dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 March 2009

nak tugu peringatan yang baru

kawan teman call teman, katanya senang je kalo PR nak balik tugu peringatan pokok demokrasi yang kena roboh tu. Siap boleh dapat yang lagi beso dan grand punya, katanya lagi.

apa caranya? tanya teman.

suruh Nizar jemput Queen Elizabeth II mai melawat Perak. Confirm Queen nak tengok tugu tu sebab perlembagaan Malaysia ni pun lebih kurang sama je ngan British punya. maklumle komanwel (untuk bacaan teman taip komanwel pada hal kawan teman tu sebut "koman wei"). gerenti yang roboh kan tugu tu terhegeh terhegeh buat tugu tu balik... maklum le dah jadi bahan sejarah. Silap silap siap buat yang beso punya. Siap panggil Queen rasmikan tugu tu. "amacam idea aku boleh pakai tak?", sambung kawan teman tu lagi.

Sebenonya kalo pasai merepek memang teman ada ramai kekawan yang kuat merepek meraban. mungkin cara masing masing nak release tension. disebabkan perangai kuat merepek meraban tu yang buatkan teman clique ngan deme.

wa chow sin

Earth Hour

Event yang dimulakan oleh Australia pada tahun 2007 akhirnya berkembang keseluruh dunia. Untuk tahun ni Earth Hour ialah pada Sabtu 28 Mac 2009 830 malam (waktu tempatan) atau 2030hrs.

Apa itu Earth Hour?
Dalam masa sejam ni seluruh dunia akan berhenti atau meminimakan penggunaan elektrik. Sambutan di negara luar sampai tahap city akan bergelap selama sejam.





untuk keterangan lanjut lusuri laman web rasmi Earth Hour

perbezaan

apa perbezaan antara politikus dengan oppotunis :

politikus : akan merobohkan tugu peringatan pokok demokrasi.

oppotunis : kita bangunkan kawasan tugu peringatan pokok demokrasi. sapa nak nak tengok kita charge rege tiket

apa perbezaan saya yang menurut perintah dengan saya yang tidak menurut perintah :

saya yang menurut perintah : baik dato', saya akan hantar orang pi roboh

saya yang tidak menurut perintah : maaf dato', saya tak boleh robohkan sebab dah ada perancangan untuk jadikan tugu peringatan pokok demokrasi tu sebagai salah satu bahan sejarah serta perlancongan.

apa perbezaan penasihat politik pandai dengan penasihat politik genius :

penasihat politik pandai : kita hantar orang rosakkan tugu tu untuk bagitahu pembangkang buat kerja bodoh

penasihat politik genius : buat tak tahu je dengan tugu tu. lagi kita usik atau rosakkan lagi nampak kita ni bodoh.

wa chow sin