dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 May 2009

1(black)Malaysia, Rakyat TAK diutamakan

Nah, apa lagi bukti yang dimahukan?. Ini semua retorik pemimpin penyapu baru. Konon nak membawa perubahan, ingin mendengar suara rakyat, ingin mengutamakan rakyat. Poooodah!!! Kalau betul mengutamakan rakyat, kembalikan kuasa kami untuk memilih pemimpin Negeri Perak. Mengapa? takut kalah ka? Kalau berani, turun gelanggang, kita buat pilihanraya kecil DUN. Selesai masalah.  Mengapa masih mau mengadu pada mahkamah atau istana? kami penentu undi dan pemimpin dalam negara demokrasi. Tanya pendapat rakyat. Jangan jadi bachul Najib!!!! Cukuplah anda takutkan bini saja. Jangan lagi takut pada rakyat pula.

Aku nak buat genjatan jari

Ni posting terakhir aku hari ni. Aku dah bosan dengan gilaan zambry,ghani patail,mahkamah rayuan. Jam 9 mohon, kui 11 dengar rayuan, kui 1 dan dapat lulus permohonan. Keputusan smart-tac.

Aku ingat nak g KL jab nak minta permohonan untuk menangguh permohonan penangguhan si zambry tadi.

Sayang benor deme dengan dato SS dan LA. Tak nak bagi deme ni kene gantung. Ala kene gantung tugas je, gaji still jalan. Bukan kene buang pun.

Aku dah penat dah hari ni. Dah menyampah. Dah meluat. Dah... ngantuk.

Jumpa esok.

Mahkamah Rayuan

Mahkamah rayuan terima rayuan penangguhan peguatkuasaan keputusan mahkamah semalam, yang menyatakan Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Maka dengan itu Zambry kembali menjadi MB Perak.

PENING...

Live dari SUK : Sidang Media Pakatan Rakyat

Sebentar tadi baru sahaja selesai sidang media bersama exco pakatan rakyat. Antara agenda utama sidang media tadi adalah pemberitahuan bahawa surat penggantungan tugas terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang telah dikeluarkan. Maka penguatkuasaan penggantungan berkuatkuasa serta-merta.

Antara lain, beberapa projek kerajaan pakatan rakyat yang telah tertangguh akan diteruskan seperti penaiktarafan sistem pengangkutan iaitu sistem bus dan juga sistem penerbangan. Syarikat penerbangan AirAsia telah dihubungi dan mereka menunjukkan minat untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri pakatan rakyat untuk menyediakan kemudahan penerbangan di perak.

Dari SUK Perak : Press semua boleh masuk

baru ke betoi... press conference. Seemua wrtawan dan jurugambar; baik media arus perdana dan media bebas telah masuk ke dalam bangunan SUK untuk prss conference

Dari SUK Perak : Press conference without press? WTF

wartawan masih tidak boleh masuk ke dalam bangunan SUK untuk press conference. wo wo wo apa makna press conference tanpa press...

notis pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang undang negeri telah ditampal di semua papan kenyataan SUK Perak.

Twitter -limkitsiang

Untuk info lagi detail tentang apa yang berlaku dalam bangunan SUK yang media tidak dibenarkan masuk sila lawati laporan oleh Lim Kit Siang via Twitter.


Nizar is at Istana Kuala Kangsar to attend investiture ceremony. Audience with Sultan to seek dissolution still be be fixed.
about 1 hour ago from web

Exco Tai Sin Ng (PKR) also cannot get into his room as usurper Exco Hamidah has not vacated it yet. Stuck in the reception area.
about 1 hour ago from web

All the MB's secretary room is empty except chairs and tables. All files also missing.
about 2 hours ago from web

State Excos getting into their rooms, except Thomas Su Keong Siong and Seah Leong Peng - rooms locked and PAs not around
about 2 hours ago from web

From Thomas Su - informed letters of suspension on State Secretary and State Legal Adviser served at about 8.15 am
about 2 hours ago from web

State Exco (Local Government) Nga Kor Ming instructed Zakuan (Ketua Penolong SUK) to appoint all 342 local councillors immediate effect
about 2 hours ago from web

May 7 - Police lockdown of Ipoh. May 11- SUK Exco offices locked down?
about 3 hours ago from web

excos still locked out of their offices - all waiting in mb office
about 3 hours ago from mobile web

exco thomas su goes 2 his office - locked. Pa also not in
about 3 hours ago from mobile web

MB Nizar has left for Istana Kuala Kangsar for its first official function - to attend investiture ceremony 8.30 am
about 3 hours ago from web

Process to serve suspension letters on State Secretary and State Legal Adviser underway - at their respective offices in SUK.
about 3 hours ago from web

Excos still waiting for keys. With them, Perak Speaker V. Sivakumar and MP Ipoh Barat Kulasegaran
about 3 hours ago from web

Excos now waiting at the MB's office - waiting for keys to their respective offices.
about 3 hours ago from web

MB's office empty except some stationery.about 3 hours ago from web entering mb office now
about 3 hours ago from mobile web

greeted by civil servants
about 3 hours ago from mobile web

mb excos allowed into offices
about 4 hours ago from mobile web

p/s : wah ini lim kit siang manyak advance lo. wa salutes sama lu.... nampak gayanya nak kene register jugak la twitter ni....

wa chow sin

Gambar di SUK Perak pagi ni

sidang media

DS Nizar diiringi exco bergerak masuk ke Bangunan SUK

Rombongan DS Nizar di hadapan pintu pagar

Kesesakan lalulintas

Jalan masih ditutup oleh FRU dan menyebabkan lalulintas terganggu

terpaksa meninggalkan SUK sebab ada urusan peribadi yang nak diselesaikan.

wa chow sin

Live dari SUK : Keadaan tenang di sekeliling

Keadaan luar SUK kelihatan kembali tenang, kelihatan ramai CID di sekitar kawasan ini. Wartawan dan media masih tidak dibenarkan masuk.

Menurut sumber yang tak tau mana datangnya, Zambry kini berada di Kuala Lumpur untuk menghadari dinner sambutan 63 tahun umno.

Live dari SUK : Nizar ke Istana

Sebentar tadi, AGS10 kenderaan rasmi Menteri Besar Perak kelihatan telah keluar dari bangunan SUK, timbul kekecohan sedikit apabila trafik tidak dikawal-selia langsung oleh pihak polis, menyebabkan kenderaan awam yang tidak tahu arah keluar masuk daripada kawasan SUK.

Dato Seri Nizar dalam perjalanan ke istana kinta untuk memenuhi jemputan dari istana.

Terlihat juga ada 3 van yang membawa CID telah sampai ke lokasi.

Live dari SUK Perak : Selamat kembali bertugas

Alhamdulillah, di sebalik kesesakan yang ditimbulkan oleh pihak polis dan FRU, Dato Seri Nizar dan exco-exco pakatan rakyat telah berjaya masuk ke SUK.

Namun seperti biasa para wartawan dan media telah dihalang masuk bersama dengan exco. Kami di arahkan untuk tunggu diluar sahaja.