dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 March 2009

Imam yang unggul

Sya Reformis tepon teman kabo dia tadi berada di masjid Simpang solat maghrib bersama barisan Srikandi Malaysia. Mengikuti rombongan Calon Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar.

Menarik di waktu solat tersebut, Dato Seri Nizar mengimamkan solat tersebut bersama makmum yang terdiri daripada Calon BN, Ismail Sapian, Timbalan Presiden Umno yang baru Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak yang tidak sah, Dr Zambry Abd Kadir...

Amin ya rabbal alamin.
Moga-moga ini akan berterusan hendaknya.
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - belon kapal selam pujaan hatiku

PRK P059 - Bukit Gantang - Cerita seorang makcik yang marah

di tengah-tengah ribuan manusia yang membanjiri lokasi penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping, terselit satu dua hamba allah... dari tokoh gaya nyer macam ketua cawangan wanita bahagian... sebab pakaiannye MERAHNYER MAK NGAH... hehehehehehe...

dengan gelang lip-lap dia menggoncangkan tangan ala MAMI JARUM bagi menampak gelang yang penuh sampai ke ketiak, sambil mengibas tudung untuk menayangkan rantai 3 4 5 6 utas di dada berserta loket emas bertakhta belian....

ditangan sebelah lagi dilihat handpone canggih ala-ala bata, nokia E90, tengah sibuk mendail-dail no... tapi tak dapat go through sebab line yang sibuk...

sedapat beliau ini mendail no yang dikehendaki...dalam nada yang agak kuat... beliau berkata...

"Wei kome, bile lagi duit nak turun nih, orang dah nak abis penamaan calon dah ni, bebudak kita dah bising, banyak lagi keroje tak jalan nih, poket aku dah nak kering kuarkan untuk kome dulu..."


hehehehehehehehehe


p/s nih cerita benar...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Sorotan pandangan bloggers yang duduk depan pc

Seperti yang diberitahu oleh peihong dalam post yang ini...Teman pun mohon berjuta kemaafan andai teman dan kawan-2 kurang mengupdate blog...Laluan yang teman berikan kepada rakan BloggersNetwork@Perak yang lain...Ikhlas teman hulurkan agar mereka dapat menyampaikan tepat dan cepat pada pembaca...Teman dan Peihong biasa menulis analisa situasi dan ader masanyer news up to date...(itupun kalau ader lokasi kejadian)

Laporan lengkap Peihong mengenai sesi penamaan calon pagi tadi akan diupdate kemudian...Untuk pengetahuan pembaca yang teman kasihi...Peihong dan Kuda_Laut serta rakan bloggers yang lain...sudah tertumpu di lokasi sejak jam 6.30 pg...waktu tu teman tengah sedap mengoloh...bukan teman tak mau pegi tapi teman ng ciberboron bertugas lewat pagi update artikel, bahan-bahan kempen untuk pengundi di bukit gantang dan juga tatapan pembaca sekalian...

pada saat teman update post ini hampir semua bloggers tengah tukor shift untuk mengoloh...
sian deme teman ngengok...

sebagai blogger yang hari-hari mendengar, menatap dan mengedit video ceramah yang disampaikan oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin nih, teman amat teruja dengan beliau. Gaya beliau mengendalikan tentangan, cubaan untuk mengaibkan beliau, halangan dari FRU dan polis dan macam-macam lagi sepanjang krisis pelembangaan perak. Keterujaan teman makin menebal bila beliau dinobatkan sebagai calon PRK P059 Parlimen Bukit Gantang.

Memang ramai gerombolan penyokong pihak pembangkang (dalam konteks perak, pembangkang adalah BN) mengandaikan bahawa Dato Seri Nizar dipilih sebab 'popular vote'. Ya memang tak dinafikan. tetapi bagi teman, untuk seorang yang berpesonaliti seperti Dato Seri... sebenornyer..... RUGI MAMPUS JADI MB PERAK... sebab Dato Seri adalah terlalu bagus untuk Jawatan itu... beliau sepatutnyer sudah lama diangkat untuk bersama-sama dengan ahli parlimen pakatan rakyat untuk berdebat di parlimen. Berbincang bagaimana kita hendak meninggikan mutu kerakyatan yang makin dicengkam kemiskinan. Bagaimana memertabatkan Malaysia dimata dunia....(Mungkin sebagai Perdana Menteri)

Kenapa teman mengangkat Dato Seri setinggi ini. Sepanjang perjalanan teman dalam bahagian hidup yang ini, teman lihat dengan kepala mata teman sendiri betapa 'humble'nyer seorang pemimpin. menjadi imam kepada makmun ketika solat berjemaah, menjadi imam solat jenazah ibu mertuanyer sendiri, kalau ader kesempatan, membaca khutbah ketika solat jumaat pun beliau mampu... teman pernah melalui kawasan kediaman beliau yang baru dekat sungai rokam, ketika itu dikhabarkan beliau mohon berehat sehari dua kerana letih mengikuti siri jelajah perak, teman tinjau, beliau sedang mencakar daun kering dirumahnye yang seluas 1 ekar tu...peh.....teman pernah dengar sendiri ucapan pembukaan beliau semasa kursus haji yang baru ini... betapa profesionalnyer beliau berucap tanpa menyentuh walaupun sekelumit bait-bait kata tentang politik. Mampukah pemimpin lain dinihari ini melakukannyer...???

