dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

25 August 2009

PRK N11 Permatang Pasir - Analisa awal keputusan

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya dapat teman teruskan perjuang dan terus menyampai apa yang tersirat dab tersurat di kaca mata teman malam ini...(Practise ker nih... hehehehehehe)

Alhamdulillah kemenangan di Permatang Pasir telah membuktikan kepada kita bahawasanya rakyat masih marahkan dan bencikan BN setelah lebih 50 tahun memerintah tetapi masih mahu menipu rakyat. Sesungguhnya dengan kemenangan ini sekaligus telah melenyapkan rekod 5 kali kekalahan dalam pilihan raya bagi calon Ustaz Salleh Man. Terus terang teman rasa pertama kali berjumpa dengan Ustaz Salleh Man ketika PRK N12 Penanti, teman nengok kenapa sememeh benor YDP Pas Pulau Pinang nih. Kurang bermaya dan tidak mempunyai semangat langsung.

Tetapi Allah telah tetapkan bahawa beliau kene memikul tanggungjawab sebagai pengganti kepada arwah Dato Hamdan untuk mewakili rakyat di Permatang Pasir. Kali pertama pula teman berjumpa (dalam tempoh kempen) dengan Ustaz Salleh Man berubah wajah menjadi orang yang paling bersemangat dalam kempen PRK kali ini. Ceria dan lebih outspoken, mesra dan juga mahu didekati. Mungkin semangat Ramadan telah meniup semangat beliau untuk berjuang menegakkan apa yang beliau percayai setelah sekian lama bertanding. Hanya ucapan tahniah dapat teman ucapkan kepada Ustaz Salleh Man dan teman berharap apa yang beliau ingin lakukan setiap kali bertanding akan beliau realisasikan.

Kepada calon BN, sebenarnya jauh dilubuk hati teman ada perasan kesian dengan beliau nih. Bukan aper, track recordnya yang buruk tanpa disedari telah memakan dirinya sendiri. Teman percaya andai BN cuba untuk bersederhana dalam kempem PRK kali ini, mungkin nasib calon BN tidak seburuk ini. Bayangkan, ini adalah majoriti kekalahan yang terburuk dalam semua PRK yang berlangsung sejak PRU12. (selepas Arif-Shah ketika kalah kepada Anwar). Teman percaya yang isu penarikan lesen guaman Rohaizat sebenar memberikan impak terbesar dalam kempen BN kali ini. Jenuh deme counter-attack isu ini. Namun perjuangan tetap kene dilakukan. Hei maner ader anak jantan lari dari pertemburan.

Seperti PRK-PRK yang lalu, kalau bukan disebabkan calon, bukan disebabkan rasa marah rakyat, kalau bukan disebabkan oleh isu yang terhangat, teman rasa Pas belum tentu akan menang dalam mana-mana PRK. Tolak PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu (sebab teman tidak terlibat), faktor calon, amarah rakyat kepada BN dan juga isu yang hangat, teman bolen jamin Pas tidak mungkin akan berjaya memenangi mana-mana PRK. Dalam 3 PRK yang melibatkan jentera pilihanraya daripada PAS sebenar tidak berfungsi dengan baik.

Bukit Gantang, 2 hari sebelum mengundi, Pengarah Pilihanraya dah angkat tangan mengalah kepada BN. Lepas tu baru nak duduk bincang dengan Ketua Jentera PKR dan DAP untuk tolong. Di Manek Urai, teman sendiri didatangi oleh orang-orang di Manek Urai Lama menyatakan petugas Pas disini sombong. Pergi kempen di kedai kopi, kedai kopi orang deme. Bila tahu kedai kopi tu orang UMNO, mampuih tak pegi. Tiada keterbukaan dan berkempen. Sama seperti di Permatang Pasir. 2 hari lagi nak mengundi, jentera pilihanraya PAS dan mula makan angin. Sehingga ada pemimpin tertinggi PAS sudahnya balik apabila ditanya tentang program, deme tak boleh nak jawab dan berikan jadual. Bila dan balik umah, baru terhegeh-hegeh call kater ader 2 program di waktu malam yang perlu dihadiri. Padahal dah ader kat umah yang jauhnya dekat 180km. Aper hal??? ingat tunggul ker boleh tunggu lama-lama. Selepas berita kehilangan Yusri dan juga bapa kepada Faezah baru la kelam-kabut atur program. Minta semua pemimpin yang dah balik turun untuk bantu.

