dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

29 April 2010

Habuan, diam dan lompat


Dei... lu orang ingat apa...
Saya suka-suka tarak marah ka...
Sebab tarak bertanding itu Hulu Selangor...
Itu sikit punya cerita...
Sekarang saya sudah jadi SENATOR tau...
Makan gaji serupa menteri juga...
Tarak bertanding pun makan gaji serupa bertanding juga...
Itu Kamala haa... letih juga kempen...
Makan gaji serupa saya juga...


Brader pun tak suka jadi camni...
Brader mula kene gari...
Brader lompat...
Brader jual kotak...
Brader mintak maaf sebab salah sokong...
Brader sudah jadi SENATOR...
Brader makan gaji macam menteri...
Tapi brader tak pernah bertanding pun...


Lu orang ingat syiok ka jadi katak ong ong...
...............................
Banyak syiok wo....
Lu orang tala lompat, lu orang punya pasai la...
Lu orang tengok, katak sikalang lagi power ma...
Lu orang talak kasi latuk, gua lompat balik ma...
Lu orang ala apa... gua sulah jadi DATUK PADUKA...
Lu orang tala makan, lu ingat wa punya hai ka...
Lu blah la.....

p/s... tak nak bagi boikot, sogok jawatan. Taknak bagi lompat... sogok jawatan... Makan gaji tetap buta juga... Rakyat masih lagi ada yang makan siput babi untuk hidup... Inilah 1Malaysia...

Tahniah Najib... Tahniah 1Malaysia...

27 April 2010

P094 - Ulasan takde semangat 001

Semalam sejak balik dari Hulu Selangor, aku mengalami batuk-batuk yang kuat, dan juga demam. Bukan aper, bahana tak cukup tidur dan juga tempat tidur yang berembun...

Sejak sampai di Ampang Pecah, aku cuma dapat tidur di dorm yang kononnya disediakan untuk blogger dalam dua malam sahaja. lepas tu sempat dua malam aku tidur di dalam kelas yang kononnya disediakan untuk blogger tetapi sebenarnya kami nih menumpang ihsan Jawatankuasa Pilihanraya Pusat. Selebihnya aku tidur dalam kereta. At least aku merasa tempat yang selamat. Jauh daripada anasir yang mungkin nak merompak atau bukan la tempat awam.

Sesampai aku di Ampang Pecah, dalam poket aku cuma ada RM2. Mujur di Kem yang disewa oleh Kerajaan Negeri Selangor ini menyediakan makanan. Boleh la aku menumpang makan disini... Dana yang aku pohon melalui ihsan posting Albanjari hanya dapat aku guna dalam perjalanan pulang. Kerana ia cuma cukup-cukup duit tol aku sahaja. Alahai... aku duk rasa macam lagi teruk daripada yang aku kene kat Bagan Pinang dulu. At least kat Hulu Selangor nih makanan aku adalah terjamin walaupun pernah terlepas sebab tugasan diluar... Makan angin jer aku satu malam tu...

Aku bukan nak complain atau apa. Cuma aku terkilan sebab aku tak sangka peristiwa ngeri aku masa kat Bagan Pinang berlaku sekali lagi. Aku tak mampu nak gerak kemana-mana sebab aku memang takde langsung duit minyak. Aku pohon semua tu dalam proposal yang satu orang PKR yang sembang deras dengan aku, kata boleh tolon carikan dana. Siap masa nak aku bagi nama, dia nak pilih mana blogger yang boleh bertugas yang mana cuma nak melancong. Wah kira dah power giler dah nih....

Untuk pengetahuan korang, aku ader offer untuk buat satu macam risalah berita untuk edaran harian macam yang dibuat Bagan Pinang. Masa kat Bagan Pinang geng-geng nih dapat keluarkan risalah tu secara harian. Tetapi sayangnya hanya berlonggong kat Markaz Utama sebab takde sapa yang edarkan dari rumah ke rumah. Tapi lagi teruk banding dengan di Hulu Selangor... Orang PKR yang aku cakap nih kater, itu dah diSUBkan kepada SelangorKini... Aku dah boleh agak dah apa yang berlaku. Dan nak dekat ujung pilihanraya baru ada keluaran. Kalau ada yang sebelum-sebelum tu, adalah risalah saiz A4 tanpa warna... Sedih aku tengok orang PKR nih buat keje... Beb bebudak SelangorKini nih buat keje makan gaji... Kalau kerajaan Negeri bukan Pakatan Rakyat, deme nih masih dapat gaji... Nih bila ada blogger nak offer buat dengan percuma, hangpa cuma keluar duit printing, hangpa berlagak...

Yang ini cuma beberapa perkara yang aku terkilan tengok sepanjang Pilihanraya... ada lagi beberapa mende yang aku nak tulih lagi lepas nih pasai Hulu Selangor. Aku off kejap sebab pala aku dah mula sakit balik...

25 April 2010

P094 - Berita Peluk 3

Nak pelik apernyer... Kalau korang duk kat sini korang akan tahu bertapa peliknya kalau kita menang...

Hahahahaha...

Terima kasih 1Malaysia...

Terima kasih Sahak...

P094 - Maaf salah info

Aku menarik balik balik statement yang Chegubard kene tangkap untuk kali kedua.

Chegubard cuma mengiringi pengadu, namun pengadu tetap juga kene dakw dan kene tangkap.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Berita Peluk 2

Macam yang aku cakap kat sini tadi, aku bukan silap tulih tajuk...

Kira-kira sejam yang lalu, CheguBard yang baru dilepaskan daripada tahanan pihak polis kerana memakai baju bertulis "Siapa bunuh Altantuya" 2 hari yang lepas, ditahan sekali lagi ketika cuba membuat laporan polis untuk dirinya yang diparang di Bukit Sentosa. Kejadian ini amat lah memalukan pihak polis apabila si pengadu ditangkap polis ketika beliau hendak membuat laporan untuk dirinya sendiri...