Teman tak rasa mereka yang lain mampu....

kenapa Dato Seri Nizar patut menang kerusi parlimen Bukit Gantang ini... kalau orang disini berkata beliau tidak layak kerana beliau bukan anak tempatan, bagi teman silap... orang disini patut rasa berbangga mendapat calon yang pemimpin PERAK yang sejati. Pemimpin rakyat yang tulin. Pemimpin Malaysia.

Kalau mendoakan orang supaya mati itu ok... teman nak jer doakan wakil parlimen tempat teman meninggal dunia... supaya Dato Seri boleh menjadi calon di tempat teman....
Itu cuma kalau je... teman tak doakan orang supaya mati cepat... berdosakan rasanyer...

Dato Seri Nizar telah membawa penyatupaduan kaum yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin lagi... teman dapat lihat sendiri kesepaduan kaum baik melayu,cina,india,singh mahupun orang asli duduk dibawah satu bumbung menyokong seorang pemimpin yang faham mereka, kenal mereka dan tahu bahasa mereka... (can speak their language)

Buat pertama kalinyer soal perkauman tidak akan menjadi isu besar dalam pilihanraya, seperti yang selalu dibangkitkan oleh pihak pembangkang (BN). maner nak ader... yang selalu dibaur-baurkan oleh BN tentang isu perkauman adalah DAP. mereka sering berkata DAP suka bermain dengan isu perkauman. DAP sebenar-benarnya adalah parti sosial demokratik.mereka lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan bangsa. sebab itu mereka tidak pernah menghalang orang islam menjadi wakil mereka. DAP sudah boleh menerima pimpinan PAS, pimpinan Islam, pimpinan ummah berlandaskan Islam kerana Islam memperjuangkan nasib rakyat dan sesaudara berbanding dengan nasib bangsanya semata-mata. dengan ini disimpulkan bahawa bahawa perjuangan DAP adalah juga selanjar dengan perjuangan Islam.

Namun hanya sehingga baru-baru ini, kepentingan perjuangan mereka difahami dan berjaya diintegrasikan bersama-sama parti PAS, PKR dan DAP... integrasi yang bernama PAKATAN RAKYAT... atas sandaran itu, teman bersetuju benar dengan pandangan Dato Seri yang menyuarakan "ISLAM UNTUK SEMUA" - "Islam for All" kerana integrasi ini dapat dipupuk atas lunas Islam dan perjuangan Islam.

Pengasingan antara agama yang dianuti, samada Islam ataupun agama lain tidak menjadi masalah kerana intipati perjuangan adalah sama... semua agama tidak mahu penganutnyer rasuah, pecah amanah ataupun menganiaya semasa sendiri mahupun berlainan anutan agama. menghormati bangsa lain dan mengormati fahaman yang lain. Atas sebab kenegaraan, Islam didominankan sebagai tunjak utama negara. Sebuah negara Islam yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama bersatu dibawah pemimpin yang mampu menyatukan mereka. Pimpinan kerakyatan. Pimpinan Malaysia. Pimpinan Dato Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin.

Teman pinjam ayat kempen Barack Obama.....

"There is no Malay Malaysian, no Chinese Malaysian, no Indian Malaysian... There are only MALAYSIAN"

"Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat"
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Laporan Bergambor

Banner of the day


Pas Sudah Menawan Bukit

Human Speaker Stand

Ceramah Pas oleh Kelab Penyokong Pas

Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang - Mari Kita Ke Zoo

Sambil kengkawan duk memantau kawasan penamaan calon ada la beberapa cerita menarik yang timbul...

big bro teman sambil duk kenen sorang puteri umno di kawasan A, dengor-dengor la makcik-2 umno tu marah-marah dengan penyokong PR yang buat bising-2 nih...

Biasala bising sebab deme jenuh bertakbir menyokong calon deme...

Big Bro teman baru nak try tackle sorang puteri UMNO (nak ambik no tepon ler tu) tak semene-mene si puteri nih bersuara...

"Mak lepas nih kita pergi zoo ker...???"

kaung, kuang, kuang...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 - Bukit Gantang

Pemecah Berita

Laporan daripada lapangan penamaan tadi...
Terjumpa lah dengan seorang makcik, dia kabo dia datang dari batu hampor...
Ate ditanyer dia datang penamaan calon ker...???
Bukan katernyer...

