dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

24 February 2009

Pak Lah takkan buat blog

Itu le yang dia kabokan pada wartawan masa majlis A Prime Minister's Passage yang dianjurkan oleh KelabPerniagaan Kuala Lumpur.
Abdullah berkata beliau tidak akan menulis blog
Teman rasa eluk le tak buat blog sebab teman riso blog tu tak dikemaskinikan. Macam mana nak kemaskini selalu dah tuannya asyik tido je.....

Selamat Bersara...

mengapa diam sahaja

dulu masa timbul cerita gambo Eli
jenuh bekas MB ni berteriak
Letak jawatan sebagai adun
Letak jawatan sebagai exco
tidak bermoral
dan macam macam lagi katanya

Kemudian timbul balik cerita Chua Soi Lek
kena panggil polis untuk beri keterangan
dvd CSL kembali dipasaran dengarnya

tapi bekas MB ni diam sahaja
lidah kelu untuk bersuara
jari lemah untuk menuding
menyuruh Chua Soi Lek
Letak jawatan

mengapa begitu tuan bekas menteri besar
kemana jantanmu.....

wa chow sin

p/s : teman tak pernah tengok bidio CSL ni.... mana nak dapat aaaaa?

apology accepted

to William aka StrOmFury.

On behalf of de' anje online, your apologize accepted. Remember we belong to each other as Malaysian. Sometime we use hard way to learn something.

the end.

Link 1
Link 2
Link 3

pilihanraya kecil lagi

wah wah wah
lepas 2 bukit
mungkin nak tambah
1 lagi bukit
tapi masih diawangan
letak jawatan atau pun tidak

pensiangan dan api api
kena tunggu keputusan mahkamah
mahkamah macam biasa asyik tangguh
hakim sakit gigi
pendakwaraya sakit mulut
jadi kena la tunggu

tetiba keluar cerita Batang Ai (batang i? batang saya?)
takziah atas kematian penyandangnya
Datuk Dublin Unting Ingkot
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS)

wah sibuk banget SPR tahun ini
baru Februari dah 3-4 pilihanraya kecil menunggu
gamaknya berapa pilihanraya kecil sepanjang tahun 2009 ni

wallahualam

p/s : teman masih mencari share partner untuk bisnes kanopi/khemah rental...

wa chow sin

adun ku

tpm ku pernah kata
semua adun kena lawat kawasan
jangan asyik duduk di kerusi empuk
jangan lena di hembus kesejukan aircond

wahai tpm ku,
adun ku tidak lawat kawasan
adun ku adun behrang
adun ku adun changkat jering
adun ku adun jelapan

adun ku kini adun bebas
adun ku kini adun bebas yang sokong bn
adun ke kini adun bebas lepas lompat keluar dari pr

mana tpm ku
dengarlah suara ku
suara rakyat yang merintih dan merayu
supaya adun ku mai melawat kawasan

rupa rupanya
tpm ku tengah berangan kerusi baru
tpm ku tengah berlatih berjalan stail pm baru
tpm ku tengah fitting baju baru

biarkanlah tpm ku dengan kelakunya
ku cuba pula mengadu dengan pm ku

wahai pm ku
dengarlah cerita aku
cerita marhaen yang nak mengadu

lepas berkali kali aku mengadu
pm ku masih lena di bangku
meleleh air liur sampai ke dagu
patutlah pm ku akan hilang bangku

habih kepada siapa harus ku mengadu
tentang adun kawasan ku

wahai adun ku
jika kamu sudah tak laku
berhentilah kamu mewakilkan aku
aku tak perlu adun seperti kamu
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku
nyah kamu dari hidup ku

nukilan merepek pagi hari - peihong

Amerika akan mudur woi

Kata deme; Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri dalam Majlis Bicara Tokoh bertajuk ‘Adakah ISA Satu Bentuk Penganiayaan?’ tindakan memansuhkan ISA dianggap tindakan undur ke belakang bla bla bla...

Pasai tak nak mundur jadi kerajaan tak nak mansuhkan ISA...

Obama kata pulak kata akan tutup kem Guantanamo dalam masa setahun.

abih la amerika.... mundur le kalo tak de kem guantanamo ni...

p/s : macam macam jenis lawak jenaka kebelakangan ni...

Renungan Pagi

# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya. Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut diatur oleh hartanya.

# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling lembut adalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktu dan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.

# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan.

# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh penderitanya.

# Cacatnya nasihat ialah bila disampaikan secara terang-terangan.

# Sebaik-baik saudara atau kawan ialah bila engkau lupa dia mengingatkan dan bila engkau ingat dia menolongmu.

# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan makin bertambah dan makin kukuh.