Dalam kejadian yang lain, Ketua Srikandi Keadilan Rakyat, Saudari Siti Aisyah telah ditumbuk oleh penyokong BN ketika melalui kawasan pengundian di Rasa. Beliau berkata ketika itu tingkap kenderaan yang dinaiki beliau tidak ditutup dengan tak semena-mena seorang penyokong BN telah melayangkan satu das tumbukan tepat mengenai muka beliau. Akibat daripada kekalutan, beliau tidak sempat mengecam muka si penumbuk itu.

Terjadi juga beberapa kejadian pukul pimpinan, seperti Fariz Muda dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

P094 - Berita Peluk

Bukan salah tajuk. Memang aku tulih lagu nih. Yang peluknye, hari ini seorang pengadu ditahan polis setelah membuat laporan polis yang dirinye dipukul

P094 - Jumlah janji-janji BN

Mafrel hari ini membuat pernyataan bahawa bermula daripada hari pengumuman calon hingga hari mengundi, BN telah berjanji memperuntukan dana sebanyak RM 350 juta kepada pengundi Hulu Selangor. Ini tidak termasuk janji mereka untuk membina kampus UiTM di Serendah.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Aduan Pengundi Hantu



send using HTC 'cap ayam'

P094 - Pertambahan luar jangka

Ada berlaku pertambahan pengundi sebanyak 100 ker 150 pengundi di setaip pusat pengundian.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - suasana hari mengundi

Ini di SK Ampang Pecah

send using HTC 'cap ayam'

24 April 2010

P094 - Final Battle will over soon...!!!

Selamat berjuang kepada semua perjuang refomasi...

Selamat berjuang kepada semua perjuang mujahidin...

Selamat berjuang kepada semua rakan-rakan dan taulan aku yang ada di Hulu Selangor nih...

Aku amat berharap esok akan memberikan kejayaan Zaid Ibrahim untuk rakyat Hulu Selangor...

p/s aku ader cerita yang aku nak tulih lepas PRK nih... ada yang terbuku dan tersirat..
Aku cuma tak pasti esok aku mampu sampai berita terkini daripada Hulu Selangor atau tidak... Andai ada aku harap korang tunggu jer la... Kalau takde... korang boleh cari kat beberapa blog lain... macam kat Albanjari, Utara Online, Ali Bagan Pinang, Perisik Rakyat, Zainulfakaq... deme lebih banyak berada di lapangan berbanding dengan aku...

P094 - Serangan di alam maya

Salam hormat... Salam kepala hotak kepada 1Malaysia...

Hari ini seolah cyberwar dan makin menunjukkan yang UMNO dan Barisan Nasional semakin terdesak nak menang. Hari ini seawal jam 7.00 pagi, aku dikejutkan oleh Ali, Bagan Pinang yang dalam keadaan aku yang sedang mamai... Setakat ini cuma satu blog sahaja yang Ali dapat detect, yang lain dia pun sure lagi...

Mangsa hackers UMNO yang deperate nak memang... Blog YB Fuziah Salleh. Macam kat bawah nih...



Aku cuma pasti ini kerja UMNO sebab bila korang klik kat gambo ia akan redirect kepada Blog UMNO-Online yang memilih layout blognya semacam dengan PerakExpress.

Tengok la berape karatnyer UMNOd buat keje...

Maklumat lanjut aktiviti hari ini akan aku update lagi... Hari last kempen... Banyak giler mende tak cover... Dalam poket ada singgit jer lagi nih... caya la....

23 April 2010

P094 - Gempar revisited

Berita gempar di hulu selangor. 3 buah kenderaan di sekitar stadium KKB yang datang ke ceramah disimbah asid.

Aku duk rasa perkara ini adalah cara provokasi semacam yang berlaku di Bagan Pinang. Yang aku nak tahu samada reaksi yang bakal anak muda PKR buat dengan situasi sekarang.p

send using HTC 'cap ayam'

22 April 2010

Kemungkinan yang mabbe

Aku ader dengar khabar angin...

Ade lagi sekor AMK mau lompat...

Ini AMK sudah lama tidak berfungsi...

Jadi lu orang jangan terkejut ha....!!!



Nama die En Faizal Affendi... Dulu AMK Timbalan Ketua AMK Perak dan juga mantan Mangku ketua AMK Perak.

p/s... nih cuma hearsay... so jangan marah aku kalau tak betui...

P094 - BN peralat JHEOA



Kuala Kubu Baru, 22 April: Sekumpulan orang Asal daripada Pahang yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu kempen pilihanraya untuk PKR mengadakan sidang Media untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kerana mereka telah diperalatkan oleh Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya mereka di seluruh perkampungan orang Asal di kawasan Hulu Selangor.

Tidak cukup dengan pihak polis yang sebelum ini telah membina pondok polis hampir di setiap perkampungan orang asal di sini, BN dikatakan telah mempergunakan JHEOA untuk mengadakan program kempen mereka. Disamping pemberian wang dan juga anak benih pokok, mereka juga disajikan dengan konsert rock serta minuman keras kepada orang-orang di perkampungan orang asal semata-mata untuk meraih undi.

Perbuatan mereka ini dilihat, sebagai satu penghinaan kepada golongan orang asal di seluruh Malaysia, dan seolah-olah sedang memperbodohkan orang asal di Hulu Selangor. Tindakan mereka amat dikesali dan mereka akan bertindak dengan kempen yang lebih efektif dalam masa yang terdekat ini.

P094 - Salah guna JHEOA

Sedang berlangsung sidang media oleh kumpulan orang asal yang turut membantu PKR dalam kempen PRK P094 Hulu Selangor.

