dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

02 March 2010

Berpakat untuk berbalah.

Hahahaha orang bila berpakat untuk mencapai muafakat. Pakatan Rakyat berpakat untuk berbalah antara satu sama lain.

Sekarang ni dah jadi trend politikus. Tak suka polan bin polan, keluar parti dan jadi bebas. Aku ingat nanti satu kerajaan bebas berjaya dibentuk gamaknya.

La ni aku ingat orang pakatan rakyat kene cari kamus dewan. Cuba tengok apa maksud pakat. Itu pun aku harap ada adun PR boleh membaca. Kalo tak bagi le edisi tahun bila kamus dewan pun penyudahnya buat sendal pintu je deme ni buat. Masa kempen dulu kata nak bela nasib rakyat tapi dari gayanya sekarang ni lebih kepada nak kejo bank statement ke 7 figures.

Jangan dok merak dengan kejayaan tahun 2008 sebab la ni dah tahun 2010.

To be number 1 is easy but to maintain it is hard.

P/s : aku nak pi ROS. Nak register parti baru yang bernama BEBAS. Kalo lulus semua adun bebas automatik jadi ahli parti aku tu. Baru le gempak sebab semua ahli parti aku tu wakil rakyat sey...

No comments:

Post a Comment