dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 May 2009

Dari Birai Katil

Post ini siap jam 5 pagi tadi...


Hehehehe...

Teman bukannye albanjari. Banyak benor XXX nye. Sekang ni teman posting dari birai katil bujang teman yg dah nk runtuh akibat keberatan teman. Tilamnye dah nak leper sebab acapkali di steamroll oleh badan yang comel ni.

Sambil nak golek2 atas tilam ni,teman saja nak ajak kome pikior ape yang mungkin terjadi 2 3 hari nanti.

Teman jarang post spekulasi. Dan jarang post propaganda. Tapi nak luah ape yang terdetik dalam pala hotak teman ni.

Semuanye berkisar dengan sidang dun perak yang nak langsung tak lama lagi ni.

Beberapa kemungkinan yang best dan tak best mungkin berlaku. Di lihat dari sorotan akal yang waras ni, ape yang berlaku lebih kepada kegabraan pihak yang kononnye memerintah sekarang dengan speaker yang benar berkuasa sekarang.

Bertungkus-lumus la Zambry nak hapuskan speaker sekarang iaitu Sivakumar. Bermacam rancangan dibuat, agar Sivakumar boleh digulingkan. Kalau kita faham rentak yang mereka dah buat, serentak dengan penarikan pengantungan Zambry dan exco coup de' tat nye, penghabisan yang nampak adalah, penggulingan Sivakumar sudah hampir pasti. Caranya, Sivakumar di hilangkan hingga tidak hadir,atau undi tidak percaya terhadap Sivakumar oleh sidang. Ini akan membolehkan sidang melantik speaker yang baru. Kalau ini benar terjadi maka BN akan terus memerintah Perak hingga la ke PRU13 yang tak lama lagi.

Ok. Dijadikan pula Sivakumar dengan kuasa yang termaktub berjaya datang ke sidang dan berjaya menidakkan usul ganti speaker, maka akan berlaku lah sesi halau menghalau dalam sidang yang menyebabkan apa jua undi akan berpihak kepada PR. Untuk mengelakkan dari diri Zambry sendiri dapat malu,maka dia sendiri yang mengusulkan Dun Perak dibubarkan. Dengan itu dia akan diangkat menjadi hero pula. Kenapa Zambry boleh buat demikian,kerana pada dalam risikan yang deme buat, depa boleh menang semua kerusi yang dah sedia ada, serta tambahan 2 3 4 kerusi dari PAS dan PKR. Tempat? Jangan tanye,nanti gelabah YB tu. Ini merupakan last resort yang Zambry boleh guna pakai untuk terus menjaga nama baik dia. Name pun dapat, gelaran dah tentu dalam poket.

2 kemungkinan ini hampir pasti berlaku cuma yang mane satu,kita tunggu 7 Mei ini.

Namun dalam menunggu kemungkinan yang hampir pasti ini, agenda usul ke dewan akan menjadi satu backfire pada BN. Deme kabo yang speaker tak boleh tolak usul yang difailkan,jika cukup syarat matang iaitu 14 hari dari tarikh sidang. Kecuali usul tergempar. Teman tak pasti news ini,tapi ciberboron kate dia nak berhujah bab ni, tapi buku tinggai kat mane ntah dia tak tau.

Walaupun tak jawab lagi,teman boleh la ambik kesimpulan,jika usul ini terpaksa di terima, maka banyak lah usul macam ni muncul semasa sidang parlimen nanti. Tak ke kene batang idung sendiri. Sama macam kes Gobind.

Seperasaan teman, apa yang berlaku di Perak ni,telah membuka banyak ruang untuk Pakatan Rakyat melakukan sesuatu. Follow what the path that have been made. Dan juga sekalung terima kasih kepada coup dé tat ni, Dato Seri Nizar menjadi lagi kuat dan berpengaruh. Sorry to say, BN made him a HERO.

Padan muka kome...

Berita Gempar

Khabarnya stok baju T warna hitam di Ipoh sudah kehabisan. Sementara menunggu stok baru sampai pada hari rabu nanti maka baju T warna lain semuanya telah di dye ke warna hitam...

pasai apa aaaa?

inilah misteri nusantara

wa chow sin

Di sana dan di sini

Memula baca kat sini...

Ada la sedikit semangat...

Bila member kita buat post camni...

Hilang balik semangat....

Tapi tetap nak pegi...

Sebab aritu tak pegi...

Sejarah dunia nih beb...

Tambahan deme nih lak nak turun sama...

Wooohooo....

Jom ke Ipoh wey....