Berita lanjut menyusul

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Undi Pos sudah bermula

Hari ini sudah bermula undi pos bagi PRK P094 Hulu Selangor. Sebanyak 1016 kertas undi dikeluarkan hari ini. Menurut petugas yang berada di lokasi, kertas undi telah ditambah.

Pengundi pos di Hulu Selangor terdiri daripada kakitangan dan petugas SPR, polis dan juga tentera.

Petugas yang mewakili Pakatan Rakyat walaubagaimanapun menyatakan berlaku beberapa siri sabotage dalam sesi undi pos daripada dalaman parti dan juga daripada luar.

send using HTC 'cap ayam'

P094 - Zaid dan Fuziah Lawan SPR



Kuala Kubu Baharu, 21 April : GARA-GARA lebih 50 pengundi dari Kampung Tanjong mengadu bahawa nama mereka tidak terdapat dalam Buku Daftar Pemilih mengakibatkan inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah nama pengundi Hulu Selangor ke Parlimen Selayang terus dibongkarkan.

Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat berkata, SPR seharusnya bersikap lebih adil dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini.

Beliau yang juga Koordinator Pakatan Rakyat berkata, SPR sewajarnya bertindak pantas memindahkan semula para pengundi terbabit ke senarai asal dalam Buku Daftar Pemilih sebelum Hari Pembuangan Undi, Ahad ini.

Gesaan Zaid itu, termasuk membuka banyak kaunter SPR di sekitar Parlimen Hulu Selangor supaya para pengundi boleh membetulkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh SPR sendiri.

Berita Penuh di sini

Dua Wanita PKR cuba meraih publicity murahan - Mustaffa Kamil



Kuala Kubu Baharu, 21 April : Pengerusi Perhubungan Negeri, Keadilan Perak Sdr. Mustaffa Kamil Ayub hari mengesahkan bahawa kedua-dua ahli Wanita Keadilan Perak yang baru sahaja keluar daripada parti dan menyertai UMNO mempunyai keahlian yang tergantung. Mereka juga tidak lagi menyandang jawatan dalam parti seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka.

Ketua Wanita Keadilan Perak, Pn Hjh. Fatmawaty Yusoff juga mengesahkan tentang status keahlian kedua-dua ahli Wanita Keadilan.

21 April 2010

P094 - Norizan cari Hishamuddin di Hulu Selangor



Berita asal...

NORiZAN Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh Polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berwajib dan bertanya tentang nasib yang menimpai dirinya.

norizan-tangan“Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak Menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini, jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.”

“Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) Polis menembak saya dan sebab itu saya di sini,” jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Polis ke atas anak guaman beliau.

“Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa Polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan,” soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

“Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.”

“Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan.”

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai Polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh Polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi Menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Bagi beliau, kes Norizan merupakan salah satu kes yang membuktikan bahawa rakyat di Malaysia tidak keterlaluan dikatakan seperti tidak selamat di bawah pengawasan Polis.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. -END

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin.  Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

Norizan sedang menjelaskan tekadnya untuk bertemu Hishamuddin. Bersediakan Hishamuddin bersemuka dengan mangsa kezaliman Polis ini?

P094 - SPR pindah pengundi ke kawasan lain.

Sekarang sedang berlangsung sidang media berkenaan dengan tindakan SPR memindah pengundi sesuka hati.

send using HTC 'cap ayam'

20 April 2010

P094 - Calon Baru BN di PRK Hulu Selangor

Hari ini Barisan Nasional telah mengumumkan calon baru mereka untuk menggantikan calon MIC iaitu P. Kamalanathan dengan calon baru daripada UMNO=APCO. Calon ini bakal menggegarkan seluruh Felda dan hati orang Melayu di Hulu Selangor. Calon yang lebih bersih dan juga dikatakan mempunyai pekerti yang lebih mulia daripada Calon Pakatan Rakyat yang kerap dikaitkan dengan isu arak.

Calon tersebut ialah...
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
En Kamal bin Abdullah

Ini bukan aku kata noh... hangpa pi tanya orang kampung kat area Hulu Bernam. Kene kencing hidup-hidup depa...

P094 - Selamat berambus, selamat datang

Nak heran apa... Bila aku hentam PKR sebagai Parti Katak Ramai, deme sekarang dah jadi tak kisah dah... Sepanjang minggu PRK nih banyak kita dengor cerita lompat-melompat nih... Macam yang Anwar cakap masa pengumuman calon kat Dewan Komuniti Serendah aritu, bersedia dengan berita orang keluar parti masuk UMNO... silap-silap gaya ahli yang lompat tu lagi ramai daripada ahli PKR itu sendiri...

Serba sedikit profil pelompat-pelompat terhebat abad ini...

Ketua AMK Shah Alam, Nor'isham Manap dan Timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar... Pertamanya deme masuk sebab ikut Ezam... dari dulu dah mengeletek nak keluar cuma Ezam cakap rilek dulu... Berita yang disahkan oleh Bro Faris, PKR Shah Alam, Budak dua ekor nih deme cari sejak 6 bulan lepas... hilang tanpa dikesan... calling tak dapat, sms tak jawab... So deme tak heran bila berita nih keluar... Kemudian, yang paling klasiknya, menurut Setiausaha AMK Shah Alam, Wan Loqman Hakim Wan Aminuddin, member deme sendiri, deme nih cuma mangku jer jawatan ketua dan timbalan AMK Shah Alam... So memang tidak menjejaskan perjalanan Parti dari dulu sampai ke la nih...

So tutup kes cerita mangkuk hayun 2 ekor nih...

