dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

06 May 2009

Perbicaraan tak habis lagi

Untuk pengetahuan semua keputusan mahkamah antara nizar dan zambry masih belum selesai dibicarakan.

Tetapi yang menarik disini, abdul ghani patail telah packing semua barangnye dan dan balik. Katanye kepada pembantunye, lantak korang la, yang kene nanti korang nanti, aku nak balik.

Klu keputusan hari ni tak keluar maka, menteri besar perak yang sah ialah dato seri mohd nizar jamaluddin.

Kene tangkap dah

Mat Sabu dah kene tangkap. Tengah makan kat jalan pahang.

Latest kene tangkap, Chegubard dan sorang rakan semasa mereka hendak bawakan makanan kepada 3 orang tahanan kek di putrajaya.

Mungkin ini berterusan...?

Perkara yang perlu diambil berat

Esok 7 Mei 2009.

Hari bersejarah.

Teman nak berdoa agar semua berjalan lancar. Tiada perkara buruk yang mengundang kepada keruntuhan kedamaian negara kita ini.

Antara pesanan teman kepada semua yang mahu melihat peristiwa bersejarah ini :

1. Kita turun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadapa demokrasi yang kian pudar. Maka jangan sesekali ada seorang pun antara kome semua datang pakai baju yang ada logo parti. Baik BN, PKR, PAS atau DAP. Kita mewakili rakyat Malaysia yang tak dapat hadir. Bukan mewakili parti.

2. Tolong bersabar. Kita datang dengan aman dan mahu pulang dengan aman. Jangan ada sesiapa yang jenis kurang sabar datang esok. Kalau tak boleh control diri jangan susahkan orang lain. Pesanan ini teman minta semua rakan, ketua-ketua atau siapa sahaja yang mengenali rakan yang panas baran untuk tidak hadir pada hari esok. Takut berlaku perkara yang tak diingini.

3. Teman juga syorkan kepada semua yang hadir bawak surah yasin. Sambil kita beraman-damai di situ, sama-sama la juga kita bermunajat, berdoa semoga sidang DUN tersebut berjalan lancar tanpa timbul sebarang kekecohan.

KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AMAT CINTAKAN KEDAMAIAN DAN KEAMANAN.

TOLONG JANGAN CEMARINYA.

Wahai orang beriman

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu measuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorang pun didalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum mendapat izin. Dan jika diakatakan kepadamu :”kembali (saja) lah”, maka hendaklah kamu kembali. Itu bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan “.(Surah An-Nuur:27-29)

jom pekena burger

SALUTESSSSSSSssssssssssssssssssss here

wa chow sin