dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

11 May 2009

mesyuarat tergempar

Satu call masuk. "Buat apa kat rumah? Mai casuarina la ni. ada meeting umno." Katanya. "Mike datang ke?" teman tanya. "Tak. ada kat rumah nak tengok house md."dia jawap. "dah mike takda apa ke jadahnya teman nak pegi. teman pun nak tengok house md." teman jawap. "saja je bagitau. ok selamat."katanya lagi. "selamat."kata teman terus letak phone.

wa chow sin

kelakar la pulak

di sini selagi belum ditukar gambarnya

wa chow sin

kelab-umno.com defaced

sumber

wa chow sin

suasana di bangunan SUK Perak selepas keputusan mahkamah 4





wa chow sin

suasana di bangunan SUK Perak selepas keputusan mahkamah 3





tbc...

suasana di bangunan SUK Perak selepas keputusan mahkamah 2





tbc...

suasana di bangunan SUK Perak selepas keputusan mahkamah 1





tbc...

*Hot* JALAN DEPAN SUK DAH DITUTUP

Jalan dibelah bangunan suk telah ditutup sepenuhnye oleh FRU.

*Hot* Dari hadapan SUK

Sebentar tadi dato ss baru sahaja keluar daripada pejabat SUK. Melihat kelibat puluhan wartawan yang ada,beliau ambik keputusan untuk melarikan diri

*HOT* Pemecah berita - FRU dapat arahan

Menurut rakan yang sedang berada di tempat kejadian, sebanyak 8 trak dan 1 rover FRU sudah berada di hadapan pintu masuk SUK Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Anggota yang berpakaian lengkap sudah pun berada disana. Pihak wartawan dan media massa pun sudah mula membanjiri hadapan SUK saat ini.

Sidang DUN Perak tergempar?

Ahhli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional Perak dijangka mengemukakan satu notis mengadakan usul tergempar Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Speaker negeri Perak, Datuk Ganeson.

Ini akan dilakukan berikutan keputusan Mahkamah memutuskan bahawa hanya Sidang DUN Perak sahaja boleh melucut jawatan Menteri Besar negeri tersebut.

Sungguhpun perlantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak sah, namun keputusan tersebut tidak menjejaskan sidang DUN Perak yang lalu kerana keputusan mengadakan sidang DUN bukan di bawah kuasa Menteri Besar.

Persidangan Dewan Undangan Negeri ialah di bawah kuasa Tuanku Sultan Perak. Justeru persidangan lalu yang menyaksikan penukaran Speaker DUN Perak adalah sah.

Speaker DUN Perak dari BN, Datuk Ganeson dijangka akan membawa usul tergempar yang diterimanya untuk perkenan Tuanku Sultan.

Tuanku Sultan dijangka tidak akan membubarkan DUN kecuali persidangan tergempar tersebut gagal melantik sesiapa menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

sumber MYKMU

-------------------------------------------------------------------------------------

itu speaker sah punya ka haram punya? cit podah

cuaca

ipoh hujan lebat

seorang kawan aku menangis

dalam dok sibuk dengan updated keputusan mahkamah berhubung kedudukan MB Perak yang sebenar ada call masuk. Seorang kawan yang dah hampir 3 tahun tak berhubung.

katanya dia menangis sebab dia antara yang masuk tender nak beli camry. dah keputusan maca ni maknanya tak merasa le camry... katanya

sabar je la...

Bangunan SUK Perak

Pintu pagar Jalan Istana Bangunan SUK Perak telah dikunci.

Yang dibuka hanya pintu pagar Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Bangunan SUK Perak

Teman telah anto pari pari teman untuk menyiasat adakah bangunan SUK Perak telah ditutup... stelah mahkamah mengesahkan MB DS Nizar sebagai MB Perak yang sah.

TUNGGU....

Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry

Dengan lafaz bismillah, teman umumkan, kita telah menang kes. Dato Seri Nizar telah di sahkan sebagai Menteri Besar Perak yang SAH!!!

Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Alasan penghakiman

Setakat saat ini, menurut sumber dari dalam mahkamah, alasan penghakiman yang dibuat oleh hakim yang bertugas banyak memihak kepada kita. Namun hakim belum memutus apa2 lagi. Teman pun berdebor juga ni...

Sabor ye pak lubis...

Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry -

Perbicaraan sudah bermula hampir 20 minit. Menurut sumber dari dalam mahkamah, hakim masih lagi menyemak fakta kes yang telah dibentangkan oleh peguam kedua pihak. Sejak tadi, Dato Seri Nizar dan beberapa kepimpinan pakatan rakyat sahaja yang hadir. Zambry tidak kelihatan hadir pada perbicaraan terakhir ini.

Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Hanya wartawan dan med ia

Haiya... hanya wartawan dan media sahaja yang dibenarkan masuk. Jurugambar dan video tidak dibenar naik ke mahkamah. Teman ng kawan2 yang lain hanya dapat duduk di lobi mahkamah.

Cuma ciberboron sahaja yang berjaya masuk ke dalam kamar. Teman tunggu update dari ciberboron dari dalam kamar.

Pra-langsung : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Perut Sakit

Salam semua. Hari ini teman ng crew berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Teman akan cuba update kalau dapat hasil keputusan kes, Nizar vs Zambry.

Untuk pengetahuan semua, takut update teman macam hampeh,teman minta maaf, sebab hari ini teman sakit perut. Ayor terojun kate kawan2. Oleh yang demikian andai ade masanye tak berape nk sedap tu nanti, pepaham kome je la ye.

Hehehe.