dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 March 2010

Orang cakap ini berita baik

Salam hormat semua dan salam 1Malaysia aka 1Isreal aka OneJEW...

Lama sungguh aku tidak mengepos disini. Takde modal nak gebang pun ada, sibuk pun ader (sibuk di FACEBOOK benornyer), malas pun ader, menyampah pun ada. Kira macam-macam ada (Al-Fatihah kepada Pakcik yang memfopularkan ayat tu)...

So tak mau nak ulas banyak pasai menalah yang korang pun menyampah nak dengor pasai aku dan blog anje nih... Aku straight to the point jer la...

Semalam berlaku AGM untuk MCA dimana setelah huru-harare kat dalam parti kompenan BN nih menjadikan reputasi mereka semakin merudum. Namun disebalik kejayaan Chua Soi Lek yang aku gelar En. Powerfull (jangan tanya pasai apa - pi cari DVD dia - kalah ubat yang ada dalam iklan blog AlBanjari tu) nih, mengalahkan calon peveret 1Malaysia Ong Tee Keat, banyak blog anti-BN dan juga pro-BN mengutuk MCA kerana memilih Presiden yang bermukah dan menyatakan betapa MCA akan makin hancur sebab Soi Lek nih jadi Presiden...

Suka aku nak imbau kembali rentetan terhadap peristiwa penyebaran DVD aksi lucah Soi Lek yang berleluasa dahulu. Aku pun sampai 3 ker 4 versi yang orang send kat aku (bukan aku cari yer). Ko ingat tak ape feedback yang Soi Lek buat... Dia minta maaf. Dia mengaku orang dalam DVD tu adalah dia dan dia juga sanggup menerima apa jua hukuman daripada parti. Please la... kome kene ingat dia nih sapa dan apa agama dan bangsa dia. Bagi aku dia dah macam hero untuk orang Cina sebab berani mengaku dan mengakui kesilapan dia. Dan aku percaya family dia pun dah maafkan dia. So orang Cina dalam MCA yang lain...???

Dan juga aku suka nak ingatkan korang bahawa, pergolakan besar-besaran dalam MCA nih berpunca daripada pemecatan Chua Soi Lek daripada MCA... MCA jadi hura-harare nih selepas Soi Lek kene pecat. Beb dia nih orang paling berpengaruh dalam MCA beb. Dah aku tahu dan faham perangai orang Cina nih bukan mudah dibeli dengan wang ringgit macam orang Melayu terutama species UMNO nih. Deme percaya yang Soi Lek bagus dan dia memang Parti Man. Aku tak rasa yang Soi Lek nih akan kebuluq nak jawatan menteri dalam Kabinet walaupun dia adalah Presiden Parti Kompenan Utama dalam BN.

Posting aku nih bukan nak backing Soi Lek atau apa. Aku pun menyampah satu macam jugak dengan politik mukah-mukah nih. Tapi aku nak sedarkan kepada geng-geng aku yang Pakatan Rakyat nih. Pemilihan Soi Lek bukan bermakna MCA akan makin hancur. Mereka sebenarnya akan menjadi lebih kuat lepas nih. Soi Lek akan menerajui MCA hingga mereka terus kekal di Malaysia. Kerana Soi Lek mampu untuk menyatukan organisasi dalam MCA untuk bekerja lebih kuat lagi. Kita kene ingat, Pakatan Rakyat nih jadi pilihan sebab orang menyampah dengan BN. Bukan sebab Pakatan Rakyat bagus sangat (sekarang baru ok sikit). BN akan jadi kuat kalau sesama deme berkerja kuat untuk menangkan parti deme. Itu yang aku nampak dalam MCA sekarang.

So kesimpulannya sekarang, pemimpin Pakatan Rakyat tidak seharusnya duk asyik nak belek celah kain orang (MCA) jer sekarang nih. Jangan ingat mereka makin lemah, korang makin naik lemak. Kene keje kuat beb. Perbanyakkan turun ke padang. Buat program bersama rakyat. Bukan buat ceramah perdana sahaja dah. Ceramah kelompok kene lebih kerap beb. Lepak la kat kedai makan orang UMNO. Bukan kat coffee house orang Pakatan Rakyat. Bagi tau kat rakyat apa kebaikan yang telah korang buat. Bukan cerita keburukan UMNO dan BN aja dah. Cari peluang mendekati rakyat. Jentera parti bukan buat kerja time pilihanraya saje. Kene lebih daripada itu lagi beb.

Aku bukannye pandai sangat. Tapi aku selalu ada ditempat itu. Jadi kene juga sesekali dengor cakap orang yang tak cerodik cam aku nih sama. Sebab undi aku lebih keramat daripada undi orang dalam parti kome sendiri...

No comments:

Post a Comment