dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

09 February 2010

Aku bersedih dalam bersedia

Aku dah bersedia untuk menerima kekalahan ini. Aku dah tahu, dah boleh agak. Tapi apa yang aku tak faham... Demi tembolok sendiri,deme sanggup mencelah kangkang perlembagaan.

Menurut apa yang diceritakan oleh sahabat teman yang ada di dalam mahkamah, pada permulaan pembacaan keputusan, para hakim bingung dah tidak tahu kepada siapa kuasa rakyat ini harus diberi. Hampir seolah mereka ingin meng'dismiss'kan kes. Namun setelah perbicaraan diteruskan, deme terpaksa memihak kepada kerajaan yang haram ini kerana ini memudahkan mereka wat apa pun. Sebab kerajaan mahkamah zambry merasakan alang-alang dah jadi ruper ini,elok diteruskan sahaja.

Standing judgement hanya berdasarkan kes ini dah lama dibicara dan kerajaan zambry elok memerintah.

Macam cerita dalam ceramah DSN, seorang lelaki dan perempuan di hadapkan ke mahkamah bila orang mengadu mereka bersekedudukan. Siap dah ada anak haram lagi. Sementara anak tunggu bicara, kuak sorang lagi anak. Bulan berganti tahun. Udah ada 4 orang anaknye. Akhirnya bila time bicara, hakim berkabor, ater bior ler. Hakim cakap,deme udah elok dah. Tak ngape. Takde dah orang komplain. Ater bior ler deme. Dah bahagia dah pun. Jadinye dalam malam ni, kalau kamu buat jahat dan mende haram, kalau dah lama benor dan orang tak complain, takde la masalah, walaupun kome tahu mende tu haram seharam-haram jadahnya.

Kesimpulannya, Zambry adalah haram jadah.

2 comments:

Anonymous said...

there r something yg kita suma tak tahu even kamu pun. apa yg ds nizar dah lakukan...apa yg ds zambri dah lakukan. so takpe kalu dia seorang pemimpin, just wait for another election then proof yg u r the right one walaupun sukar. this is a game of politic...tak siapa pun faham even ds zamri or ds nizar. cuma mereka semua kena bsedia d dlm permainan ni. n for u dugong teruslah bjuang...

Sesumpah said...

Sabo sahabat2 ku sekalian...
Semua yg berlaku ada hikmahnya...
Kita tunggu dan lihat selepas ini.
Yg hak tetap hak...

Post a Comment