dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

05 January 2010

Teman kene tangkap

Blogger Dugong Darat ditangkap di Ipoh.


Agensi Berita FAKAP melaporkan, salah seorang krew Perak Expres yang menggunakan nama pena Dugong Darat, telah ditangkap dalam serbuan pihak berkuasa ke atas satu pusat karaoke di Ipoh.



Dugong Darat (terlindung) dikelilingi oleh pekerja warga Vietnam tanpa coli.


Selain itu, akhbar Utusan Malaysia turut melaporkan kejadian itu hari ini. Mat Saman kati ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Bagaimana pun beliau menafikan kehadiran Dugong Darat di situ sebagai pelanggan.

"Saya mengakui Dugong Darat ditahan. Tapi saya menafikan beliau ditahan sebagai pelanggan. Saya akan mendapatkan penjelasan dia nanti. Saya tidak menolak kemungkinan beliau mangsa keadaan."

Ketika Agensi Berita FAKAP cuba mendapatkan berita dari xenan di sana, adiknya berkata,

"Kami pun cemas. Abang saya dijemput Dugong Darat sejak malam semalam. Bila kami tanya, dia beritahu mahu ke masjid bersama rakan. Sampai sekarang abang gagal dihubungi."

Berita dari blog kawan aku yang paling best abad ini...

3 comments:

zul mamak png said...

awat tak ajak aku p skali woi.....

Na'im Nikmat said...

Mike kene fitnah ni...he he

chekZu said...

astaghfirullahhalazim..

kalo betui kamu dtgkap kerana berbuat perkara xelok..nah penyekeh!

kalo kamu di fitnah, tahniah kerana memperolehi pahala free!

ahaks~

Post a Comment