"Makcik datang nih jumpa anak makcik...
Dia sekang dalam PLKN Ulu Kenas...
Dia tepon semalam kater dia kene pergi ker Taiping...
Deme dapat duit RM200 sorang untuk ke mari...
Rupernyer suruh datang ke penamaan calon...
Untuk penuhkan penyokong BN"

hehehehe...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - Calon telah diumumkan

Sebentar tadi telah disahkan SPR telah menerima percalonan ketiga-tiga calon...

maka dengan ini calon-calon yang akan bertanding di PRK P059 - Bukit Gantang...

1. Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin - Calon Pakatan Rakyat mewakili Parti PAS

2. Ismail Sapian - Calon BN mewakili parti Umno

3. Kamarumizu - Calon Bebas

Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - Calon Bebas

Kamarulmizu telah mendaftar sebagai calon bebas... teman telah mendapat sumber ini sejak beberapa minggu yang lepas... namun disebabkan mencari pengesahan teman tak publish news ini...

sedikit sahaja info yang teman tahu pasai calon bebas ini... tapi menurut informer teman tu, belaiu merupakan ayahanda dalam organisasi PEKIDA... ayahanda parit...

tujuan mencalonkan diri... beliau ingin memecahkan undi bangsa melayu...

teman cuma boleh infokan sahaja...

tiada komen yang lebih-lebih...

this is a free country...
sesiapa pun boleh mencalonkan dirinye...
selamat mengundi rakyat malaysia bukit gantang
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - penyokong bn

teman baru bangun sebab semalam sibuk edit video... ciberboron tengah mandi tepon dia bunyi tak berhenti... teman tolong angkat tepon, topeng perak yang cuba hubungi... rupernyer cerita panas... penyokong bn bercakar semasa-sendiri. aper sudah jadi nih... pelik sungguh rasa dihati... sampai FRU tolong lerai mereka tadi... hik hik hik...
Blogged with the Flock Browser

PRK P059 Bukit Gantang - penyokong pr dan penyokong bn

Penyokong pr makin ramai. Dengan kelebihan mendapat kawasan yang redup, ianya amat menguntungkan.

Yang jadi tanda tanya mana penyokong bn? Mungkin wanita dan puteri umno tak boleh kena panas. Nampak gayanya pilihan kawasan padang tidak memihak kepada penyokong bn.

Senang untuk datang tapi panas manakala penyokong pr kena tawaf dataran tapi kawasannya redup dan nyaman...

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - tiba tiba...

Menderu deru penyokong pakatan rakyat tiba ke kawasan dataran perbandaran. Dengan bendera, sepanduk dan poster memenuhi kawasan padang yang dikhaskan untuk pakatan rakyat. Manakala kawasan bn lengang lagi. Mungkin penyokong bn tengah breakfast kot. Hehehe.

Laungan takbir bergema. Burung riang berkicau terkejut. Semangat rakyat membara. Takbir!!!

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - di Dataran Perbandaran

0630hrs teman dan kuda laut dah keluar dari base. Dengan cilok sana sini dapat le park kete dekat dengan wisma perbandaran taiping.

Teman kemudian bergabung dengan team blogger network. Otw ke dataran, ada pusat bn yang dok offer breakfast kat ahli deme.

Kat dataran, keadaan yang tenang dan damai dicemari dengan trak fru yng mengambil tempat. Itu belum lagi kuda putih yang dok ulang alik. Bukan senang weh nak habihkan budget rm15juta.

Kuantiti penyokong masih belum mencapai piawaian standard pilihanraya kecil. Sekali imbas lebih macam pencalonan untuk pemilihan ketua polis taiping. Lebih polis dari penyokong. Yang untung nasi kandar a.rahman. Penuh hingga ke jalanraya.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-

PRK059 Bukit Gantang - Beberapa jam sebelum penamaan calon

Kami semua pi makan KE Corner. Sementara tunggu pesanan sampai ke meja, cerita 'bunuh syaitan' menjadi topik sembang. Ketawa memang bagus untuk release tension.

Dah selesai makan time nak bayar tuan punya kedai bagitau makan minum kami sudah dibayar. Kepada hamba Allah yang belanj tu teman ucapkan jutaan terima kasih. Semoga panjang umur dan murah rejeki.

Balik ke base semua sibuk ngadap laptop dan pc. Ada yang update blog, sorting gambo dan edit video. Teman? Terperuk kat bucu dining hall sambil update blog teman. Oh ya antara lain agenda bila sampai rumah ialah charge bateri kamera, handphone dan laptop.

Kereta kuda laut kong. Clutch plate out terus. Call member untuk pertolongan. Pagi nanti dia akan cari pomen katanya.

Sementara menunggu time nak ke tempat penamaan calon nanti, teman nak mandi dan cari ruang untuk rendahkan diri.

wa chow sin

-HTC S620-
-mobile blogging rulez-