dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

28 February 2009

Sembah Patik

Ampun Tuanku beribu ampun
Sembah patik harap diampun

Sebagai seorang rakyat dibawah naugan payung Tuanku, izinkan patik menulis kembali petikan titah Tuanku masa Perasmian Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Kedua Belas

Petikan pertama Perkara 3
"Pilihanraya Umum Kedua Belas turut memperlihatkan bahawa proses demokrasi di negara ini semakin matang"
Ampun Tuanku beribu ampun,

Pemilihan petikan titah Tuanku ini adalah kerana apa yang dititahkan tak kan menjadi kenyataan dengan pergolakan politik yang berlaku di negeri Tuanku. Pergolakan ini menidakkan titah Tuanku yang melihat proses demokrasi Malaysia semakin matang. Dengan keadaan politik yang berlaku di negeri Tuanku menunjukkan bahawa demokrasi bukan sahaja semakin mundur tetapi ianya telah dibunuh dengan kejam.

Petikan kedua Perkara 9
"Kerajaan Beta akan memastikan bahawa keadilan dilaksanakan tanpa berbelah bahagi dan ketelusan dijadikan amalan supaya tidak ada rakyat yang merasa tersisih atau tertindas"
Ampun Tuanku beribu ampun,

Jika demokrasi telah dibunuh dengan kejamnya maka semestinya keadilan turut sama terkubur tanpa nesan. Rakyat yang mendukung sistem demokrasi dan raja berpelembagan rasa tersisih kerana ketelusan telah diketepikan. Rakyat rasa tertindas kerana hak hak rakyat sebagai tuan dalam sistem negara demokrasi telah dicabul tanpa belas kasihan. Pencabul pencabul ini telah menidakkan hak rakyat yang bernaung dibawah payung Tuanku. Pencabul pencabul ini dengan kejam merampas kerajaan pilihan rakyat. Pencabul pencabul ini sanggup melakukan apa saja agar cita cita mereka menjadi kenyataan. Ini semua Tuanku menaikkan rasa ketidakpuasan hati rakyat negeri Tuanku terhadap pencabul pencabul hak itu.

Petikan ketiga Perkara 34
"Ketenteraman dan keamanan adalah komponen penting untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat . Perpaduan kaum dan perpaduan ummah perlu terus ditingkatkan . Keamanan negeri amatlah penting dipelihara"
Ampun Tuanku beribu ampun

Demi menjamin titah tuanku ini menjadi kenyataan, iaitu 'keamanan negeri amatlah penting dipelihara maka disini patik selaku rakyat naungan payung Tuanku memohon sembah agar Tuanku dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta merta agar hak rakyat negeri Tuanku dikembalikan. Dengan pembubaran itu patik juga percaya keadilan akan kembali ke landasan yang sebenar. Perpaduan kaum dan ummah kembali seperti sediakala. Keamanan akan terpelihara.

Ampun Tuanku Beribu Ampun
Sembah Patik Harap Diampun

dah ujung bulan

macam biase le kalo sesiapa yang keje
asal ujung bulan je tentu nak tunggu gaji masuk ye tak

atas sebab itu le PACC nak kena jumpa 2 MB Perak tu
tak kan nak bagi gaji sampai 2 kali.

Allo PACC,
exco pulak macam mana?
cuba cuba le tengok jugak
maklum le Perak ada 16 orang exco

Katakan la lepas siasat
PACC bayo gaji MB kat DS Ir Nizar
apa maksudnya ya?

wa chow sin

siapa gamaknya 'sumber' ni

dari http://www.harakahdaily.net

Sementara itu, sumber daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata daripada segi pentadbiran, Mohammad Nizar perlu menyerahkan kembali kenderaan itu kerana apabila Zambry dilantik oleh Sultan Perak sebagai menteri besar, maka secara automatik beliau (Mohammad Nizar) tidak lagi menjadi menteri besar dan perlu menyerahkan segala kemudahan yang diperuntukkan untuk seorang menteri besar.

mana punya undang undang yang sumber ni pakai?
nak jugak teman pegi menuntut?