dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

13 August 2009

Udah le tu...

Apa citer nie???

Kata "1 Malaysia" tapi sibuk pulak duk canang2 yang Si Anwar tu "Pengkhianat Melayu". Kalau udah "1 Malaysia" mana ada perkauman nie. Semuanya sama. Berpijak di atas tanah yang sama, bernafas dengan udara yang sama dan bernaung di bawah langit yang sama. Semuanya dinaungi kibaran "Jalur Gemilang".

Ini idak, udah orang tu duk sibuk memperjuangkan sesama bangsa Malaysia, kome tuduh dia pengkhianat pulak. Kome lupe agaknye yang kome tu pun spesis pengkhianat bangsa juge. Apa kome udah lupa...

Siape yang bersenkongkol dengan British dengan tunduk kepada apa jua permintaan orang putih laknat tu bagi mendapatkan kemerdekaan???
Siape yang menghilangkan imuniti raja-raja???
Siape yang menghilangkan tulisan jawi???
Siape yang "merogol" kedaulatan Bahasa Melayu???
Siape yang duk mencanangkan kemajuan lantas meminggirkan agama???
Siape yang berkompromi dengan Singapura perihal WPI???

Teman maleh nak menjawab itu semua. Teman biorkan kome-kome yang duk sibuk pegang keris bertelanjang unutk menjawabnye...

Agak-agaknya deme-deme nak jawab ke???

Atau...

Deme-deme tak tau nak menjawabnye kerana bimbang dicop sebagai pengkhainat bangsa oleh spesis-spesis deme-deme juge...

Inilah kejayaan mereka

Di dalam perlembangaan UMNO Fasal 3.4 menyatakan ;


"Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya."



Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

  1. Robert Kuok
  2. Ananda Krishnan
  3. Lee Shin Cheng
  4. Teh Hong Piow
  5. Lee Kim Hua & family
  6. Quek Leng Chan
  7. Yeoh Tiong Lay and family
  8. Syed Mokhtar AlBukhary
  9. Vincent Tan
  10. Tiong Hiew King
Peh 50 tahun memerintah Malaysia.... ramai jugak rakyat Melayu dan Bumiputera jadi kaya. Dengar kata pula, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan no. 1 yang menguasai ekonomi Malaysia.

Patut la deme cakap Boss PKR tu Pengkianat Bangsa.

Deme memang POWER GILER-GILER punyer..............