dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

08 February 2010

Bersediakah aku untuk untuk bersedih



Video ini adalah handmade aku masa Dato Seri Nizar berceramah di Kg. Sumpitan Lenggong. Sebenarnya ini merupakan hari yang ketiga DSN memperingati peristiwa yang mungkin akan berlaku selepas keputusan Mahkamah esok. Soalnya sekarang adakah aku bersedia untuk bersedih...

.......................................................................................................

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sedehana. Bersekolah rendah di SK Sg Rokam, Menengah di SRC (Sekolah Raja Chulan) aku sambung pengajian aku dalam DPIM (Diploma in Planting Industry Management) dan aku ambik degree dalam bidan Marketing di universiti yang sama. Pernah berkhidmat sebagai Career Agent untuk MNI yang kini digelar Etiqa Insurance. Aku balik ke Ipoh sebab arwah Ayah meninggal dunia dan Mak aku almost cannot survive at that time. Aku ade 2 orang adik. Perniagaan arwah Ayah aku tak tahan lama dibawah selenggaraan aku sebab aku takde contact supplier arwah. Di tambah business arwah ada kene mengene sedikit dengan Politik. Arwah ayah pernah jadi Ketua Bahagian UMNO. Walaupun dia adalah reformis senyap, tetapi hatinya masih kuat UMNO. Sekarang Bonda dah ada right hand man iaitu adik bongsu dan juga adik lelaki aku. 2 orang kuat Bonda dapat bantu ringankan beban aku.

Semasa peralihan kuasa 8 Mac 2008, perniagaan aku makin merudum (sebabnya aku dah bagi tahu tadi). Sepatutnya aku orang yang patut membenci Pakatan Rakyat. Tetapi sebaliknya... Aku amat menitik beratkan keadilan untuk semua... Aku tak suka kat UMNO sebab deme nih harap tak pernah adil. Zalim dan maha ZALIM... Aku makin kuat reformis sejak aku duk bukak buku yang arwah Ayah download dari Web MAHAZALIM...

Dalam hidup aku penuh dengan ketidakadilan. Hal rampas-merampas memang selalu terjadi dalam hidup aku. Apa yang terjadi sebelum ini kat teman, itu hanya aku jer yang tahu. Tetapi yang aku tak boleh nak terima bila UMNO Barisan Nasional rampas hak undi yang aku tanda pada PRU 12 aritu. Dalam keadaan aku 'hairwire' masa tu, satu panggilan dan SMS mengajak aku berjuang dengan para blogger tersohor di Perak nih di kediaman MB.

Aku bukan penulis yang hebat. Malah tulisan aku pun ntah aper-aper... Aku bukan MSK yang tulisan polifiksyen boleh memukau sapa saja sampai berpuluh email dan beratus SMS masuk tanyer sama dia tulih tu betui ke tak. Aku bukan Cyberboron dengan tulisan Ilmiah dan penuh isi yang enak dan elok dibaca. Aku juga bukan macam Albanjari yang mampu kelentong korang macam dia berada di lokasi padahal duk kat Umah. Aku juga bukan macam Topeng Perak yang tulisannya naratif yang hebat pernah aku jumpa. Kalau suh provoke, 'his the best'. Aku juga bukan penulis macam Sya Reformis yang ilmu reformis dan juga ilmu Alam Maya yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Bagi aku dia wanita muda yang hebat. Setahun aku keje nga dia, 'she has all the respect I have toward a women'. Tapi aku...Nothing special about me. Tapi sebab aku percaya dan happy yang aku buat sekarang, tapi sebab aku mahu kembalikan hak undi yang aku tanda dulu. Cilaka nyer UMNO.

Yes aku adalah seorang video blogger. Tapi jadi video blogger bukan semudah yang korang sangka. Penat dan memeningkan kepala. Aku tidak se'creative' macam Jiwo Kelate, Media Rakyat, malah tak setanding langsung dengan geng-geng video blogger yang lain... Walaupun news yang aku dapat top class news, tapi aku nih pun boleh kira ada malas lebih dari rajin... kalau aku betui rajin, dah lama aku kurus, sebab kerja editing video nih makan masa aku yang banyak. Tak terkejar aku nak follow DSN....

Esok adalah penentu kepada apa yang telah aku perjuangkan sejak setahun yang lalu... Aku yang mulanya hanya handyman kepada geng-geng bloggers network sekarang dah ikut orang terpenting dalam sejarah Perak, Malaysia dan juga sejarah dunia. Satu dunia akan lihat betapa sakitnya Politik di Malaysia dan betapa sakitnya UMNO dan Barisan Nasional...

Banyak yang aku belajar daripada perjalanan setahun aku dengan Dato Seri Nizar. Banyak perkara yang dia ajar dan banyak pengalaman yang aku timba. Ia sedikit sebanyak membantu membentuk diri aku banyak tersimpang. Terima kasih kepada yang duk hentam aku dulu. Aku dah insaf dah. Tapi ko tu bila pulak ???....

Bermacam cerita yang dengar pasai esok. Kalah Menang... silap-silap seri pun boleh... kar kar kar. Tapi yang pasti aku nak declare kat sini dan semua... Aku berjuang demi keadilan. Kalah dan menang aku peduli aper. Aku tetap berjuang untuk Perak. Keadilan di bumi Perak dan demi menegakkan ISLAM dan ajarannya untuk kesejahteraan sejagat.

Aku dah bersedia untuk bersedih dan aku juga bersedia untuk berjuang terus-terusan...

Insyallah...

TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!

salam repek dari aku dah letih nak tiduq sebab esok nak ke mahkamah... Jumpa di FACEBOOK DSN dan juga di PerakExpress. Aku akan update kat sana....


3 comments:

Mamamat said...

Salam Dugong Darat
Janganler mike nampakkan kesedihan pada teman. Mike sebenornye bersemangat kental. Mike memang anak muda yang hebat ...
Tak ker gitu?

Anonymous said...

Salam
Jangan putus asa ... usaha anda dinilai oleh ribuan reformis senyap di luar sana. Mereka memahami suka duka blogger mcm anda. Teruskan.

dugong_darat said...

Terima kasis atas kata-kata semangat sahabat-sahabat sekalian...

Perjuangan harus diteruskan... Berpatah tidak sesekali-kali

Post a Comment