dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

26 August 2009

Zorro Unmasked on Anak Bangsa Malaysia



Uncle Zorro...

I salute you...

Kartika Oh Kartika...

Apabila "Si Kartika" menyatakan pendiriannya berhubung hukuman sebat yang akan dijalaninya di Penjara Kajang. Maka berbunyilah juak-juak dan pencacai-pancacai berhubung perkara tesebut. Pak Menteri dan Mak menteri anak didik British pun turut berbunyi. Tidak kurang juga seorang bekas perdana menteri yang sudah tua ganyut dan masih tidak sedar bahawa kubur semakin mendekatinya pun turut menyalak sama. Ada yang menasihatkan Kartika agar membuat rayuan. Lastly, hukuman ditanggungkan atas alasan ketiadaan tukang sebat. Maka belum lagilah terlaksana akan hukum hudud di negara kita ini.

Semua tiu berlaku disebabkan campurtangan tangan-tangan berbulu yang bimbang perlaksanaan hukuman ini akan memberi hikmah yang cukup besar dikemudian hari. Bayangkanlah jika selepas ini Pak menteri dan mak menteri yang ditangkap dan didapati bersalah sebagaimana kes Kartika. Mereka sudah pasti akan dijatuhi hukuman rotan. Mampukah mereka melaluinya sebagaimana tabahnya Kartika untuk menghadapi hukuman itu.

Hal yang sedemikaian menyebabkan pemimpin-pemimpin didikan British begitu bimbang sekiranya hukaman ini dilaksanakan. Mampukah mereka yang sebilang masa bergelumang dengan noda dan dosa untuk menghadapinya. Mampukah mereka menghindarkan diri daripada botol-botol arak di saat minuman tersebut melambangkan kekuasaan dan kemegahan.

Merekalah yang sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan dan kemandrian politik ciptaan dunia barat. Mereka tidak mahu Islam tertegak sepenuhnya di bumi Malaysia ini kerana bimbang suatu masa nanti, tiada siapa yang akan menyokong mereka lagi. Maklumlah masing-masing sudah mengetahui halal dan haram serta dosa dan pahala. Masing-masing bimbang mendapat kemurakaan dan terjerumus ke dalam neraka jahanam.

Aku berharap agar hukuman yang akan dijalani oleh Kartika akan dilaksanakan. Bukannya tidak kasihan tetapi biarlah hukuman berlandaskan Islam dapat memperlihatkan keadilannya berbanding hukuman sivil ciptaan pemerintah didikan British.

Nak merayu kat saper yer???

Lepas teman posting artikel nih, tak lama lepas tu ader pulak timbul cerita nih kat Malaysiakini... Alahai... Apa la nasib badan... bila bercakap ikut sedap deme jer... Idak pulak deme selidik betui-betui keadaan kat saner nun...

Cuma teman heran jugak... punya la banyak kesalahan kene sebat dalam undang-undang syariah nih awat kat Pahang tu cuma ader 2 kes kene sebat???

Adakah sebab tiada orang yang pernah bersalah???

Adakah sebab hakim disana terlalu baik???

Adakah sebab sebenarnya tiada tangkapan pernah dibuat???

Adakah sebab kita sebenarnya jalankan undang-undang sivil sahaja dan bukan undang-undang Islam???

Hanya 1Malaysia tahu jawapannyer..........

Kartika seorang Islam


Dia adalah seorang Islam. Dia tahu hukum-hukum dalam Islam. Dia melakukan kesalahan dalam Undang-undang Islam. Dia dihukum atas kesalahan itu. Dia mahu dilaksanakan hukuman mengikut cara Islam yang sepatutnya. Sebagai orang Islam teman respect apa yang dia cuba buat. Dia mengaku kesilapan dan dia mahu orang lain sama belajar daripada kesilapan dia.

Tetapi ada pula orang Islam lain yang tak mahu umatnyer belajar daripada kesilapan semacam Kartika ini. Najib PM 1Malaysia menyeru Kartika untuk merayu. Mufti Perak Harussani pun minta Kartika merayu. Hishamuddin kater kita takder tukang sebat. Ramai lagi orang Islam di Malaysia nih yang sokong dan minta Kartika untuk merayu dan tidak dikenakan hukuman sebat.

