dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 February 2010

Lawak Din Perut Boroi...

Maleh nak tulih panjang-panjang sebab tak tahan. Nak gelak sangat-sangat. Sememangnya inilah lawak paling terhebat. Jika masuk pertandingan "Raja Lawak" gerenti dapat no. 1. Bukannya 1 Malaysia tapi 1 Dunia ketawakankan kita sebab kita semua nie bodo-bodo belaka. Sebab setiap hari sanggup diri tu diperbodokan oleh mereka yang bodo yang hanya tahu mengenyangkan perut dan nafsu sendiri saje.

Kepada yang cerdik di luar sana, gunakan akal fikiran secara sempurna. Fikirkan impaknya kepada pertahanan negara dengan isu injin jet dan kapal selam yang tak mahu menyelam nie

Lain kali jangan la beli kapal selam, tapi beli la kapal korek gerenti tak bergerak ke mana-mana....

Mungkin juga kapal selam nie terkena badi tu kut atau pun merajuk. Mogok tak mahu menyelam...

1 comment:

Aa said...

Kale orang AMNO kan reti base deme

Post a Comment