dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

18 April 2009

Membaca amalan mulia

daripada sumber berita...

Berpandukan kepada statistik kadar celik membaca...
85% daripada rakyat Malaysia yang kerap membaca...

77% suka membaca surat khabar...
3% suka membaca majalah...
3% suka membaca buku...
1.6% suka membaca komik...

Kadar buta huruf negara(6.8%) disifat agak tinggi berbanding negara-negara maju dimana kadar hanya setakat 1% daripada jumlah rakyat mereka...

Berita yang wajar diambil perhatian, sebab dalam keadaan kemodenan negera kita yang macam pesat membangun nih, kadar buta huruf masih lagi tinggi... Mungkin ada yang tak kene dimana-mana institusi yang berkaitan kut... hehehehe...

Tetapi relatifnya daripada berita ini, kalau rakyat Malaysia ada 25 juta orang, kira-kira 16.4 juta rakyat Malaysia lebih kerap membaca surat khabar berbanding bahan bacaan yang lain...

Fuh banyaknya kepala nak kene kencing kalau akhbar di Malaysia memutar-belitkan fakta... tu baru yang baca akhbar, belum lagi yang tengok TV sahaja... (kes malas membaca)... lagi la ramai...

Oleh yang demikian, mari la sama-sama kita ajak mereka yang duk seronok baca surat kabo tu baca pulak blog... kurang la sikit kene kencing tu... kurang sikit basah pala kome tu...

hehehehehehehe...

p/s pagi tadi nyaris terjerumus beli surat khabor utusan... sebab internet umah tengah problem...hik hik hik

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari

MESKIPUN keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

baca lagi disini...

Perlembagaan adalah satu perkara yang kronik... Dulu Prof Aziz Bari ader menyebut, we need an extra constitutional to dissolve matter...

Kene bubar juga DUN Perak nih... kalau tak masalah susah nak selesai...

Telah di konfemkan

baru jer tadi topeng_perak call teman, menyatakan yang UMNO atau BN tidak akan meletakkan calon di pilihanraya kecil N15 Penanti...

sebab aper...??? aku pun tak tau...

Tahniah

Izinkan dulu teman gelak puas2.

Muahahahaha...
Kah kah kah...
Hik hik hik...
Pinjam gelak raden jawa
Wakakaka...

Ok...ehem...
Teman nak ucapkan tahniah kepada bakal-bakal dato seri yang akan dapat pangkat tersebut di Istana Iskandariah esok. Selepas terlepas dari tali gantung dewan,mereka ni dapat lak anugerah dato seri. Mungkin sebagai tanda berjaya membuat acara rogol beramai-ramai perlembagaan negeri baru-baru ini.

Ape pun, teman tetap ucapkan tahniah atas kurniaan tersebut.

hehehehe...

Dalam masa yang sama baru sahaja selesai press conference daripada Speaker DUN Perak, S.Sivakumar. Teman takde la dapat cerita detail apa yang dibicarakan, tapi teman dapat berita yang menyatakan di press conference tersebut,speaker ade menyatakan bahawa setiausaha dewan sebenar telah beliau pecat. Dalam erti kata lain, surat memanggil sidang Dun pada 7 mei itu tidak sah kerana surat tersebut dikeluarkan oleh setiausaha dewan yang sudah dipecat. Lebih kurang nak kabo yg surat dan setiausaha tu haram la kiranye.(haram lg) Maka sidang yg bakal dibuat dianggap tak sah. Poning palo yor...

Hehehe...

p/s mane g mamak gunting rambut ni,dah berakor ponggong nunggu dia.

bila Tok Iskandar bersuara

Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.

-tok iskandar-

Cucur Udang


Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut…lalu si mamat ni pun tanye….

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer…makcik tersebut menjawab…

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang…
Mamat : ……….

elok untuk dibaca

dalam duk browsing-2 blog rakan-rakan seperjuangan, teman terjumpa posting yang bersangkut paut dengan aper yang teman tulih kat sini... oleh yang demikian kita akan dapat lebih info tentang peng'kencing'an rakyat yang sedang berleluasa sekarang nih... baca disini...