dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

19 May 2009

Soalan Cabar Minda

Teman tahu ramai antara kome nih boleh tahan hebatnyer dari segi ilmu dan juga pengalaman hidup. Kalau nak dibandingkan dengan teman yang baru setahun jagung terlibat dalam dunia persuratan maya dan juga penglibatan dalam isu politik-politik nih mahu jauh panggang dari api.... kira macam 2nd class yang separuh bayarannyer.

Tapi bila teman gosok-gosok dan tenung-tenungkan, macam belum start lagi sidang nih. camne boleh deme lantik Speaker yang baru. Deme buat aturcara, deme yang langgor aturcara tu... idak ke pelik... tak caya kome nengok gambo nih...



dengan posting kat sini...

rasa lain bebenor jer cerita kartun nyer...

rerasa kome... sidang dah bermula ke belum???

caklikbut...

Sudah berjumpa dapat pangkat

Teman dah perasan dari semalam tentang pertemuan antara Husam dengan Soi Lek... kat sini telah membuktikan tentang pertemuan tersebut berlangsung rupernyer... ingat gimik politik sahaja... cuma yang menggangu fikiran, adakah dengan bertemuan ini Soi Lek dapat pangkat baru...???

Adapun dengan andai seperti kata Soi Lek semalam yang pembubaran DUN di Perak adalah perlu, maka, post yang di berikan kepada Soi Lek hanyalah satu........ jangan tak ader atau jangan tak bagi jer la... bukan aper, takder power pun... cakap dia tetap disimpan di dalam peti, kunci bagi memerang simpan dalam Empangan Bakun...

Adapun, yang pasti DUN Perak tetap kene bubarkan... kalau taknak bazir rujuk post teman yang dulu...

Caklikbut...

lain yang ditunggu lain yang menjelma...

Ingatkan ade le press conference dari Aminah Abdullah... rupa rupanya ada calon lain yang turut berhajat...


PENANTI 18 MEI-Calon bebas pertama N 12 Penanti semalam muncul dengan membuat kenyataan akhbar dengan mengemukakan alasan untuk membantu para belia dan juga membantu bagi menghalang remaja lepak dan juga merepit.Menyatakan akan bekerjasama dengan semua pemimpin bagi membantu meningkatkan kemahiran belia dan juga membantu menjana ekonomi. para belia dan juga penduduk tempatan.

Belau juga berkata jika memenangi kerusi N12 Penanti perkara pertama yang di fikirkan ialah membeli sebuah kereta mayat bagi meningkatkan perkhidmatan kerana beliau sendiri pernah mengalaminya apabila seorang saudara beliau meninggal kereta jenazah lambat sehingga terpaksa menunggu selama satu jam.

Mohd Sabri Bin Osman 49 seorang ahlii perniagaan kereta terpakai mewah menetap di Kuala Lumpur dan berkata beliau adalah anak jati Kubang Semang dan mempunyai ramai kenalan dan saudara mara yang meminta beliau bertanding sebagai sebuah negara demokrasi.

selebihnya

p/s : berapa penjuru kali ni?

wa chow sin