dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

14 April 2009

Sidang Akhbar Jama'iy 14042009

Sekarang sedang berlaku sidang akhbar anjuran NGO Islam Perak Jama'iy.

Highlight utama sidang akhbar ini,adalah mereka akan menganjurkan debat umum. Bagi mereka debat umum wajar dilakukan kerana masyarakat Malaysia kala ini sudah cukup matang untuk menganalisa sendiri apa yg didebatkan.

Debat tersebut hampir pasti cuba mengulang semula debat yg gagal dijalankan antara husam musa dan zahid hamidi. Debat itu yg patut berlangsung dua hari sebelum PRK P059 Bukit Gantang. Namun sbb kegagalan zahid hamidi untuk hadir tanpa sebab maka majlis tersebut dibatalkan.

Jika majlis tersebut diadakan kembali,maka mereka akan mengadakan juga debat antara DS Nizar dan Zambry.

Sidang Dun Terengganu tegang?

Pada jam dan saat ini dikhabarkan oleh rakan yg berada di lokasi, sidang dun di terengganu agak tegang.

seramai 8 dun umno telah keluar dari dewan sebagai tanda tidak setuju dengan ahmad said dan mahu undi tidak percaya dibuat.pada dasarnye,semua wakil rakyat dari parti pas yang berada dlm dewan bersetuju dan sepakat menyokong undi tidak percaya.

tiada tajuk 2

Teman tau,mungkin ade antara akan mungkin pandang lain mcm bila teman post gambar sblum ini. Yes...memang betui teman n the geng ade tiara beach resort. Yes...memang teman n the geng pergi bercuti.

namun pada hakikat yg sbenar kata2,kami ni sedang memenuhi permintaan rakan seperjuangan.rakan yg dah lama mahu belanja kami.rakan menghargai perjuangan kami selama ini.dan sudi teman ucapkan terima kasih bebanyak sbb belanja kami makan tmpt penginapan yg indah ini.dah lama teman teringin bercuti di sini sejak pertama kali menghantar rakan kerja teman bercuti di sini. Cukup2 menarik.

Walaupun teman n the geng nampak seolah pergi bercuti tp hakikat sebenarnye kami ni sedang serius berbincang.serius berduskusi,usrah dan musyawarah...banyak perancangan yg kne kami atur.banyak paperwork yg perlu dibuat.banyak penyelesaian yg perlu kami rungkaikan.

Macam ayat yg sama digunakan oleh kakitangan kerajaan yg meeting kt hotel mewah atau di resort2. tp kami tak guna wang rakyat.kami tak guna seduit pun duit tabung bloggers.sepenuhnye ditanggung oleh rakan kami td...sekali lg terima kasih.

kami dalam perbincangan untuk lebih meng'organize'kan pergerakan kami.perancangan untuk masa depan dan merangka perjalanan kami yg seterusnye. insyallah kami akan menyediakan pentas yg lebih baik selepas ini dan gerak kerja yg lebih tersusun.

selamat bertemu kembali nanti.