Next, Dr Halili... Aku menghela nafas kelegaan masa dia tak dipilih menjadi calon. Dari awai lagi aku dah tahu masalah mangkuk hayun sekor nih... Masa nama dia dipetik untuk jadi calon, ada sikit panik aku dengan berita tu... Mangkuk hayun nih hanya mengangguk di air yang keroh... Kecewa bila dia tak pilih sebagai calon... Elok la pun. Ada orang cakap dia nih species Mohsin tambah dengan Zul Nordin. Orang rapat DSAI tapi keje serupa takde... Dah yang paling kita semua nak tahu, dia adalah rakan baik kepada Datuk Salehuddin Hashim. Mantan Setiausaha Agung PKR yang menafikan dia jadi dalang kepada ADUN dan MP PKR yang melompat sebelum ditanya tentang soal tu.

Ok hangpa kenai dah kan... Aku rasa elok la depa ni berambus pun...

Seterusnya kita tengok apa cerita dua ekor wanita PKR... yang jadi Timbalan Ketua Wanita Bagan Serai nyer cerita hangpa baca kat sini.... Aku kenai abg Tan Kuda nih dan kalau hangpa percaya kat aku, maka hangpa patut percaya apa yang dia habaq...

Cuma yang lagi sorang nih...Soraya Sulaiman. Dia memang Ketua Wanita Tanjung Malim. Merangkap Ketua Penerangan Wanita PKR Perak. Dia masih lagi ahli PKR semasa Jamal melompat keluar parti dan runtuhkan kerajaan Perak. Tetapi sejak daripada hari itu sampai la dia lompat, tak pernah mandang pun muke dia... Aku pernah dealing dengan Wanita PKR di Tanjung Malim. Depa dah habaq kat aku sejak dari tengah tahun lepas lagi dah problem. Tetapi yang utamanya, dia nih ada banyak hutang. Sejak pertama kali diceritakan oleh salah seorang Wanita PKR Kuala Kangsar, ramai yang mula bukak cerita Soraya nih... Memang teruk pun. Kira takde masalah dengan la kalau depa melompat pun... Kira membersihkan mana kekotoran yang ada di PKR.

Hampir semua yang melompat nih adalah mereka yang kecewa. Kecewa sungguh lama sebelum depa melompat...



3 4 orang yang kecewa pergi dari parti... Kita tak rasa sangat... Tetapi kita dapat 1 Parti pulak masuk Pakatan Rakyat. Dalam duk kempen tuk PRK Hulu Selangor, PRK Sibu pulak akan mendatang. SNAP (The Sarawak National Party) telah menandatangi perjanjian dengan ketiga-tiga parti sekaligus menjadi parti komponen ke-empat Pakatan Rakyat. Ini akan mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sarawak.

Sumber berita kat sini...

Secara konklusinya... 3 4 ekor katak melompat keluar, Pakatan Rakyat pula dapat Naga Sakti daripada Sarawak... Tahniah.

LAWAN TETAP LAWAN...

P094 - Petugas luar biasa BN

Testing 321


Aper hal
send using HTC 'cap ayam'



hehehe... posting percubaan daripada phone... testing guna prepaid... hehehe...

P094 - Tunggu dan lihat... Nak tunggu sampai bila...???

>Dalam posting aku disini, kita semua kat dunia cyberspace nih memang dah cukup masak dengan gambor super impose nih... Sekarang dengan bantuan jaringan blogger yang cukup meluas, kita mula dapat menangkis serangan UMNO APCO dengan cepat dan cekap...

Tapi...

Itu cerita dunia cyber... in reality...???

Cuba korang tengok gambor paper yang aku ambik di kedai berdekatan Pusat Khidmat 1Malaysia... Korang rasa orang kampung yang takde sumber internet nak percaya kat sapa...??? Macam yang aku cakap... kerat mati 18 pun deme akan cakap deme percaya yang paper nih betui... abis...???

Samada aku tak jumpa atau memang tak buat... SelangorKini yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk jadi risalah dan media utama PRK P094 pun tak mandang... yang aku jumpa guna kertas siaz A4 jer... Hitam Putih... Come on la... Mat Sembab duk pening pala kata BN bukan sahaja melawan PKR tetapi akan melawan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.... Tapi yang aku nampak sekarang nih, dah macam BN lawan Zaid seorang... Yang lagi sekor Azmin tu bangang ker aper pegi cabar Blogger-blogger bangang UMNO tuk buktikan isu depa... Payah kalau duk kat atas tapi bangang...


19 April 2010

P094 - Jack Daniels, UMNO dan APCO

Salam UMNO = APCO...

Aku dapat panggilan telefon... dari Perisik Rakyat... Suara lemah-lembut dia amat la menusuk kalbu... Cam siut jer...

Ok nih gambo yang blogger-blogger UMNO = APCO = Blogger Pembangsat Negara (BPN) keluarkan :



yang ini pulang gambor kantoi yang sebenar...



Sumber asal daripada Perisik Rakyat

Kita tahu gambor asal tu gambor super-impose. Sebab kita ader internet... Abis orang kampung tu... kerat 18 kali pun depa percaya... Masalahnya bila pulak JENTERA PARTI nak bertindak...??? Nak tunggu hari Isnin minggu depan ker???

P094 - Samy Vellu bluff about MAIKA Holdings share buy-off

18 April 2010

P094 - Tiada update terbaru dari aku

Ada seperkara dua mende yang mengganggu urusan dan juga kotak fikiran aku...

Oleh yang demikian, hari ini tiada update yang dapat aku buat... dan juga tiada lagi live report aku on field sebab tepon aku dah kene barred... Giler baban betui... baru 5 hari duduk sini, bil tepon melambung sampai RM300 beb... bahana takde internet... Hari ini baru aku dapat surf internet tanpa ada masalah...

Aku nak pegi korek mana-mana tabung yang ada (kalau ada la...)

Doakan perjuangan aku wahai semua pembaca...

Bila Zamery Berkata-kata...

