dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 April 2009

harapan kita agar media massa bercakap benar

bersangkut-paut dengan berita ini, rasa boleh teman berkata disini bagi pihak semua rakan-rakan bloggers, media altenatif dan juga mungkin bagi pihak rakyat agar semua media massa termasuk la TV1, TV2, TV3, NTV7, Channel 8, TV9, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo, The Star, NST, Sinar Harian juga menyiarkan berita-berita yang benar juga.

Jangan lagi ada penyelewengan fakta.
Jangan lagi ader cerita orang yang datang 10 ribu disebut 500...
Jangan lagi membuat keputusan kes yang belum abis dibicarakan...
Jangan lagi buat pernyataan besar sebelah...

Sediakan ruang yang secukupnya untuk membawa berita daripada Pakatan Rakyat sama, jadilah media yang bersifat neutral...

So... jangan cakap bloggers hanya tau auta... media massa lagi kuat autanyer... betuikan yang duduk dibawah anda dulu sebelum betui kami nih...

Sokong ker tak sokong

Walawei...

latest news...

itu menteli ala kata tala apa hal punyer itu worang punya statement...

lia boleh cakap apa lia yang lia pikir...

tapi itu menteli ada bagitau juga...

"belum tentu lia sokong..."


aik ala gado-2 ka...???

LPKP pindah JPM...???

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri

Sumber Pejabat Perdana Menteri





hehehehehehe...

makin frust la lepas nih....

Berita Sedih - Hukuman Untuk Mat Rempit - Kene Gantung

From Flock Photos

Teh Panas

Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang…

Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja… dia cuba bertanya harga segelas teh panas

dan teh sejuk… lalu pelayan restoran menjawab..


“Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20″


Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu

lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya….


Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan..  kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam

sekelip mata sahaja…


Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata

“Kalau lambat diminum… air ini jadi sejuk… kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..

lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja”


Blogged with the Flock Browser

cari YB tersembunyi?

teman ke vanggey tadi. tiba tiba teman nampak YB ni. Snap ngan handphone je la... tengok tengok le kot kot boleh jumpa...


wa chow sin

suara rakyat : joepengkalan

joepengkalan said...

ni pendapat aku...mungkin artikel ni boleh bagi idea sket..kalo x de,kasi buang dlm lombong kinta pun x pe....heheheheh

Daghi kecik aku tgk pas ni ada kelainan..satu dia punya caghe penampilan dan akhlak ahli2 dan pemimpin nya membuat kan aku tertarik dgn deme…apok aku yg dulu kuat umno dan juge akhlak boleh tahan le juge lepeh berkawan dgn org2 pas ni Alhamdulillah dah banyak beghobah…

tapi sejak 3 4 tahun ni,aku tgk bila PAS dah mula makin naik..banyak dah org2 PAS ni mcm dah lupa diri…dah lupa akhlak…ingat..dasar perjuangan PAS tu al quran dan sunnah…kalo org2 PAS sendiri tak pegang dasar perjuangan tu mcm mana nak tarbiyah org lain utk jadikan islam itu cara hidup..

aku cakap bende ni bukan dari dengor cakap2 org je…aku dah tgk sendiri kat pas cawangan kg aku…ada AJK pas sendiri yg bini masih lagi boleh keluor rumah tunjuk rambut karat….ada AJK PAS sendiri yg boleh angkut indon pegi karaoke…mana pegi akhlak islam nya???bila mesyuarat agung PAS cawangan…berapa ramai muslimat PAS yg datang dgn bergincu sakan mcm nak pergi perhimpunan agung UMNO je aku tgk….

Bende ni aku dah cakap tapi deme buat nohen je…ye le sape le aku..sekadar seorg PEON….tapi bende ni kene ambik serius…kene betoikan jemaah dulu…jgn sampai PAS hanya tinggal nama je…sebab tu dulu aku tak pernah setuju dgn rancangan anwar nak amek kerajaan pusat dgn pancing MP UMNO…sebab belajor dulu memerintah…kuat kan iman dulu…tgk la baru je pegang dah berapa ramai yg tumbang dek Ujian DUIT….mcm ni ke nak memerintah..

Kene bersihkan dulu semua taik2 yg ada…buang yg mana boleh jadi liabiliti pada jemaah…aku ingat lagi ayat ustaz sharil long kat arwah ustaz fadil nor..”Saya masuk PAS kerana nak daulatkan Islam…tapi kalo cara saya boleh jatuhkan ISLAM..tegor lah saya”…..tapi beghape ghamey Ahli PAS yg tak de semangat ni….tak boleh nak di tegor..kalo rasa x leh nak ubah akhlak tu,jadi penyokong je dah le..mcm aku ni…cuma aku ni baik sket je le dari mat taib kaki rembat anak sultan tu…wakkakaka

Aku cakap bende ni bukan nak bukak pekung jemaah sendiri..aku cakap bende ni sebab aku sayangkan PAS…aku sayangkan perjuangan Islam..aku sayangkan anak cucu aku..aku x nak satu hari nanti anak cucu aku tak dapat beza kan dah ISLAM dgn MELAYU….sebab tu aku pilih PAS….baiki lah diri kita sendiri…baiki jemaah sendiri…tgk la mcm mana yg berlaku di bukit gantang…tanya la geng2 bloggers network…deme pun tau mcm mana puak2 ni masa berkempen hari tu…

INGAT….kemenangan kita tahun lepas bukan di sebab kan kekuatan kita…tapi di sebab kan org dah nampak kebodohan UMNO dan BN…cuma sekarang ni yg aku nampak org bukan pilih yg terbaik antara yg terbaik..tapi nampak mcm yg terbaik antara yg terburuk….kemenangan di Bukit gantang di sebabkan oleh NIZAR sendiri…kekuatan PAS di kelantan di sebabkan oleh ketokohan TGNA sendiri….sebelum deme2 ni tak de…beghobah le….rakyat x nak sekadar org yg pandai di atas kertas…rakyat nak org yg bijak dan mesra rakyat….

hayati lah lirik lagu ni…..moga mendapat manfaat..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

lirik ni aku ambik dari lagu sunnah berjuang kumpulan nada murni…lirik ni kene semat dalam hati kalo nak jadi pejuang ato masuk politik…kalo tak de bende ni…bak kate eklan dalam TV…”GHENTI KAN LE MANNNNNN”

joepengkalan

kalau tak betoi tak kan ada yang bersuara. Sebagai bukti sokong kita akan terus menyokong dan menegur ke arah kebaikan...