dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

07 January 2010

Pandangan Cermin Mata Buruk

Teman sebetuinya taknak ulas atau posting yang gempak-gempak tentang satu isu yang hebat bebenor dikatakan sekarang... Maklum la... Ader orang dalam dunia blogger nih dah labelkan teman nih tak beriman... Sekali gus tak layak membicarakan tentang hal-hal keagamaan...

Teman taknak ulas lebih-lebih pasai hal Kalimah Allah nih... Teman cuma nak kabokan teman punya stand dalam hal ini...

Sesiapa yang bangang kata Kalimah Allah itu cuma hak orang Islam teman anggap dia dah terpesong akidah dan rasanya tak salah kalau teman katekan deme dah MURTAD (Kalau salah tolong betuikan)... Sebab dengan itu deme mengaku dalam dunia nih ada Tuhan yang lain selain Allah...

Dan seterusnya menidakkan ayat suci Al-Quran yang menyatakan Allah, Tuhan Semesta Alam.

Dan seterusnya membuktikan bahawa UMNO tu parti yang membodohkan orang MELAYU... Sebab dah 53 tahun memerintah, deme gagal memperkuatkan pegangan Islam dalam diri setiap umat Islam di Malaysia nih... Kalau benor UMNO pun mengaku deme parti Islam maka nak takut apa orang bukan Islam guna kalimah Allah. Takut terpesong akidah...???

p/s Peringatan ulangan... Kalau bab murtad tu kome rasa salah, jangan segan tegur teman. Teman masih belajo lagi...

Peringatan tambahan...

Teman bukan orang PAS...
tetapi teman faham yang parti PAS nih...
bukan parti orang MELAYU yang ISLAM yer...
PAS adalah PARTI ISLAM SEMALAYSIA...
Untuk orang ISLAM bukan orang MELAYU...
Kalau ada orang PAS yang ada semangat MELAYU lagi...
elok-elok la masuk UMNO... Boleh teman kutuk rapat ke dinding lagi...

1 comment:

jerung perkasa said...

aku tetap tak setuju dan tak benarkan kalimah tu digunapakai oleh para kafir. bagi aku, ini bukan pasal hak sesapa . ini pasal nak samaratakan Yang Esa dengan 3-in-1 (macam kopi segera pulak). setahu aku, ini yang salah kalau kita benarkan ianya terjadi.

Post a Comment