Zamery kata sikap sebenar pembangkang ditunjukkan semasa demonstrasi di Masjid Negeri Ipoh. Pembangkang katanya lagi suka mencari simpati untuk kepentingan politik. Sepatutnya juga, kata Zamery, pembangkang perlu menyiasat kebenaran berita tersebut sebelum mengambil tindakan. Dan sekiranya berita itu benar, tindakan yang bijak perlulah diambil tapi janganlah di tempat beribadah kita. Begitulah kata-kata Zamery dalam MStar.

Sesumpah berkata pula...
Pandailah kau bercakap wahai zamery yer. Kau tau tak, bahwa mereka adalah umat Islam yang berjuang menentang campurtangan Israel di negara tercinta ini. Sekurang-kurangnya masih ada sekelumit umat Islam di negara ini yang sensitif terhadap isu ini.

Apa kata kalau zamery menyiasat sendiri isu tersebut secara telus dan ikhlas demi Islam tercinta. Dapatkan kepastian daripada tok ketua Najib. Setelah siasatan selesai war-warkan kepada rakyat. Nyatakan secara jujur hasil siasatan tersebut. Tapi janganlah ditipu lagi rakyat-rakyat yang bodoh ini.

Apakah Zamery nie berani untuk mengambil tindakan tersebut seperti yang disarankannya dalam MStar tur ??? Kita sama-samalah tunggu bila pulak Zameri nak mulakan siasatan ala-ala Jemes Bond tu yek...

17 April 2010

Live @ Penamaan



send using HTC 'cap ayam'

P094 - Basah kepala

Rupernya tanpa disedari, disedari oleh uncle palanieval, uncle samy sudah planning mau kencin sama ini assistant. Samy vellu sebenarnya tiada intention pun mak calonkan palanieval sebab, ditakdirkan palanieval menang prk kali ini, akan beri nama buruk kepada samy sendiri apabila timbalannya sendiri ada status ahli parlimen. Kan samy vellu nk jadi presiden MIC sampai mati.

Tetapi kenapa Kamal? Salah satu sebabnyer kerana Kamal nih ada pertalian saudara samy vellu

send using HTC 'cap ayam'

Live @ Penamaan Calon P094 - 001



send using HTC 'cap ayam'

16 April 2010

P094 - PAS dan PKR

Salam bahgia kepada semua rakan... Adoila yoblehsastra. awok memang benor suke menaip loghat Perak... Tetapi ade jugei yg kempelin. Deme kabokan deme idak paham... Tapi aper kan daye... Sesekali kene jugak deme memeningkan paler nengok longat perak nih... ater sabo jer la yeop wei...

Seperti perkara utama yang teman kabo semalam, kat sini ha... pagi nih awok sempat meronde beberapa blog UMNO yang kita semua tahu betape bingung nyer deme nih... Deme sekarang tengah nyebok melagakan PKR dan PAS atas isu calon sahaja... Ader juga deme berkabo dengan PKR akan berkuasa dengan kuat kalau udah ader 3 anak Ibrahim dalam pimpinan Pakatan Rakyat. Abis la PAS takde power dalam Pakatam Rakyat.

Awok suka nak ingat kan sekali dengan dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang masih lagi duk mengholoh tu, apa yang deme tulih tu memang dah mangli dengan keme-keme nih. Tapi dengan orang kampung tu, kome kene turun dan explain kan kat deme nih. Takkan kome nak tunggu sampai deme start boikot kempen baru kome nak bertindak sesuatu. Ini boleh mendatangkan marah yeop wei...

Jentera Pakatan kali nih kene jadi 'the best' ever. Kalau idak nanti hauk wei. Malu jer kalah lawan MIC nih.

Cadangan teman. Malam nih sebelum atau selepas ceramah kome kene explain apa yang Zaid Ibrahim buat masa dia jadi UMNO tu dulu... kenapa dia jadi calon dan kenapa kita mesti menang. Isu utama dalam Kempen PRK kali nih dan juga keseragaman kempen PRK kali ini dengan PAS, PKR dan DAP... Kalau kome sibuk nak suruh blogger cam kami pun boleh. sebenarnye takde masalah nak cakap... Cam teman, antokan aje Si MSK tu bagi briefing dengan jentera confirm lunyai deme kene. Tapi sapa la orang macam MSK nih. Sapa la kami nih... Bila buat liputan pun deme kabo keme nih SB... hahahaha... citer lamer tu yeop... Tapi yang utamanyer kome kene turun juga ke kawasan dan terang aper yang teman kabokan tadi. bukan cerita kat ceramah.

Teman berharap agar akan ada perubahan dalam masa terdekat nih. Kalau idak hancur wei jentera kita kali nih.

Salam sayang dari teman yang duduk bawah poket kat Ampang Pecah nih. (kat sini jer internet ok - laptop pun pinjam bro pancer punyer)

P094 - Ustaz kene penerajang, Mugilan kene tendang, Palanivel kene sepak

Diubah tarikh atas sebab kesilapan pengarang

Salam hormat kepada semua rakan dan pembaca...

Alhamdulillah keluhan teman ada didengori oleh sesetengah pihak... Insyallah ketika teman menaip posting ini, Sedara kita, Aku Budak Balun dalam perjalanan ke kem keme nih dengan membawa cabel cap5 dan juga router... Kalau takde aral yang melintang, sampai ler dia dan blogger center akan dibuka dengan rasmi berserta kemudahan yang apa yang ada... boleh buat kerja punye...

Ok... itu cuma perkara kecil yang sengaja teman yang bingung nih besorkan... Maklum ler... aper hal jadi blogger kalau takde Internet...

hehehe... tak beh kater awek yang duk building lagi satu nih... walawei... back to point...

Aku dan bro Pancer hari nih menjadi Sepai Leman dengan pergi command center BNp di Bukit Sentosa untuk mendengor saper la yang mereka nak calonkan untuk melawan Datuk Zaid Ibrahim nih.

