dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 May 2009

*Hot*Sivakumar kene tangkap

Sivakumar,speaker Dun Perak adalah antara 13 YB pakatan rakyat dan beberapa orang awam yang telah ditangkap polis atas sebab terlibat dalam mogok lapar yang dibuat di hadapan pejabat Dap. Penangkapan mereka dikaitkan dengan kesalahan perhimpunan haram. Khemah dan peralatan Etak Management telah dirampas seawal jam 7.30 pagi tadi.

*Hot* Biar betui nak puasa pun kene tangkap

Teman tak pergi ke pejabat DAP Perak hari. Sebab badan teman tak berape sihat. Tapi teman ditepon oleh rakan-rakan yang ada di lokasi kejadian. Setakat ini, lebih 20 orang telah ditangkap kerana ingin sertai mogok lapar dan puasa di pejabat Dap Perak.

Tetiba badan teman terus jadi sihat dan teman nak start motor pergi ke lokasi. Nantikan report teman nanti.

lawatan mengejut

Sejak jadi PM ni Najib ni suka dengan lawatan mengejut. Tak nak carpet merah bunga manggar, kompang, khemah, makan minum, penari kebudayaan menyambut kedatangan dia tu. baru le mengejut katanya.

Kemudian trend ni pun diikut le oleh menteri. Ada yang mengejut check doktor. Ada yang mengejut nak ke toilet.

Jadi apa kat kalo rakyat buat lawatan mengejut kat pejabat deme? pi putrajaya dan terus melawat tempat deme keroje? Itu pun kalo berjaya le... silap silap had lobi je dah kene halau balik rumah.

Jadi ada sesapa nak buat rombongan cik kiah mengejut melawat pejabat menteri?

wa chow sin