Sebenarnya teman berharap benor supaya Pas kalah di Permatang Pasir nih supaya deme dapat kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik. Sekarang dah memang. Post-mortem confirm nipis jer laporannyer. Masa hampir kalah di Manek Urai, mula nak menuding jari mencari kesalahan orang. Kalau orang muda masih ingat kata-kata sorang pemimpin PAS masa kat Manek Urai, kerat 18 pun belum tentu deme akan undi PAS lagi. Dia kabokan, punca majoriti merosot adalah undi saluran 2, 3 dan 4. Undi anak muda yang berpaling, punca kemerosotan undi.

Teman benar-benar berharap, agar jentera parti Pas mula sedar, kemenangan ini bukan disebabkan kome betui-betui berkerja kuat. Rakyat masih marahkan BN. Rakyat tak mahu calon yang hampeh terutama daripada BN. Rakyat mahu lihat BN tumbang. Jangan dibayangi lagi mimpi yang kome nih disukai oleh rakyat. Pendekatan terhadap pengundi kene ubah. Gerak kerja kempen juga kene berubah. Sususan kempen jugak kene lebih teratur. Jangan ulangi kesilapan lalu.

PRK N11 Permatang Pasir - Blogger kini senyap

Teman tengok blog-blog penyokong BN dan stop posting jam 8.18 mlm tadi...

Mungkin deme pergi sembahyang terawih kut...

Syukur alhamdullilah...

PRK N11 Permatang Pasir - Video pengumuman

PRK N11 - Permatang Pasir - Keputusan 95% Pasti

Pas menang dengan majoriti 4551.

PRK N11 Permatang Pasir - Sumber tak rasmi - 2

PAS - 8524
BN - 4063

Majoriti - 4461

PRK N11 Permatang Pasir - Sumber tak rasmi

PAS - 7222
BN - 3203

Majoriti - 4019

PRK N11 Permatang Pasir - Umno Brutal

PRK N11 Permatang Pasir - Selingan si katak

Ader orang nganto email kat teman mengaborkan yang Adun PKR yang melompat baru-baru nih dah ader bini baru... Seorang lawyer dan dah pun beranak satu hasil perkahwinan dengan lawyer nih...

Klasik ceritanyer, sebelum dia melompat nih, Adun PKR nih dah pokai dan dia takder cara lain untuk cover hidup dia. Hanya dengan melompat dan mengambil wang seperti yang dijanjikan barulah akan mengembalikan maruah dia terhadap isteri muda nyer itu yang sebelum dia hidup dalam suasana yang mewah...

p/s desperate people do desperate thing...

MCA vs MCA

"Five Perak MCA divisions have called on the party's disciplinary board to suspend its president Datuk Seri Ong Tee Keat and investigate the allegation that he received a RM10 million donation.

Batu Gajah MCA division deputy chairman Datuk Lee Kon Yin said an investigation or an inquiry must be convened to determine whether the allegation was true to protect the good name, image and integrity of the party.

He said a memorandum on the issue, which was signed by representatives of the Batu Gajah, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun and Bagan Datoh MCA divisions, was sent to the party's disciplinary board chairman Datuk Ng Cheng Kiat today."



Kah kah kah...

Sekarang MCA Perak dah mula berkokok... Abis ler MCA kalau camni...

Abis la pening 1Malaysia....

PRK N11 Permatang Pasir - PR dahului 750 undi

Mengikut pengiraan beberapa bloggers yang berada di lapangan Pakatan Rakyat sedang mendahului keputusan dengan majoriti 750 undi...