Teman tak berapa cekap dalam Undang-undang syariah nih tetapi teman tahu dalam Islam, yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar. Dan yang salah mesti dihukum. Sekarang nih penerima hukum dah setuju dan mahu dilakukan ikut undang-undang yang sebenarnya, tetapi pemimpin Islam yang berkuasa sekarang nih, seolah mengelak daripada hukuman ini dijalan mengikut syariah Islam. Bila TGNA kater Islam kome nih Islam yang bawak orang ke neraka, kome melenting. Langgar fatwa la, langgar itu la ini la, TGNA lebih tahu siapa masuk syurga la.

Bagi teman nih ini merupakan tempelak pertama membuktikan bahawa kome sendiri tak mahu ajaran Islam sebenarnya ditunjukkan dan dilaksanakan. Terang-terang Kartika mahu semua umat Islam mempelajari daripada kesilapan dirinya. Dia mahu umat Islam di Malaysia nih sedar supaya tidak mengulangi kesilapan beliau. Kita semua tahu dan nampak sekarang ini ramai anak muda dah mula tanpa segan-silu meminum arak dikhalayak ramai. Teman sebagai orang Islam amat la malu dengan keadaan itu dan teman rasa permintaan Kartika adalah salah satu dakwah yang dapat mengajar mereka-meraka ini supaya jangan tunjuk lagak mereka.

Membaca posting abg ManjungMari pulak, bertambah la terkilan teman dengan isu Kartika ini. Sudah terang lagi bersuluh, orang bukan Islam telah dimomokkan dengan ajaran Islam yang salah. Dakwah menjadi Dakyah. Kenapa selepas lebih 50 tahun Merdeka, kerajaan Malaysia yang bertitlekan negara Islam (sebab tergolong dalam negara OIC), masih mempunyai fahaman Islam yang sangat cetek. Kalau yang benar Islam pun cetek inikan pula yang bukan Islam. Sebenarnya tindakan deme nih, sedikit sebanyak menghilangkan rasa hormat orang bukan Islam terhadap Islam itu sendiri. Kalau tiada lagi rasa hormat bagaimana pendakwah mahu menyampaikan dakwahnya. Adakah ini satu lagi konspirasi untuk menjatuh Islam di Malaysia? Adakah kerajaan tidak mahu rakyatnyer dididik dengan ajaran Islam yang sebenarnya??? atau ini hanya lagi satu motif politik melawan PAS???

Mimpi 2

Salam mimpi dari wa buat pembaca. Sebelum gua cerita pasai mimpi tu, saje je wa nak cerita asal usul wa ni.

Wa ni rakyat malaysia. Sebatang kara. Peihong tu le yang wa anggap famili wa. Segala urusan dikala kecemasan memang wa letak nama peihong tu. Keje wa buatkan wa merantau segala ceruk dunia. Buat apa wa layan hujan batu, baik layan hujan emas. tbc

Cukup le mukadimah pengenalan wa buat hari ni. Jom kita ke mimpi wa...

PAS menang di Permatang Pasir
Wa ingat sapa yang baca blog semalam gerenti dah tau. Dacing makin senget dan bulan terus bersinar. Wa tak nak cerita tentang berapa majoriti pas menang, peti undi mana yang peratusan merosot dan sebagainya tapi wa nak cerita pasai calon.

Dacing macam biasa akan buat post mortem. Wa jamin hasil post mortem tu semestinya tidak akan mengatakan kekalahan adalah sebab silap pilih calon. Maklum le calon dacing tu mulia peribadinya. Tak pernah tipu orang, tak pernah songlap duit, lesen peguam tak pernah kene tarik dan tak pernah berbini dua (seorang kawan wa memang tak mengaku kalo dituduh samada dia berbini dua. Kenapa?*). CIT POOOODAAAAAHHH.....

Yang wa tau calon dacing tak puashati sebab pengundi cina tak tepati janji. Pengundi tak tepati janji yang diungkit. Janji kat bapa mertua disenyapkan pula. Sebenarnya jika calon yang dipilih ni jujur, tentu secara automatik akan tolak offer bertanding kerana ada kelemahan diri tapi bila nafsu untuk berkuasa menguasai diri semua tu ditolak. Kene pula pemimpin atas atas pun bagi semangat yang kelemahan tu minor sahaja. Memang kepimpinan melalui teladan.

