dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

16 April 2009

Biar betui

Teman ni duk dlm kete on the way balik ipoh...bru lepas dari tol jelapang.

Elok je lepas tol,lebih kurang 500 meter,ternampak segrombolan trak FRU dlm perjalanan menuju je utara. Lebih kurang 5 jentera berat FRU sarat dgn tentera mereka,dlm keadaan tergesa-gesa untuk ke arah utara.

Sebab ape teman tak dpt dipastikan lg...

hakim mencabul

Buat pertama kali dalam sejarah perlembagaan negara dan mungkin dalam dunia barangkali apabila badan perundangan telah menidakkan kuasa yang ada termaktub dalam bidang kuasa perlembagaan negara. Tidak salah jika saya katakan badan perundangan telah mencabul badan perlembagaan. Ini telah membuktikan bahawa badan perundangan Malaysia telah dicemari dengan tangan-tangan ghaib yang mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Perbuatan ini amat lah memalukan. Ini juga telah meletakkan badan perlembagaan ditahap mudah dinodai.

Namun demikian, perbuatan ini secara langsung telah menyebabkan fakta kes ini akan menjadi bahan rujukan kepada maner-maner kes perlembagaan terutama apabila kes itu ingin mencabar keputusan speaker. Sekaligus meletakkan bahawa mereka yang pernah diambil tindakan oleh maner-maner speaker dewan undangan negeri berkebolehan untuk menidakkan apa jua tindakan speaker samada didalam ataupun diluar dewan.

Pilihan Raya Kecil di Penanti

Telah disahkan bahawa kerusi DUN Penanti telah dikosongkan oleh Fairus... Maka dalam masa 60 hari akan berlaku lagi satu pilihanraya kecil.

Bayangan yang dimaklumkan - Aduka Teruna

VS


Setelah Aduka Teruna telah melarikan diri akibat kemaluan terhadap kemenangan Arsenal yang mara ke separuh akhir untuk bersedia kalah dengan Manchester United. Ini adalah menurut tilikan dan nujuman Aduka Teruna.

AdukaTeruna kotakan janjinya


Aduka Teruna terpaksa menyerah awal kepada ajakan komenter anon yang mencabar untuk mem'pink'kan blog nya... Beliau sedar yang Arsenal terlalu kuat untuk Villareal... Oleh yang demikian terpaksa juga beliau mengalah satu jam sebelum perlawanan tersebut bermula sekali pun...

Ketika ditemui dibawah meja dirumahnye... beliau yang telah terpaksa menukar ID nyer kepada Aduhla Teruna itu berkata... "Gilor ko...Arsenal tu dah la power... mengigit lak tu..."

Apa pun keputusannyer antara MU dan Porto atau pun Arsenal dan Villareal, beliau tetap geng dengan dugong_darat, sebab dugong_darat tetap macho (tang perut) dan aduka teruna tetap hensem cam brad pit...

dugong_darat melaporkan untuk berita jam randik....