Sehingga jam 4 petang tadi sudah 70% rakyat keluar mengundi dan SPR berharap ia akan mencecah 80% sehingga pusat pengundian ditutup

PRK N11 Permatang Pasir - Baju Kuning???

Berita daripada lapangan yang menyatakan adegan balik batu dan menimbulkan provokasi adalah disebabkan oleh pemuda yang berbaju kuning... Kalau kome nengok dalam video sebelum ini, jelas terbukti yang pemuda berbaju kuning adalah daripada orang kalangan Pemuda UMNOBN...

Mimpi 1

Salam ramadhan. Lama wa cari peluang nak menulis kat sini. Wa rasa berjanggut de' owner tunggu thread wa.

Sebelum tu, wa nak bagitau yang wa ni saudagar mimpi. Mimpi indah, mimpi ngeri, mimpi di siang hari dan tak lupa mimpi basah yang wajib mandi; semuanya wa dagangkan. Jadi nak senangkan cerita semua thread wa pakai tajuk mimpi tapi ingat hanya kat blog ni je. Kalau ada jumpa thread pakai tajuk mimpi kat blog selain sini percayalah thread berkenaan tiada kena mengena dengan dagangan wa dan wa samada hidup atau mati.

Cukup le ngan cerita wa tu. Sekarang ni wa nak dagangkan cerita yang berlaku kat negeri belah utara.

Adun A
4 penggal jadi adun masih bangang dalam prosedur dewan negeri. Bila speaker declare seat kosong baru terhegeh hegeh nak bagitau dia ada surat mc. Baru sibuk cari alibi mengatakan yang dia ada bagi tau ketua pembangkang sebab dia tak datang. Ceh kalau nak bodoh, pergi le bodoh sendirian berhad. Jangan public listed sendirian berhad bodoh ko tu dan jual saham bodoh sampai sapa yang beli akan ikut jadi bodoh.

Kalau ko boleh call ketua pembangkang; kenapa tak boleh call pejabat speaker? Kalo betul ada mc kenapa lepas speaker bising baru nak antu sijil mc tu? Ke sijil tu baru buat? Kene pulak tak de serial number, bukan setakat backdated 3-4 bulan; backdated 3-4 tahun pun tak de masaelah ye tak.

Kesian kat pengundi, 4 penggal undi calon yang bodoh. Kesian kat spr kene fikir apa alasan untuk elak pilihanraya kecil.

Adun B
Angin berhembus, dahan jatuh menimpa batu... Tetiba je terus angin menjadi deras, dahan pula jatuh ke rumah. Dari berparti ke non partisan aka bebas. Yang klasiknya adun tu dari parti katak ramai. Kalau dah nama parti rupa tu, wa pun tak heran sangat. Cuma wa ada soalan untuk adun ni.

1. Jika perjuangan pkr makin lari dari perjuangan asal maka apakah perjuangan yang dibawa sebagai adun bebas aka adun bebas berparti?

2. Jika dulu (sebelum pru 12), jika ada masalah parti tahu berbincang dengan pimpinan tertinggi parti, kenapa lepas duduk dikerusi empuk, gaji dan elaun 4-5 angka perkataan berbincang tiada dalam kamus?

Namun harapan wa nak kan adun ni jawap hanya tinggal harapan le.

Dari performance review yang wa dapat, adun ni baguih. Kalo betoi baguih, apa kata maintain je dia ni sebagai exco. Ingat dia ni adun bebas berparti.

Kadang kadang kena bagi peluang dia berkhidmat. Kalo dah jadi adun bebas berparti pun lembab semacam je baru le kita sack mengikut prosedur.

Macam biasa juga macam macam le cerita kurang enak berbunyi lepas adun ni jadi adun bebas berparti. Yang bersuara tu adalah manusia hipokrit semata. Kenapa masa adun ni masih dalam parti katak ramai tak de pulak keburukannya didedahkan? Eluk ke dia keluar parti katak ramai terus macam macam cerita keluar. Mengapa bila dia bersekongkol maka segala keburukan adalah kebaikan tapi bila dia menentang arus kebaikan pun dipandang sebagai keburukan?