Contohnya wa ni la kata la next pru ada offer untuk wa bertanding wa akan tolak sebab wa pernah ada crime record (cerita lama ni), wa pernah cintan cintun ngan bini orang dan wa tak suka bila isu wa ada 3-4 biji kereta mewah masuk suratkhabar. Walaupun wa boleh counter semua tuduhan tu tapi bagi wa bila isu dah timbul counter le macam mana pun, isu tu dah jadi ingatan buat orang ramai. Tak banyak, sikit mesti ada.

Harap harap lepas ni mereka yang dipilih untuk menjadi calon harus jujur. Jika seorang calon itu jujur kepada diri sendiri maka secara tak langsung ianya menjadi satu tiket buat pengundi percaya. Ini ingatan bukan untuk calon dacing tapi juga buat calon pakatan rakyat... We are watching...

s a u d a g a r m i m p i
m a n c h e s t e r

Ini fakta bukan auta

MEMECAH MITOS - FAKTA SEJARAH



INILAH DIA KOMPOSER MEMULA MOON

Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)

LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Sumber TukarTiub

Wanted - tukang sebat














JAWATAN KOSONG.

DIKEHENDAKI: Tukang Sebat.

HUBUNGI: Hishamuddin Hussein (Kementerian Dalam Negeri)

Kita ada hukuman sebat di bawah undang-undang syariah tetapi malangnya kita tidak mempunyai tukang sebat.

Dan hari ini, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein membuat kenyataan bahawa beliau sedang mencari tukang sebat untuk menjalankan hukuman keatas Kartika Sari Dewi Shukarno.

Kata Hishammuddin:"jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya hukuman sebat).

Baca kenyataan penuh Hishammuddin di sini: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=435599

Sinikal ini adalah daripada blog : Jelapang

PRK N11 Permatang Pasir - Keputusan Penuh

Keputusan PRK N11 Permatang Pasir Mengikut Peti Undi

Samagagah
Pas : 1397
BN : 594
Majoriti : 803 (PAS)

Permatang Ara
Pas : 139
BN : 1075
Majoriti : 322 (PAS)

Permatang Pauh
Pas : 875
BN : 354
Majoriti : 521 (PAS)

Bukit Indera Muda
Pas: 1302
BN : 862
Majoriti : 440 (PAS)

Kampung Pelet
Pas : 738
BN : 546
Majoriti : 192 (PAS)

Kubang Semang
Pas : 773
BN : 275
Majoriti : 498 (PAS)

Tanah Liat
Pas : 971
BN : 500
Majoriti : 471 (PAS)

Kg Cross Street
Pas : 938
BN : 300
Majoriti : 638 (PAS)

Permatang Tengah
Pas : 1225
BN : 555
Majoriti : 570 (PAS)

Undi Pos
Pas : 2
BN : 6
Majoriti : 4 (BN)

Jumlah

Pas : 9618
BN : 5067
Majoriti : 4551 (PAS)

Sumber MTD Permatang Pasir.

Dan berikut merupakan peratusan keseluruhan berbanding keputusan dahulu.


Dapat dilihat bahawa Pas masih mengekalkan pecahan undi sepeti yang mereka dapat semasa PRU ke 12 dahulu. Kadar penurunan hanya 0.89%. Ianya tidak sampai 1% daripada kadar keseluruhan undi yang diterima. Oleh yang demikian jangan la 1Malaysia mengandaikan mereka berjaya merendahkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat kerana ia hanya lah anggapan orang yang malas mengira...

Sumber disini

PRK N11 Permatang Pasir - Ingatkan boleh simpan dulu

Kalau ikut daripada posting sebelum nih, info nih udah disebarkan rupernyer... Tadinyer ianya bukan lagi rahsia...

Nak tau... kome baca kat sini dan kat sini jer la...

p/s... teman berharap, tetapi harapan tersilap....

PRK N11 Permatang Pasir - Kejutan selepas hari mengundi

Teman nih bukan suka buat spekulasi... Tetapi info yang baru sahaja teman terima nih adalah dari sumber yang susah teman nak pertikaikan... Cuma sekarang teman dan geng PerakExpress dan juga seluruh warga BloggersNetwork tengah menunggu pengesahannya.

Harap-harap citer nih tak betui. Takut menyusahkan lagi ramai orang...

Sama-sama kita berdoa...

AMIN.....