Kalau ikut kater Mkini, orang UMNO pangge dia nih dengan nama manja iaitu KAMAL... hehehe udah cam namer videographer Mkini tu ler pulak... Kulit lebih kurang jer teman nengok... hehehe

Sebenornyer aku tak masuk, yang masuk bro Pancer jer... Sebab dia sekali pandang, macam SB pun ada... Macam agent UMNO pun ada... So kut maner pun dia akan lepas...

Dia menggambarkan macam dalam Cover-It Live kat Wak Albanjari seperti dia cerita balik kat aku masa kami balik ke Kem. Kehadiran dalam 1500 orang... kira agak crowded memandangkan teman yang disediakan aga kecik... So takde la menjadi isu kalau deme kabo yang deme lagi ramai dari pengumuman calon Pakatan Rakyat. Sebab kita memang tahu deme nih kaki menipu pun.

Apa yang bro pancer harapkan tidak menjadi kenyataan iaitu nak tengok orang gaduh... pengumuman calon BN menyaksikan deretan pemuda UMNO dan juga gerombolan PERKASA yang sambil dengor ceramah Muhyiddin sambil sibuk edar kain ikat kepala... (masa Dato Nizar pakai dulu, siap nak keluarkan fatwa haram la apa la...) Dari memula majlis hingga la ke sudah, takde reaksi yang menarik ditunjukkan. Samada daripada orang Melayu. Orang India mahupun orang PERKASA... semua senyap... macam kecewa pun ada... macam tak percaya pun ada... macam orang takde perasaan pun ada... seolah macam kene pukau pun ada..

Yang paling nak tergelak tu, gerombolan PERKASA nih macam lembik lutut... macam lembu kene tarik hidung... nak menjerit pun tak... nak bercakor pun tidak... nak kater nak TIDAK pun tidak... macam takde apa-apa perkara yang berlaku... Come on la... Walau pun data tak betui, hangpa duh sakan la kutuk Guan Eng anti-Melayu dan anti-Islam... Kater Pakatan Rakyat nih pengkiatan Melayu la apa la... Pergi meninggal dunia la...

Ni sekarang apa lu orang tak mengamuk... Mahai la lu orang...

Lu orang sembang nak pertahan hak orang Melayu di Hulu Selangor la... sekarang bila parti yang lu sanjung cium kaki nih, sudah letak calon India... lu nak cakap apa sekarang nih... POOOOODAH...

Kepada pengundi Hulu Selangor...

Lepas nih kalau sapa jumpa orang PERKASA, lepas jumpa ular, pukui orang PERKASA dulu... sebab lagi kuat membelit daripada ular...

PERKASA... YOU F9

send using HTC 'cap ayam'

P/s problem tak solve lg. Post nih aku send guna phone jugak. Cable cab 5 tak cukup panjang.

15 April 2010

PRK P094 - Calon BN telah confirm


CALON TELAH DIUMUMKAN sebentar tadi (5.00 petang)

P.KAMALANATHAN calon MIC/BN



p/s KAMAL + NATHAN = UMNO yang APCO.

PRK P094 - Dalam tempat yang sukar

Bertambah lagi sakit dah pening pala DS Anwar Ibrahim bila ade sekor lagi mangkuk kat Kedah menjadi wakil BEBAS... Sebab...??? aku tak tahu... marah sebab kene tendang dari posr exco kut...

Kejadian ini sememangnyer akan memberikan kesan yang terhadap PRK P094 yang dah nak sampai tak lama lagi...

Spekulasi luaran dan dalaman mengenai calon semakin menjadi isu besar. Masih ada lagi suara-suara tidak berpuas hati dengan calon yang diumumkan oleh DSAI 13 April yang lalu. Walaupun suara ini kecil tetapi kesan terhadap kempen sudah tentu memberikan kesan yang amat ketara...

Aku sempat borak dengan orang dilapangan... Ada diantara deme berkabokan kat teman, kenapalah duk pilih calon bukan tempatan... kenapa nak pilih orang luar... Geng-geng Batang Kali ini, boleh tahan juga kuatnye di lapangan... Pengaruh deme boleh aku katakan kuat...

Lepas tu ada pula desas-desus mem"piang"kan telinga macam... "Anwar nih tak serik-serik lagi ker terkene dengan orang UMNO nih...???"

Aku percaya deme nih bukan sampai nak boikot kempen. Tetapi kalau buat kerja separuh hati belum tentu deme akan 'perform' 100%... Aku tak pasti apa yang orang atasan dalam PKR tengah buat... yang aku nampak hanya gerak-kerja Wanita sahaja yang berkerja keras sekarang. Sehingga kini, briefing jentera PRK hanya baru dibuat di Wanita... AMK aper citer... takkan kecewa tak jadi calon kut...??? Yang lain, jangan cakap dan gebang kat kedai kopi jer beb...

Aku yang blogger bodoh nak mampus nih terpaksa keluar sampai 30KM untuk mencari cyber cafe untuk sampaikan berita... Semalam jer bil tepon aku baik dari 300 ker 400 dalam masa satu hati... giler ker aper... tapi nih deme perjuangan aku sebagai non partisan yang amat benor percaya yang Pakatan Rakyat adalah pilihan untuk numbangkan BN yang MAHA keparat tu... Aku persetankan jer mende tu... Bak kate bos aku MSK... "Saper suruh gatai jadi blogger"

Aku merayu kepada DSAI dan semua kepimpinan atasan yang sedang duk lena lagi tu (terutama AZMIN ALI tu) ... Mai turun sini, tengok apa kekurangan kat lapangan... Pegi explain kat jentera parti yang berkerja kenapa kome pilih Zaid Ibrahim...