Cerita contoh
Apa gamaknya cerita yang keluar jika nik aziz keluar pas dan jadi adun bebas? Apa cerita buruk yang keluar bila anwar ibrahim kata dia nak jadi adun bebas berparti? Apa pulak yang dibuat dek penyokong bila lim guan eng keluar dap? Yang pastinya 1Malaysia gumbira bila najib tun razak keluar umno...

saudagar mimpi
manchester

PRK N11 Permatang Pasir - 55.3% keluar mengundi

Setakat jam 1.00 petang tadi, peratusan keluar mengundi telah mencecah 55.3%.

Angka ini boleh dikatakan agak lembab kerana menurut daripada Kem Pas semalam, mereka mahu peratusan keluar mengundi mencecah 70% sebelum solat Zuhur.

Ramai pemimpin pakatan rakyat yang turut melawat hampir semua pusat undi. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Timbul beberapa kekecohan di kalangan penyokong BN apabila membantah apabila diarah untuk berada lebih jauh daripada puasat pengundi.



Video ehsan Pinkturtle

Menghilangkan bangsa dalam 1Malaysia

Perdana Menteri kome telah dilaporkan tengah berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kabinet untuk melenyapkan butiran berkenaan dengan bangsa didalam semua borang dan urusan rasmi. Dalam erti kata lain, dalam borang atau dokument rasmi tidak lagi memerlukan untuk menyatakan bangsa seseorang.

Perkara ini adalah sesuatu yang perkembangan positif namun ia akan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kerajaan sanggup untuk berdepan dengan jurang pemisah antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.

Hampir semua isu kerajaan sebelum dan sehingga hari ini adalah berkaitan dengan isu perkauman. Semangat kebangsaan yang sudah terlalu menular di segenap pelusuk hati dan jiwa raga rakyat Malaysia. Jangan jadikan langkah ini sebagai suatu 'turning point' untuk kembali mendapatkan undi orang bukan Melayu.

Namun disebalik langkah ini, sebenarkan akan membentuk satu cabaran kepada PM kome nih, samada dia sanggup untuk menggugurkan perkataan 'Melayu' dalam UMNO, 'Cina' dalam MCA dan juga 'India' dalam MIC. Kalau benar Najib benar-benar mahukan 1Malaysia nih dibuat, mende-mende macam nih lah yang utama perlu dibuang.

Barang harus diingat, bila dokumen rasmi kita tidak lagi menyebut apa bangsa kita (dokumen rasmi nih termasuk kad pengenalan) maka UMNO tidak lagi relevan di Malaysia ini kerana macam mane kome nak pastikan seseorang tu benor-benor Melayu untuk join UMNO nih???

Idak ker jadi back-fire balik kat kome...

Pikior-pikiorkan....

Sumber....

Mitos di Malaysia

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

Sumber....

Rosmah dan Ibu Sufiah


"Program Anak Permata Negara (PAPN) dan Kanak-kanak Pintar akan mendapatkan kerjasama daripada ibu kepada lima anak genius, Halimahton Yusof serta anaknya Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, bagi memperbaiki sukatan pelajaran bagi kedua-dua program berkenaan.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata pihaknya akan menggunakan khidmat nasihat serta segala maklumat yang dimiliki oleh ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24, bagi mengenalpasti modul dalam kandungan program berkenaan."

Baca selanjutnya...






Elok bebenor lah perhatian yang ditunjukkan oleh kome nyer 1st lady nih...

Cuma teman 'curious' dan musykil, aper yer nak dibentuk daripada bebudak IQ terlebih nih... Adakah ia benar berkaitan dengan sukatan pelajaran atau muuungkin... membentuk 'Army of Intel' untuk kerajaan... Especially bila berkaitan dengan konspirasi dan agenda menghilangkan orang dan bla bla bla...hmmmmm???

p/s hehehe ini hanya teori ganas temas akibat terlalu banyak tengok Filem pasai 'Secret Government Operation'...