dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

20 August 2009

SMS dan memandu

Buka Puasa Time!!!

Majlis Berbuka Puasa
BloggersNetwork@Malaysia

Pada : 24.8.09
Waktu : 7.00 Petang
Lokasi : akan diberitahu kemudian(area seberang jaya)
Bayaran : RM15.00 Seorang


Majlis bertujuan bagi merapatkan lagi ukhwah antara Bloggers yang ada serta menyemarakkan lagi silaturahim sempena Ramadhan yang mulia ni. Tak kira la kome nih bloggers Pas, PKR atau DAP ataupun Bloggers atas pagor (pendirian sendiri). Yang penting kome sokong Pakatan Rakyat dan mahu perubahan serta kerajaan yang lebih baik atau pun kome nih anti-BN. Kome dijemput hadir. Komenter tetap juga teman rasa boleh hadir sekali kut. Kome juga penyumbang kepada BloggersNetwork nih.


Kepada yang berminat hadir sila sah kan kehadiran anda kepada no dibawah.

017-5466574 (Sya)

018-4664576 (Zul Mamak)

Diharapkan pengesahan dibuat selewat-lewatnya pada hari sabtu 22-8-09.

Kehadiran anda amat diharapkan.

Terima kasih...

Sumber disini

Mungkinkah Permintaan Speaker ditolak lagi???


Speaker DUN Kedah , Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.


Adakah kejadian menidakkan keputusan Speaker DUN ditidakkan lagi oleh SPR seperti di Perak??? Harap-harap tidak la kut. Sebab kali nih fakta dan undang-undang amat jelas tertulis dan terbukti.

Cuma teman rasa tak berapa nak sedap pasai Kerusi Dun tu BN yang punyer... Kalau PAS mau kemarin dulu dah confirm kosong. Hehehehehe......

PRK Permatang Pasir : Press Statement En Yusri - Rakan Niaga Calon BN En Rohaizad



sumber Wak Banjar

Dalam bentuk tulisan penuh

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Sumber disini...

Ada sesuatu yang tersirat - Tonton dan amati

Penyokong yang tipikal

Eddy: If Pakatan Rakyat leaders wants to make an issue out of this then they should look no further but their own doorsteps: Anwar Ibrahim is an ex-ccnvict sentenced for abuse of power when he was deputy prime minister. He got re-elected as Permatang Pauh MP.

Lim Guan Eng is an ex-convict sentenced for sedition. He won a Penang seat and was duly appointed as chief minister. So if ex-convicts who committed crimes under the Malaysian Penal Code can represent Pakatan in Parliament and state assemblies, what's the beef? This is typical of Pakatan's double standard and different set of moral values.


Teman nak tolong jawab sama sebab teman takder akaun MalaysiaKini.

Kepada En Eddy...

Saya tertarik dengan komen En, cuma yang saya agak hairan kenapa orang macam En boleh melanggan MalaysiaKini sedangkan Akhbar Rasmi En seperti Utusan Malaysia dan Berita Hairan sentiasa menyiarkan berita yang hangat dan juga lebih betul berbanding di MalaysiaKini ini. (figure of speach)

Tentang kesalahan DS Anwar Ibrahim. 'Abuse of Power'??? Adakah benar disalahguna-kuasa??? Sebab yang menuduhnya pun kalau tak silap saya telah menyalahgunakan kuasa untuk membuang Anwar.... Ader sapa-sapa setuju??? Bukan nak membenarkan penyalahgunaan kuasa tetapi, andai ia berlaku pun, ia adalah untuk menyelamatkan diri daripada dikenekan tindakan. Dan nampak sangat tak berjaya... Namun yang teman nak tekankan disini adalah, Kesalahan Anwar ini adakah berkenaan dengan pecah amanah??? Pecah amanah nih melibatkan Amanah yang diberikan kepada Pemegang dan akhirnya dia Pecah. Senang cakap nyer, adakah Anwar curi atau simpan tanpa duit yang diamanahkan kepada dia??? Kuasa mungkin, sebab ia masih mampu meningkatkan kepercayaan. Tetapi bila amanah disalahkuasa, ia kira sama macam Bapak Rogol Anak. So tang maner yang bahaya? Salah guna kuasa atau Pecah amanah?

Sorry to say, kalau mike guna contoh Lim Guan Eng pulak. hehehe. Lim Guan Eng diseret ke ISA sebab mempertikaikan dan memperjuangkan nasib seorang Mangsa Rogol yang dilakukan oleh seorang yang telah menyalahgunakan kuasa dia untuk melepaskan diri. (sebab dia UMNO). Kalau nak explain lagi, takut En Eddy sendiri yang akan malu nanti, cuma saya nak bagitau sikit andai Anak En Eddy dirogol oleh Pemimpin BN, dan dengan selamba pihak polis buat tak tau jer, agak-agak kalau orang macam Lim Guan Eng nak tolong pertahankan hak En Eddy, patutker dia di ISAkan???

p/s... bak kater komenter americk sidhu, kat maner la En Eddy nih duduk dalam masa 12 tahun nih. Kuarkan ler pala mike tu dari tempurung katak tu dan lihat dunia dari mata burung.

'mi spik no english' STILL

Teman baca artikel di Mkini ini, dan teman masih dapat rasakan yang Kerajaan 1Malaysia terutamanya Kementerian Pendidikan tidak memandang serius keciciran lebih 3 juta pelajar di Malaysia akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Mereka masih mahu lihat anak muda yang teman percaya daripada golongan Bumiputera ini terus tercicir atau dalam loghat Perak nyer tercicior.

Teman terpikior berapa ratus ribu lagi pelajar Bumiputera atau senang kabokan MELAYU ini akan tercicior baru pelaksanaan PPSMI ini akan dihapuskan serta-merta. Adakah nak tunggu kekalahan yang ke-10 dalam PRK baru deme nak berhentikan???

