dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 June 2009

Lulus SPM ke Lulus Bahasa Inggeris

Makin ramai la school drop-out.

Kalau teman gagal kuasai bahasa Inggeris teman berenti sekolah. Sekolah pun nak buat ape, hampir semua keroje di Malaysia ni memerlukan orang ada SPM. Ater kalau dah tahu takkan lulus SPM,buat ape pergi sekolah lagi. Baik teman cari keroje lain.

Teruskan sekolah dah tentu banyak belanja lagi. Yuran sekolah,belanja sara hidup. Kalau keroje teman boleh ringankan beban mak ng ayah.

Kalau nak selamatkan keadaan, deme turunkan markah lulus jadi 12.852%. Idak juga teman nih pelajar berkualiti. Ape pulak nasib dan tahap kawan-kawan teman yang memang cerodik English deme...

Kesian...