dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 April 2009

PRK P059 - Bukit Gantang - Berita Gempak

Jika kome baca news disini, kome akan dapat lihat yang badan ini berkecuali... dengan niat mahu menegakkan Islam daripada disalahgunakan oleh orang bukan islam...

itu cerita dalam beritanyer... berita ini benar dah sahih...

tetapi disebalik news dan juga laporan polis yang dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, En Osman Abu Bakar ada cerita yang lagi hot...

Aku dikhabarkan terus ke lubang telinga aku daripada tut tut tut...(kang aku sebut hangpa gi balun dia)... setelah dikuis-kuis dan dikorek-korek, rupernyer laporan ini dibuat................................................

Camni ceritanya...

masa *deme berbual dengan Setiausaha TERHORMAT Badan Bertindak Perpaduan Melayu di balai Polis tersebut, dia di jek-jek pasai undi di bukit gantang...

dia bagitau yang report ini arahan daripada Zahid sendiri... tapi *deme nih tak pueh hati (*deme adalah informer). Korek lagi... makin terbelohong la lubangnyer... Rupernyer ini adalah arahan daripada Najib, PM Malaysia yang Ke-6. dan dalam masa yang sama Najib dah suruh Mufti.... (yang nih aku lost focus samada Perak atau Malaysia terus) untuk buat statement di Berita Malam ini juga...

kalau Statement tu dan kuar kome mesti dapat tangkap aper yang aku cakap nih....

News ini betui-betui keluar dari mulut setiausaha tersebut...
Jangan terkejut...

Rancangan Jahat ini memang telah dirancang...

Aku malu la bila orang MELAYU kita nih tak rete basa... Si Nga nih cuba sedaya upaya belajo nak ucap dan lafazkan ayat al-Quran, ader pulak larangan baru yang akan keluar nanti iaitu melarang menggunakan ayat al-Quran dan ceramah politik... aper hal???

Patutnyer bila dia salah sebut, kita jumpa dan ajor dia ucap cara yang betui.... ader lak makhluk bangang nih gi report polis...Tak ISLAMIK langsung.

INILAH ISLAM HADHARI...

khak phuih.....

Blogged with the Flock Browser

Aku masih marah

ingat boleh reda kemarahan aku...

lepas posting aku yang ini...

komputer aku lak kene serangan trojen...
ader kawan2 pi buh pendrive yang kuat benor trojen nyer...
tak terlawan SnD aku...

aku lapaq...

aku nak keluaq makan jab...

oh wongge... aku merinduimu...
Blogged with the Flock Browser

Kenyataan Akhbar CYM - Penyalahgunaan Perkataan "Barisan Nasional"


Kami, Concern Youth Movement (CYM) @ Pergerakan Belia Prihatin, ingin mengulas terhadap kenyataan seorang perwakilan Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan, di perhimpunan Agong UMNO semalam, bertarikh 27 Mac 2009, yang menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

Berikut adalah kenyataan Nur Saidi Nayan:

1. "Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda UMNO, Nur Saidi Nayan.

2. Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

3. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

4. "Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan sebuah pertubuhan yang haram.”

5. Berbeza dengan UMNO yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."


Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul... untuk sambungan sila klik