dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

01 March 2009

bahasa undi itu mudah

bila A. Samad Said bersuara
demi bahasa Melayu
suaranya tidak mengira pentas
berikan sahaja pentas apa pun
lenggok bahasanya tetap sama

HAPUSKAN PPSMI!!!

pentas demi pentas
usul berganti usul
memorandum bertukar tangan
penerangan merata tempat

kerajaan masih buta
kerajaan masih tuli

Gunalah bahasa undi untuk kerajaan yang buta dan tuli; akhirnya Pak Samad berkata
Inilah bahasa yang layak untuk mereka.

Teman menyokong kata kata Pak Samad tu
bahasa undi ini mudah sahaja
tiada bunyi dari perkataan kerana
hurupnya hanya satu
gambar larangan hanya satu
semuanya serba satu

perkataannya ialah X dari satu huruf X
gambar larangan adalah gambar dacing

nak ajo pun senang

wa chow sin

silap yang bahaya

KDN dibawah DS Syed Hamid Albar bagitau bahawa penggunaan kalimah ALLAH ditarik semula bagi penerbitan agama Kristian.

Katanya ada kesilapan dalam mengubal warta yang menyebabkan kekeliruan.

wahai tuan syed yang bijaksana,
warta yang nak duumumkan memang sensitip
semestinya kesahihan warta perlu disahkan dulu
kenapa main announce je setiap warta tanpa selidik?
sahihkan dulu warta yang perlu dikeluarkan?
jangan dapat je warta terus call press
buat press conference

lepas tu baru nak tengok warta
oooo ada silap
panggil press lagi sekali
buat press conference lagi sekali.

wahai tuan syed
dalam jangkamasa 12 ke 24 jam macam macam boleh jadi
berkenaan pengumuman warta itu
nasib baik rakyat malaysia masih waras
kalo tak semalam akan dicatat sebagai satu lagi 13 May dalam sejarah negara
cuma tarikhnya adalah 28 Feb

Tolonglah bijaksana sikit tuan
bukannya nak bijaksana banyak pun
bijaksana sikit pun jadi la
janji ada bijaksananya

wa chow sin