Nak suruh aku explain... aku dah explain dah kenape jadi camni... tapi aku nih saper beb...??? Dah explain pun deme buat muke blur lagi... Jadi nyer elok kome jer yang terang benderang kan deme nih...

Kalau kome gagal buat mende nih dalam masa satu ke 2 hari nih, ada sikit sukar nak menang... Ada data yang power macam yang geng JPRP nih buat, kalau jentera keje sambil makan kacang... yang 198 tu akan jadi -1980 beb...

p/s... jangan ingat aku tak tahu, ader worang "tu" lari lepak kat rumah masa yang lain turun serendah mau sokong calon Hulu Selangor nih... Lu ingat orang Gombak tu semua bodoh ker...???

Kedah : Seorang lagi ADUN PKR istihar bebas

Seorang lagi ADUN PKR di Kedah Tan Wei Shu dari DUN Bakar Arang mengistiharkan diri keluar dari parti itu dan menjadi Bebas.

Permintaan pada parti politik 'Bebas' semakin meninggi di Malaysia terutama sekali dari wakil PKR.

Kedudukan kerusi terkini PAS 16 , BN 14, PKR 3, DAP 1 dan Bebas 2

sumber : Alkerohi

disahkan oleh Mkini


Aku takkan gentar dengan kes ini...

LAWAN TETAP LAWAN...

Lagi gambar keadaan setempat pagi tadi



send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 Hulu Selangor - Keadaan Setempat

Aku seawal jam 9.00 keluar dari sarang. Hajat untuk tour dan survey kawasan hulu bernam. Tapi sekeluar dari sarang banyak tergantung beberapa banner yang mendesak agar Palanivel tidak diletakkan sebagai calon. Tapi setelah kami balik dalam jam 12.00tghari, hampir kesemua banner tu telah diturunkan.

Ini adalah beberapa petanda yang menunjukkan ada yang mungkin berlaku petang nanti semasa pengumuman calon BN di Bukit Sentosa jam 3.30 petang.

send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 - hari pertama team di sini

kalau pegi kuala kubu... tulis nama atas batu...

ermmm sampai kesudah ler orang pegi kat kuala kubu nih akan tulih nama deme ateih batu jer...

tiada kemajuan yang ketara dapat dilihat di kuala kubu baru nih... istilah yang teman belajo kat masa kat U dulu... MANDOM... harapkan ada banyak pejabat jabatan kerajaan yang banyak jer kat sini...

tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasai betapa mundurnya KKB nih... tapi aku nak citer situasi kami yang ada kat sini setakat hari ini...

Telefon yang panjang aku dengan wak albanjari, mencerita serba sedikit tentang apa yang aku alamai kat sini... alhamdulillah tempat tiduq kami agak selesa, walaupun lokasinya agak jauh dari tempat nak buat keje...

itu takde hal... news yg aku citer di facebook aku menyatakan yang laptop aku dah jadi sayor goreng. So kali ini aku bawak desktop aku ke sini.

Setakat hari ini pergerakan agak terbatas. Pertamanya aku cakap terus terang tengah sengkek giler... Minyak jenis paras tengkuk jer. Takde hal lagi la. Sebab hari pertama nak bertugas nih aku lebih tertumpu pada nak setupkan pc dan bilik untuk blogger berkerja. Aku cuba usaha yang terbaik untuk dapat fasilities yg top class tuk rakan blogger. Malangnye elok lepas aku setup desktop aku tepat jam 4.50 petang baru aku sedar yang kerja aku hampeh tak bleh jalan jugak. Bilik kami dengan point internet terletak lebih 50 meter. Jadi wifi tak de la jalan. Ditambah pulak... Aku pakai desktop. Maner ader aku bubuh wifi card. Mampus...

Jadinye kat sini aku nemohon sesangat kat kome yang baca posting nih, kalau dapat aku minjam router wifi kome. Tambah lagi dengan cabel cab5 dalam lebih 50 meter. Boleh aku siapkan satu access point tuk blogger nak wat kerojer... Nak minta PKR? Aku dapat tempat berteduh dan makan pun aku rasa dah cukup bertuah alam dah.

Andai kata duit yang kome dermakan tu cukup, aku akan runner gi kl cari menalah tu. Takkan aku nak sambut geng blogger yang lain dengan bilik yang serba mewah tapi takde internet. Hehehe...

Esok aku pagi, sesudah aku dapat internet, aku akan cuba updatekan lokasi pengumuman calon serta gambar lokasi kejadian... Doa dan berkat belanja yang kome semua sedekah kan aku akan kenang sampai mati... Aku akan usaha yang terbaik untuk nenyediakan laporan terbaru tuk kome semua.. Sekian dulu...

send using HTC 'cap ayam'

14 April 2010

Pembetulan

Ini semua salah aku... silap sms no account.. So ini no yg sebenaq nyer

Mayban2U : 1580 1518 1401
Nama pemegang akaun : Puan Hamidah binti Ramli
(ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat))

13 April 2010

Calon PRK P094 - Zaid Ibrahim



send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 - Hulu Selangor Calonnya... Zaid Ibrahim.

DSAI umumkan Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat mewakili PKR dalam PRK Parlimen P094 Hulu Selangor

send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 - Dato Seri Anwar tiba

Dato Seri Anwar dan Tuan Guru Hadi Awang dah tiba.. Suasana terlalu hangat

send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 -Suasana makin hangat wooooooo

Dato seri nizar baru selesai ucapan nya yang amat menaikkan semangat..

send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 Hulu Selangor - Suasana setakat jam 9.00 malam

Hadirin semakin memenuhi dewan komuniti Serendah ini.

send using HTC 'cap ayam'

PRK P094 Hulu Selangor - Awal di Pengumuman Calon.

