dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

04 January 2010

Gula oh Gula

'Ubah cita rasa kurang gula'

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengajak semua lapisan masyarakat supaya mengubah cita rasa dengan mengurangkan kadar pengambilan gula secara berlebihan dalam minuman dan makanan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana bilangan penduduk negara ini yang menghidap penyakit diabetes adalah antara tertinggi di dunia.

Katanya, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi gula hampir RM1 bilion setiap tahun walaupun bahan makanan itu banyak mendatangkan mudarat kepada rakyat.

"Apa yang patut dilakukan (rakyat) ialah mengubah cita rasa dan kurangkan makan gula.

"Saya sendiri sekarang ini kalau minum teh tak guna gula... dulu pakai gula sekarang tak. Ini bermakna kita boleh ubah cita rasa supaya tidak perlu makan gula terlalu banyak.

"Malah, pada saya tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Pekan 2009, di sini, semalam. Najib diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram Jumaat lalu, menjadikan harga runcit baru bahan makanan itu di Semenanjung RM1.65 sekilogram dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Laporan akhbar sebelum ini menunjukkan bahawa purata pengambilan gula di kalangan rakyat di negara ini adalah 26 sudu sehari dan ia adalah satu jumlah yang tinggi.

Mengenai kesan kenaikan harga gula dan sikap segelintir pengusaha makanan dan minuman yang akan menaikkan harga akibat kenaikan harga gula, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengawal dan memantau perkara itu setiap masa.

"Tidak ada sebab harga makanan dan minuman perlu dinaikkan kerana mereka sepatutnya melihat komponen gula ini dari aspek keseluruhan kos pengeluaran sesuatu produk makanan," katanya. Najib berkata, kenaikan harga gula itu bagaimanapun masih rendah di kalangan rantau ini iaitu kira-kira 60 sen sekilogram lebih rendah berbanding harga di Indonesia dan Thailand.

selanjutnya
---------------------------------------------------------------------------------

review berfakta

"Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana bilangan penduduk negara ini yang menghidap penyakit diabetes adalah antara tertinggi di dunia."


ate mana nama Malaysia dalam list ni? tak tau pulak aku kalau malaysia dah tuko nama jadi Bangladesh.

sumber

review mengarut aku

kalau ikut kata PM 1Malaysia,
"Apa yang patut dilakukan (rakyat) ialah mengubah cita rasa dan kurangkan makan gula."

"Saya sendiri sekarang ini kalau minum teh tak guna gula... dulu pakai gula sekarang tak. Ini bermakna kita boleh ubah cita rasa supaya tidak perlu makan gula terlalu banyak."
kalo ikut fahaman IQ rendah aku ni kesimpulannya :

gula naik rege kurang makan gula
kereta proton naik rege kurang beli kereta proton
petrol naik rege kurang guna petrol
beras naik rge kurang makan nasi
kos nak kahwin naik kurangkan kahwin
kos anak sekolah naik kurangkan anak ke sekolah
gaji naik kurang kan bekerja...

asei naik rege barang mesti nak compare rege ngan negara asia tenggara lain. ALO... what the fuk pulak aku nak tau rege gula kat negara lain. aku bukan duduk sana atau aku bukan juga toke kilang gula kat negara sana.

bila rege barang naik, timbul juga cerita subsidi. aduhai kerajaan BN ni, kalau dah tak mampu bagi jangan le jadi kerajaan. Serah je kuasa kepada orang yang mampu jadi kerajaan dan bagi subsidi. usah le mengeluh dengan RM1b subsidi gula sedangkan rege kapal selam hampir mencecah RM4b iaitu satu pertiga kos kementerian pertahanan bagi tahun 2009.

Yang aku tahu pada tahun 2008, majalah Forbes declare Robert Kuok sebagai orang paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan aset berjumlah USD$9b dan masih mengekalkan gelaran Raja Gula.

subsidi baru RM1b. maknanya baru kurangkan USD$295m dari aset Raja Gula kita tu. Takkan ini pun menteri kewangan pertama atau kedua tak boleh nak kira.
----------------------------------------------------------------------------------
cadangan :

mintak review balik rege gula tu. naikkan 25 sen bagi jumlah genap. sekarang ni nak jumpa duit 5 sen susah ooo. nak lagi senang genapkan jadi rm2. senang toke kedai tak payah bagi belen.

p/s : ha ha ha ha ha