dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 February 2010

Liga Kampung Mukim Dusun Tunggal...

Minggu lepas telah diadakan suatu perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Kg. Kemetot dengan Kg. Jawa. Pasukan Kg. Kemetot telah melantik pengadil yang dipilih daripada pihak mereka juga. Ini membuatkan pasukan Kg. Jawa merasakan mereka teraniaya.

Namun berdasarkan restu daripada tok penghulu mukim, perlawanan tersebut tetap diadakan. Semasa perlawanan, pengadil telah membuat beberapa keputusan yang memihak kepada pusakan Kg. Kemetot. Keadaan ini menyebabkan para penyokong pasukan Kg. Jawa berasa tidak puas hati.

Berbeza dengan penyokong pasukan Kg, Kemetot, mereka mengatakan bahawa pengadil telah bertindak secara adil. Setiap keputusan perlu dihormati. Penyokong dan pemain pasukan Kg. Jawa dicemuh kerana dianggap tidak mempunyai semangat kesukanan.

Sehingga wisel penamat ditiup, keputusan berpihak kepada pasukan Kg. Kemetot. Para penyokong mereka berteriak gembira menandakan bahawa pasukan mereka sememangnya kuat dan takhdir memihak kepada mereka. Para pengadil pula terus pulang meninggalkan para pemain dan penyokong pasukan Kg. Jawa yang tahu semuanya hanyalah sandiwara semata-mata.

P/S : Cerita sekadar rekaan, dan tiada kena mengena yang hidup mahu pun yang mati....

No comments:

Post a Comment