dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

14 September 2009

bila kera disusukan part 2

ronda ronda ke blog kekawan lain ada pulak gambo ni... macam kene je ngan post teman sebelum ni


berapa harganya dalam ringgit malaysia?

sumber gambar : topeng perak

bila kera disusukan part 1

ralat : tajuk post ni pada asalnya adalah janji masyukkkkk
The Australian name for the Proton Saga has been announced – Proton’s smallest sedan will be offered down under as the Proton S16. The S16 will go on sale from the 1st of November for under AU$13,000 with a manual transmission, but Australian dealers will get test drive units in October for anyone who is interested in the car.
1. ngapa perlu tukar nama? saga tak glemer ke? kalo syarat nak jual saga kat sana kena tuko nama; kenapa perlu tunduk dengan kehendak deme? mengapa korbankan nama kereta nasional demi income juta juta (kalo ada pembeli la) tu? apa kata lepas ni bagi tau kat toyota, honda, nissan dan pengilang luar; kalau nak jual kereta kat malaysia mesti tukar nama... honda stream mesti tukar jadi honda scopene... model kereta dari mongolia mesti ada nama.... (teman rasa pembaca tau nama sapa nak kene tulih ni)

2. AU$13,000... siapa ada calculator? siapa rajin boleh tengok berapa exchance rate... berapa regenya dalam RM?

notakaki : teman tak tau berapa cc saga ni? kalo ikut namanya iaitu S16, rasa macam 1600cc je (takkan 1300cc namanya S16). 1600cc for AU$13,000? nak kene selidik lagi ni...

kasut vs selipar

kalo kat iraq ada wartawan balik kasut kat bush

kat malaysia ada acara kalung selipar kat gambo

mana satu lagi heroic?

katanya...

Kata PM 1Malaysia : Pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.

Kata teman : baik le dapat pemimpin yang menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti dari dapat pemimpin yang menjaga tembolok sendiri.

apa pulak kata kome semua?