dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

03 March 2009

SLIDESHOW SUK Perak dan Sidang Tergempar DUN Perak

Kejadian di SUK Perak

Fuh... rekod jugak la. 169 keping gambo teman snap pagi ni. 167 keping guna kamera dan 2 keping guna kamera handphone. Habis 2 battery kamera digital teman yang full charge. Ajengan handei.

Teman tiba seawal 8 pagi di Bangunan SUK dan dah mula tangkap gambo apa yang patut. Dari Jalan Istana tu tenang sampailah penuh orang. Dari trak FRU melahu ditepi sampailah trak tu bergerak mengikut formasi. Dari personnel FRU melepak dalam trak sampai la membentuk benteng perisai.

Dalam dok snap gambo sempat jugak update sikit sikit guna handphone cap ayam teman. Hasilnya lepas teman sorting out gambo yang tak berapa menjadi tinggal 108 keping. Aduhai. Bercinta la nak upload as post. Harap dapat bersabar.

Hari ini mencatat sejarah apabila ADUN PR yang hadir untuk sidang tergempar dun telah dihalang dari memasuki dewan kecuali Speaker. Kelakuan menghalang dewan untuk bersidang secara tidak langsung menghina perlembagaan negeri. Dengan itu Speaker Dewan iaitu V. Sivakumar telah menjalankan sidang tergempar tersebut dibawah pokok 100m dari bangunan SUK.

Sidang tergempar DUN telah meluluskan 3 usul iaitu :

1. Usul undi percaya kepada Dato Seri Ir. Mohd Nizar sebagai MB Perak

2. Usul pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak

3. Usul kertas laporan Jawatankuasa yang mengantung Zambri 18 bulan dan 6 exco 12 bulan berkuatkuasa serta merta

Dalam sidang medianya di Pejabat DAP; MB DS Ir. Mohd. Nizar akan memohon mengadap Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak secepat mungkin.

Sementara itu Exco Kerajaan Pakatan Rakyat dan beberapa ADUN PR akan membuat laporan polis terhadap tindakan tata pihak keselamatan ke atas ADUN Wakil Rakyat yang dikatakan diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sidang DUN Perak ditangguh - Nizar dapat sokongan penuh

Sidang Tergempar DUN Perak telah ditangguh oleh Speaker Dewan, V.Sivakumar. Dewan dengan eviroment open air telah meluluskan 2 usul.

MB Nizar dan adun semua diarak ke pejabat DAP untuk sidang media. Tunggu laporan sidang media di blog rakan rakan blogger@network. Teman tak masuk kerana beri ruang untuk rakan rakan media yang lain.

Restoran mamak bawah pejabat dap penuh dengan rakyat serta rakn media. Teman dengan hormat menutup laporan dari tempat kejadian untuk rakan rakan pembaca semua.

THE WORLD IS WATCHING

Wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

Di SUK Perak - Nizar dan rombongan dihalang.

Dalam usaha menegakkan luhuran perlembagan mb nizar dan semua adun PR datang untuk masuk ke dalam dewan.

Usaha deme dihalang oleh fru dan polis. Untuk tidak mengelakkan keadaan menjadi buruk, ,b nizar dan adun akur.

Sekarrang ni di lorong istana, dekat restoran selera idwa sidang dun perak diadakan.

tbc

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

Di SUK Perak - Nizar masih belum sampai - FRU dah ready

Masih menunggu kedatangan rombongan ADUN terutama dari PR untuk bersidang. Khabar mengatakan rombongan menaiki bas.

FRU yang berehat mula bersedia. Beberapa kenderaan deme mula mengubah lokasi membentuk formasi. Sebuah trak parkir betul betul di main entrance SUK.

Teman akan terus menunggu untuk melaporkan.

tbc

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

Di SUK Perak - Nizar belum sampai lagi

Masih menunggu lagi. Rakan rakan wartawan Blogger@Network pun ada. Semua sabar menanti.

Perjalanan ke sini melalui Ashby Road (jalan depan Greentown-Hospital) lancar. Sekatan polis hanya dijumpai disimpang masuk jalan depan pejabat DAP. Kedai mamak bawah pejabat DAP penuh. Baik dari rakyat atau polis.

Gambo akan upload kemudian. Alatan teman cap ayam je.

tbc...

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

Di suk perak

Teman kt suk. Polis buat sekatan. Yang ditunggu belum tiba. Wartawan ramai menunggu.

Tbc...

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

susu aper yer....

hehehehe...

teman tak lau nak kabo kan...

kome baca dan pikiorkan...

susu aper yang deme kabo kan...

hehehehe...