tu.

Hebat dia ni. Sampai kena mintak tolong kat interpol. Kalo tak jumpa juga mau PDRM contact FBI, CIA dan KGB untuk mintak tolong.

yang bestnya bila ditanya oleh fbi, cia dan kgb apa salahnya? amik gambo orang tido guna handphone yang cameranya hampeh.

wa chow sin

nak jadi penipu kena PRO

aiyak..... lu kata lu sakit. Jantung talak moleh keleja. Sampai kina masuk itu hospital. lu manyak sakit sampai kasi nama hospital pun salah. mau kasi tau Hospital Selayang sulah jadi Hospital Kuala Lumpur.

wei osman lu munya loktor apa nama? wa mau jumpa sama lu munya loktor. apa pasat? lu munya loktor manyak maguih. sulah check kasi tau lu ala sakit jantung lagi moleh isap lokok.

wa ingat lu munya loktor mau lu mati cipat. bila lu sulah mati lia moleh angkat semua lu munya luit.

p/s : nak menipu kena PRO

lawak 3 jumaat

teman teringat satu lawak fav masa sekolah dulu

asai ada member sakit je gerenti ada yang nyampuk kata si polan si polan pun kena sakit macam ni. member tu dengan jujur tanya apa ubatnya. jawapan yang menyampuk adalah mana ada ubat, 3 kali jumaat jalan.

hahahahahaaa

bila dikenang kenangkan agak kaso sikit lawak tu tetapi orang putih pun ada cakap "laughter is the best medicine". secara tak langsung ketawa itu adalah ubat kepada sakitnya.

bila sebut 3 kali jumaat; kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas oleh BN pada 6 Februari 2009. Hari ni 21 Februari 2009. heheheheh jumaat minggu depan kira 3 kali jumaat le.

kita tengok je le apa yang jadi lepas 3 kali jumaat.