dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

28 March 2009

prk059 - bukit gantang sebelum hari penamaan

Teman ada kat taiping. Melawat kawasan. Hehehe teman sampai disambut oleh trak fru yang beratur tepi jalan. Jalanraya yang berlopak dan rosak dah eluk. Smooth je perjalanan kereta kuda laut walaupun clutch plate makin nipis.

Sampai je terus jumpa dugong darat. Pekena air dulu. Hujan turun renyai... Makin lama makin lebat. Dari bertiga datang seorang rakan dari AMK. Macam macam yang kami sembangkan...

Dalam hujan lebat teman, kuda laut dan dugong darat balik ke base. Di base jumpa lagi blogger yang lain. Kami semua kemudian pergi ke markas PAS Air Kuning. Ada perjumpaan antara blogger dengan calon pakatan rakyat; DS Ir Nizar.

Gambar kemudian teman upload.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

senyum kambing versi anje online

kepada yang marah

lama jugak teman tak post hal hal politik di sini. hal hal politik yang sejuk menyebabkan teman turut sejuk. hehehehe....

ada beberapa email sampai yang bising sebab blog ni senyap walhal blog ni dikhabarkan antara blog yang akan memaparkan info terawal prk bukit gantang.

buat pembaca budiman,
blog ni ada beberapa orang penulis. dugong_darat memang ajk rasmi blogger network yang sekarang ni sedang bertugas di bukit gantang. dengan sambungan internet yang terhad dugong darat reserve kegunaan internet tu untuk blog blog lain seperti alBanjari, Perisik Rakyat, Perak Express dan beberapa rakan blogger lain lagi. Lagi pun dugong darat bertugas bahagian suntingan video bukan seperti rakan lain yang menjadi wartawan di lapangan.

Insya allah petang ni teman dan kuda laut akan turun untuk tengok keadaan prk bukit gantang. Info terawal? bergantung kepada capaian internet disana. teman juga akan cuba updated menggunakan handphone untuk hal yang berlaku masa penamaan calon.

so harap para pembaca jangan marah marah nanti lekas tua atau nanti kena jual...

wa chow sin

Jangan lupa tutup lampu malam ni

Bukannya lama pun nak tutup lampu.
Sejam je.
Jadi jom kita bergelap dari 2030hrs (8:30pm) - 2130hrs (9:30pm) hari ni...