Sebenar pendirian asal teman adalah menyokong PPSMI atas sebab teman di'breed'kan di UITM dimana kebanyakkan kursus nyer menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian pada pendapat teman pada masa itu adalah amat bagus andai pendedahan awal ini dibuat seawal mungkin.

Namun setelah meneliti intipati gerak-kerja dan pelaksanaan PPSMI di semua peringkat, teman rasa benar-benar menyusahkan dan menyebabkan pelajar mula lari daripada mengikuti kelas mereka. Teman tidak pernah diberitahu bahawa sehinggakan bahasa penghantar dalam kelas pun kene guna English. Terus-terang, dahulu semasa di UiTM, cuma bahagian penulisan dan ketika menjawab soalan sahaja yang kene dalam English termasuk medium pengajaran dan juga soalan-soalan. tetapi lecturer tetap gunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar supaya kami lebih faham akan maksud dan juga erti ilmu yang disampaikan.

Bagi teman, PPSMI adalah akta yang GILER. Ada sahabat teman yang berkerja sebagai guru sains nyaris sewel sebab hari-hari berbelit lidahnyer bercakap dan cuba explain kat murid dalam bahasa Inggeris. Medium pengajaran yang disediakan pun dalam Bahasa Inggeris sehingga macam mana nak sebut pun ader ditunjukkan dalam medium tersebut. Aper kejadahnyer desperatenyer Akta ini sehingga kawan teman kene cakap omputeh kat depan 8 orang murid Orang Asli dekat Gopeng. Penyudahnyer tinggai sorang jer yang masuk kelas dia sebab yang lain, kerat 18 pun tak boleh nak faham. Jangan salahkan pulak cikgu tu sebab tak buat kelas dia menarik.... Kalau nak ajor dalam bahasa kene tindakan disiplin pulak.... Idak ker makin meroyan member teman tu....

Asas utama dalam pelajaran bahasa, setakat yang teman faham, adalah belajar bercakap dan juga mendengar. Sama macam kita faham dan bertutur dalam bahasa Malaysia nih. Kome ingat kome lepas lahir dan boleh bercakap macam kome boleh bercakap sekarang. Kita kene berhadapan dengan berbagai siri pembelajaran tak langsung bermula dengan bercakap antara kedua ibu bapa kita. Kalau dari kecik sampailah ker besor, ibu dan bapak kita cakap JAWA satu sama lain, idak ker kita akhirnyer pandai cakap JAWA...??? Sama juga dalam memperlajari ilmu Bahasa Inggeris nih...

Teman sendiri asal dan sebab utama teman mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah sebab masa teman kecik siri Kartun di TV hanya dalam Bahasa Inggeris. Nak tengok alih-suara pun dalam citer Jepun macam Oshin atau Mero-Attack... Media lain banyak dalam Bahasa Inggeris. Sekarang...??? Hari-hari selama dekat 3 hingga 6 jam siri kartun semua dalam alih suara. Susah nak timbulkan minat mendalami bahasa Inggeris sekarang sebab semua nak dialihkan suara. Lepas tu banyak pulak citer Jepun dan Korea yang tidak alih suara. Harap ader Subtitle aje. Oleh yang demikian bila masa nyer bebudak kampung ini dapat dengar pertuturan Bahasa Inggeris yang elok dan benor nyer... Dari cikgu... JENUH..................

Perubahan terhadap sistem pengajaran Bahasa Inggeris sepatutnye digubal dahulu. Lebihkan kelas pertuturan dan lisan semasa tahun 1 hingga 3. Jangan la ajar budak darjah 1 perkataan XEROX. (teman tahu maksud xerox nih masa 1st semester kat UiTM)... Mulakan dengan perkataan yang simple... Pengajaran dan ujian bertulis hanya bermula selepas bebudak nih MASTER penggunaan ayat dalam percakapan atau selewatnya tahun 3 atau 4. Sambil-sambil tu berbetuikan grammar dan vocabulary. Bila masuk sekolah menengah baru la diajar advance writing dan juga esei panjang. Menjelang tingkatan 4 dan 5, Ubah kepada profesional English macam Business English atau Job-Related English. Susunan kene berdasarkan perkembangan Minda pelajar bukan berdasarkan nak besarkan Perut Kroni....

Kalau nak tahu lebih lanjut cuba pergi ke Sekolah Cina dan tengok sendiri modul yang deme guna untuk ajar bahasa Cina... Modul yang mereka gunakan teman lihat amat berjaya. Buktinya, 100% kawan-kawan Melayu teman yang menamatkan pengajian mereka di Sekolah Cina tahu bertutur bahasa Cina dan juga ada yang lebih pandai baca Bahasa Cina daripada Cina sendiri.

Kita dah merdeka lebih 50 tahun. Sultan Kedah sendiri tak mahu Sosial Contract diabaikan, namun sampai ke hari ini, sebenarnya, kita masih tidak mendapat sepenuhnya kebaikan Sosial Contract itu sendiri. Kita masih mahu dibayangi semangat perkauman. Melayu untuk melayu, Cina untuk Cina, India untuk India. Bila masanya kita boleh benar-benar berkongsi ilmu antara satu sama lain untuk memajukan Malaysia... (terkeluar topik pula)

Oleh yang demikian, teman berharap sangat tindakan Kementerian Pelajaran yang mahu ambil tindakan terhadap cikgu yang cuba mengajar murid-murid supaya mereka lebih faham, dapat ditarik balik... Sebab terasa benak benor bila tindakan itu diambil. Seolah-olah, 1Malaysia, Kiss Ass First, People......go to hell....