dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 May 2009

bila pindaan ni dibuat

rupanya ada cara nak lucut jawatan speaker dewan. undang undang ni baru. teman baca undang undang tubuh negeri perak lama. buku perintah perintah tetap dewan teman punya pun dah outdated kot

"Speaker hanya boleh dijatuhkan dengan kaedah mengeheret tubuhnya ke luar dewan"


wa chow sin

Sidang DUN Perak - Soooooooooooooo pity

Letih....

Nanti-nanti la teman buat rumusan...

Sebelum Maghrib nih terima dahulu gambar ini dan renungkan.............


Bila Manusia Takut dengan Bayang-Bayang.

Hari ini, pelajar kelas saya 5 orang tak datang, seluruh sekolah tak yah ceritalah. 3 sekolah yang berdekatan tak yah tanyalah. Semua cerita yang sama. Guru lambat, murid tak datang, bas sekolah pun kena sekat. Takkan la bodo sangat penguatkuasa, bas sekolah pun tak kenal. Ada guru perempuan yang berpusing-pusing mencari jalan Lim Bo Seng. Dah sampai bila nak masuk tunjukkan pas kerja dia ditanya ada surat dari Pengetua tak?. Tak ke bodo punya soalan tu. Hanya kerana takut dengan bayang-bayang sendiri (biasalah orang bersalah mesti takut) satu Ipoh susah. peliknya, semalam IGP kata tak boleh tangkap sorang peragut yang mobile ni, pasal bila polis tunggu, mereka pergi tempat lain. Tapi hari ini beribu-ribu tenaga tu boleh pulak menunggu di tepi jalan dan digunakan untuk menangkap orang minum di kedai kopi, menghalang pekerja awam, pelajar sekolah dan semua orang. Eloklah tu. Teruskanlah kerja anda. Lagi ramai la orang meluat dengan pemerintahan yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri (sebab bayangnya pun tau dia buat salah- salah apa -? Lu fikirlah sendiri)

Berita Gempar - Sidang dun perak - nizar mengadap

Raja muda perak telah menitahkan ds nizar untuk mengadap baginda.

Disamping itu, yb-yb pakatan rakyat sedang dibelasah dan dipukul di dalam dewan.

Manakala berita daripada pejabat fru negeri perak, setiap jam seramai 13 orang tahanan yang di tahan tadi telah dilepaskan.

Ini merupakan berita terakhir dari teman tentang apa yang berlaku dalam sidang dun. Untuk info selanjutnye boleh rujuk laman blog idhamlim dan anilletto.

Teman akan cuba update berita daripada ibu pejabat fru negeri perak

Sidang DUN Perak : ucapan perasmian

patut start pukui 10 pagi. 315 petang baru boleh berucap. ucapan juga boleh didengar secara langsung di Perak FM 95.6MHz

updated
secara dasar ucapan perasmian lebih kepada ekonomi

Gempak - sidang dun perak - polis di arah masuk ke dewan.

Berita dari dalam dewan melaporkan yang pihak polis telah diarahkan masuk ke dalam dewan, atas arahan dato ss untuk menahan dan membawa keluar speaker dewan, sivakumar

Sidang dun perak - jumlah tangkapan oleh pihak polis

Sehingga saat ini, seramai 75 orang telah ditangkap oleh pihak yang berkuasa. Kemungkinan besar hampir semua tahanan akan dibebaskan.

Sidang dun perak - masih bertekak

Sumber dalam sidang dun menyatakan sidang masih bertekak untuk menghalang ganesan untuk menjalankan tugas.

Dun pakatan masih menegakkan bahawa sivakumar masih speaker yang sah.

Berita terbaru,sivakumar masih duduk di kerusi speaker.makanan tengahari dijamah di kerusi tersebut. Yang menarik ganesan masih juga merasa dirinye speaker dan buat kerusi speaker yang baru di sebelah zambry.

Berita dari dalam dewan.

Sidang DUN Perak : macam tebusan

taktik BN dalam menghadapi adun PR dalam dewan kali ni lebih kurang sama macam perbincangan antara perinding polis dengan penjahat. Dengan pemotongan mic dahulu dan kemudian air tandas pulak dicatu (sumber cina islam). Lepas ini apa pulak? blackout? gas pemedih mata?

Sidang DUN Perak : kalo nak kaya

buat adun BN dan PR ang dalam dewan tu jangan lupa rekod segala benda yang berlaku dalam dewan dengan hanphone canggih kome tu. Bukan apa sebagai persediaan kalo DUN Perak dibubarkan dan anda tidak dilantik atau kalah bertanding boleh le juai video tu ke CNN, Al-Jazeera ke... ada le jugak income...

Sidang dun perak - bila speaker lupe skrip

He3. Citer ni bunyinye cam lawak,tapi la hakikatnye. Ketika ini, zambry duk bertekak dengan speaker baru untuk mulakan sidang. namun hakikatnye ganesan tak tau camne nk mulakan. Dia takde experience menjadi speaker lagi.

