dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 July 2009

Cak, akhirnya aku di sini !!!


TQ rakan-rakan kerana memberikan aku peluang utk berbicara di sini. Tinggal di ruang sempit yang penuh dengan debu-debu kotor menyebabkan minda aku jadi aktif. Seaktif enjin trubo yang mengerakkan piston agar berfungsi semaksimun mungkin.

Berbicara sama ada secara lisan atau pun tulisan adalah sama. Objektifnya untuk menyampaikan sesuatu kepada pihak yang lain. Andainya setiap bicara disekat, dibunuh dan diperkosa akan kepentingannya maka tiada apa lagi di dunia ini.

Cuma yang ada hanyalah kesepian dan kebengapan untuk generasi akan datang.

Jadi....



















" Biarkan aku dengan duniaku, biarkan aku bebas dan jangan dirantai keinginanku.... "

Selamat berkenalan wahai teman-temanku sekalian....

sedangkan lidah lagi tergigit

isu DAP dan PAS Kedah dah selesai. Kiranya dah rujuk kembali. Kembali mengukuhkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat. sumber disini.

Melompat le penyokon BN dengan mengatakan ini hanya drama tamil sahaja. Drama yang direka. Drama yang dah ada skripnya. Hehehehe kesian deme ni (dibaca : penyokong BN) sebab bagi teman hal ni kecik je tapi dah puak deme yang beso beso kan cerita lepas tu kata ini drama tamil pulak...

piiirahhh mabuk....

wa chow sin