dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 April 2009

Kabinet Najib

Nukilan tok_iskandar

Kabinet dapur Najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.

Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah. Pemerintahan 100 hari Najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ. Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya Shaziman, Ismail Sabri dan Saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.

Sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais Yatim dan Ibrahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Ku Li terasing daripada hulubalang kanannya. KJ senasib dengan Ku Li.

Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen. KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya, sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

Semboyan perang masih belum dibunyikan. Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang Najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas, seorang MP di Melaka, 7 MP di Perak, 3 di Negeri Sembilan, seorang MP di WP, 2 MP di Selangor, 6 MP di Johor, 6 MP di Pahang, 3 di Terengganu dan Ku Li di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya. Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan di dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku, nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

Kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

Bila dan bagaimana? sama-samalah kita tunggu dan lihat...

p/s teman tak mau komen aper-aper... sebab teman pun dah lama perasan tangan-tangan ghaib ini wujud... waulahualam bi sawab...

Imejan Pemilihan Umum 2009 Indonesia

logo pemilihan umum 2009 - PEMILU

waduh pak! kok kamu juga mohon restu rakyat ya....


berikan aspirasimu

demi telus dan bersih. lepas undi harus celup jari ya

poster calon yang berkonsepkan Superman... lebih bagus jika nama calonnya Suparman

Bond. James Bond.
PSA PEMILU

Tatacara pemungutan suara

laksanakan tanggungjawab anda

wa chow sin

Our Cabinet Rakyat - Petunjuk Prestasi Utama

PM kata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ni untuk menilai prestasi menteri setiap 6 bulan.

Siapa menilai prestasi PM?

Our Cabinet Rakyat - Projek Mee Segera

OTW teman balik dari KL semalam adik teman SMS bagi tau yang list cabinet dah keluar. Berbalas balas SMS le kami berdua. Sampai rumah blackout. Tak dapat nak tengok apa blog pun. Ari ni baru nampak cerita cabinet. KABINET RAKYAT katanya


Yang best nya ada dari lineup kabinet ada bukan ahli parlimen (sebab kalah masa PRU12 ari tu). Jadi apa ke maknanya ni kepada baki ahli parlimen yang tak dilantik? Korang tak boleh buat keje? Korang tak baguih? sehinggakan PM terpaksa lantik bukan ahli parlimen sebagai menteri. Itu YB YB kena pikio sendiri.

Yang teman nak cerita ialah pasai projek mee segera. Asai tuko PM mesti buat rombakan. Buat rombakan sampai tahap tuko nama kementerian. Aduhai jenuh le kami yang nak berurusan.

Projek Mee Segera (under kementerian)
Letterhead printing, car sticker printing, resit printing, signboard maker, name tag, staff pas, door access pass, logo, borang, bahan pameran, laman web dan macam macam lagi le. Itu jangan cerita rebranding corporate image kementerian seperti RTM yang asyik bertuko setiap kali tuko menteri.

Projek Mee Segera (bukan bawah kementerian)
Peta oleh agensi tempatan untuk menunjukkan lokasi kementerian dan Signboard jalanraya (banyak kat putrajaya tu). Mungkin list ni akan panjang jugak bila makin dipikiokan.

Jadi kos kena keluar. Pembekal menunggu tender dibuka. Kroni mula register company. Kawan mula bertanya khabar. Tak dapat semua sikit pun jadi le. Lagi pun bukan senang nak habih kan budget 60 bilion tu. ye tak?

wa chow sin