Sidang DUN Perak : mahkamah set isnin untuk keputusan siapa mb perak yang sah

Mahkamah Tinggi menetapkan Isnin akan datang untuk memutuskan siapa MB Perak yang sah

Sidang DUN Perak : terlupa gamakya yang Raja Nazrin dok menunggu

dok kisahkan usul tuko speaker, lantik speaker haram. tutp mic adun pr dan speaker, bertikam lidah, halau menghalau dan sebagainya semua terlupa Raja Nazrin dok menunggu untuk merasmikan Sidang DUN Perak yang la ni tengah dok lepak di Kamar DiRaja. Wei berapa lama kome nak biorkan Raja Muda menunggu?

Sidang DUN Perak : rehat lagi

Sidang DUN Perak yang masih belum mula berehat lagi sekali. dari 1300hrs ke 1400hrs.

Sidang DUN Perak : ntah bila nak mula

mengikut kata Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dewan takkan bersidang selagi 7 adun BN yang digantung itu keluar dewan bersama dengan 3 adun katak. Ate bila nak mulanya weh... naik lugu teman nunggu ni...

Sidang Dun Perak - sidang ditangguh

Penggulingan terhadap speaker sivakumar amat dikesali. Dengan jelas dan terang konspirasi telah dirancang dengan rapi. Cara speaker digulingkan juga memampakkan ketakutan pihak barisan.

Kalau salah,teman mohon maaf kalau teman cakap, andai dato seri nizar menang kes petang ini,sudah tidak bermakna untuk tempoh terdekat.namun dalam tempoh yang panjang, saya masih belum dapat pastikan. Sidang bertangguh, cuma tak pasti ditangguh terus atau akan bersambung sidang pada waktu petang.

Sidang DUN Perak : belum bermula lagi sebenarnya

Adun BN lantik speaker sendiri
Adun BN yang dihalau tak mahu keluar dewan
Adun BN punya mic ok manakala mic PR tak ok
Adun BN buat sidang sendiri
Adun BN buat usul sendiri dan sendiri sokong

Yang bestnya semua ni dibuat sebelum sidang DUN bermula iaitu selagi wakil Sultan Perak tidak merasmikan DUN manakan boleh DUN ini bersidang.

tu pasai walaupun speaker haram BN menangguhkan dewan semua adun BN tak berani keluar dewan sebab takooooottttttt speaker yang benar (halal) memulakan sidang DUN.

nampaknya tak semua adun BN bersetuju dengan apa yang Zambry buat...

Sidang DUN Perak : Jumlah yang ditangkap

Setakat ini, angka tangkapan polis terhadap orang awam dan yb2 pakatan rakyat dah menceceh 60 orang.

Sidang DUN Perak : Sebab enggan

Atas sebab keengganan sivakumar untuk turun daripada kerusi speaker, deme angkatnye sivakumar dengan2 kerusi sekali.

Sidang DUN Perak : usul kelakar

bila adun BN membawa usul bahawa sidang DUN bawah pokok adalah haram, apa maknanya? Adakah sidang dun bawah pokok itu sah? jika tidak sah mengapa perlu usul kelakar ini?

Sidang DUN Perak : Tiada ralat

Tiada ralat dalam berita tadi. Cuma ketika semua yang telah dihalau keluar dewan, mereka enggan keluar. Oleh yang demikian mereka cukup korum untuk buat apa pun usul.

Sidang DUN Perak : Speaker telah bertukar tangan.

Mic Sivakumar telah ditutup. Mic Hee telah dibuka. Usul undi tidak percaya terhadap speaker telah diterima oleh Hee. Mic semua dun pakatan rakyat juga ditutup. Maka speaker telah ditolak, Ganesan telah dilantik menjadi speaker.

Sidang DUN Perak : Sivakumar enggan mulakan sidang

Speaker DUN Perak enggan mulakan sidang kerana sidang tidak dirasmikan oleh pihak yang sepatutnye.

Sidang DUN Perak : Halau, kene halau...

Cerita dari dalam dewan. Sivakumar sedang bertelagah dengan Zambry. Zambry telah dihalau tetapi enggan keluar. Setakat ini dah 10 orang kene halau dari dalam dewan termasuk 3 yang telah meloncat. Sivakumar masih speaker. Tajul Rosli yang pada mulanye tidak hadir sidang akhirnye tiba juga.

Sidang DUN Perak : Lagi tangkapan

Zorro unmasked pun kene juga.

Sidang DUN Perak : Kalau lah...

Andai siapa yang membaca post, statistik asas tangkapan hari ini, 75 peratus orang yg tangkap hari ini adalah terdiri daripada yg orang yang gagal menahan diri dari provokasi... Malang sekali... Gagal anda melawan provokasi,ke dalam la jawapnye.

Sidang DUN Perak : Makin ramai yang kene tangkap

Siapa sahaja yang mendekati bangunan suk,pakai baju hitam,takde pas,atau bawak camera,pihak polis claim mereka ada perintah mahkamah untuk menghalang dan tangkap rakyat atau orang awam untuk mendekati bangunan suk. perintah tersebut melarang orang awam mendekati 500 meter dari kwsn suk.

Sidang DUN Perak : Cubaan masuk gagal

Sesiapa sahaja selain yb dan isteri tak dibenarkan masuk ke dewan.

Tadi cubaan masuk ke dewan oleh yb tin chua telah digagalkan oleh pihak polis.

Sidang DUN Perak : Tangkap lagi

Terbaru yb fauziah kne tangkap...