Teman memulakan tugas awal kali ini. Sesampai teman di Kuala Kubu Baharu disambut mesra oleh sekretariat PRK Keadilan. Elok lepas sapedek, teman pun chalo ke tempat pengumuman calon di Pusat Komuniti Serendah.

Nih teman udah sampai ke lokasi kejadian. Orang dah mule menbanjari dewan nih. Dalam sejarah teman ikut pilihanraya, nih la baru 1st taim pengumuman calon dibuat time dibuat dalam dewan... Walawei best nye..

send using HTC 'cap ayam'

12 April 2010

PRK P094 - Hulu Selangor - Memerlukan bantuan

ini posting dalam blog al-banjari. Sebab gua pun terlibat... oleh yang demikian, gua nak pohon bantuan mana yang ada...



Kelmarin wak dihubungi sahabat yang menguruskan kebajikan blogger 'sukarelawan' untuk Hulu Selangor. Nadanya tidak seceria selalu. Butir cakap juga tidak panjang-panjang. Dipendekkan cerita, dari apa yg dibualkan, masalah utamanya ialah tentang peruntukan untuk blogger yang bertugas di sana. Khususnya blogger blog berbahasa melayu. Betul juga katanya.

Biarpun telah dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan tentang hal itu 2 minggu lalu, sehingga kini tidak ada sebarang makluman dan feedback diterima berhubung duduk perkara 'sukarelawan' ini. Sedangkan masa kian suntuk. Banyak perkara memerlukan duit untuk disediakan. Blogger yang telah mendaftarkan diri sebagai 'sukarelawan' sudah mula memulakan perjalanan seawal hari ini. Sebagaimana yang wak postkan artikel awal di sini, ia berkaitan.

(Memang benar, blogger datang ke Hulu Selangor atas perbelanjaan sendiri, namun tidak salah untuk meraikan mereka yang datang membantu dengan menyediakan sedikit kemudahan dan makan minum mereka ala kadar, juga sedikit wang petrol untuk rakan-rakan blogger yang membuat liputan ketika disana )

Dia dah makin pening katanya. Mahu tidak mahu, pungutan dana perlu dilakukan menerusi blog. Atas rasa tanggunjawab dan semangat persahabatan, wak tulis juga artikel ini bagi pihaknya. Oleh kerana wak bukan 'lead' untuk blogger di Hulu Selangor, tidak lah wak jadi sepening ketika wak menguruskan rakan-rakan ketika di Bagan Pinang tempohari. Sekarang yang pening sahabat wak ini. Wak simpati juga dengan dia, bila dia ada kata " depa ni serius ker nak kan khidmat blogger di PRK sini Macam tak serius jer ! " Itu kata luahannya..sedih wak dengar. Tapi wak faham, situasinya sedang tertekan, mahu tidak mahu, sedikit emosi itu dibenarkan.

Demi muafakat dan keselesaan blogger yang bertugas di sana, maka wak buka kepada pembaca-pembaca sekelian tidak kira apa bangsa jua, berilah sumbangan ikhlas anda semua untuk DANA BLOGGER Pakatan Rakyat yang bertugas di Hulu Selangor.

Sahabat wak juga menambah, pungutan dana ini bersifat sementara, andai telah mencukupi kadar yang dinyatakannya iaitu RM7 ribu* untuk biaya dan kos perbelanjaan 15 bloggers di sana selama 12 hari, kutipan dana itu akan ditutup bila jumlah itu mencapai sasaran*.

Jika dilihat kepada jumlah pembaca blog Pakatan, 1 blog 1 ribu pembaca, jika ada 7 blog otai yang membantu mem'war-war'kan harapan ini, sudah ada 7 ribu pembaca..itu baru 7 blog...jika seorang pembaca hulur RM1 dengan ikhlas membantu, cukup ler tu..!

Sumbangan dimulakan dengan kadar minima RM1. Hulurkan sumbangan semua ke akaun dibawah :
Mayban2U : 1580 1518 1410
Nama pemegang akaun : Puan Hamidah binti Ramli
(ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat))

Terima kasih kepada yang ikhlas membantu/menyumbang ke Tabung Dana ini untuk Hulu Selangor.

10 April 2010

Bayangkan

Kome bayangkan. Masa si Obama nih jumpa PM 1Malaysia nih, tetiba dia tanya...

"Apa beza you punya 1Malaysia dengan 1Israel...???"

...............................


rujuk sini

04 April 2010

PRK P094 - Hulu Selangor - Teka-teki Teka-tekuk

Teka-teki, Teka-tekuk...
Ular Mati Hisap Rokok...

Teka-teki ini tidak ada kene mengena dengan posting yang bakal aku buat ini. Tapi ia tetap berkaitan dengan teka-teki...

Teka-teki yang kita semua nak tahu jawapannye ialah siapa calon yang akan bertanding di PRK -049 Hulu Selangor.

Semalam aku jumpa dengan bomoh patah yang ubatkan tangan aku yang patah dulu kira-kira 15 tahun yang lalu. Tak sangka pulak boleh jumpa orang tua nih... Masa mengubatkan aku, mulut orang tua nih memang celabai sikit... Mujur masa tu aku masih bebudak... Kalau tak mau kene penerajang ngan aku...

Tapi yang paling aku tak sangka orang tua nih dah pencen jadi bomoh patah sepenuh masa... Kini dia jadi bomoh tilik nasib... Namun kemusykilan aku, kenapa dia pakai seluar separuh tiang... Aku risik-risik ng pakcik yang jual kueh kat simpang masuk Taman Perpaduan Tambun masa aku singgah beli kueh kat dia, katenya orang tua tu accident... takde apa yang patah, tapi tetiba hilang power nak mengurut orang... Rhupernya tok guru dia kabo, jangan berlanggor dengan orang, nanti abih ilmu kamu...

Orang tua tu jadi panik dan terus tercabut satu fius...

Namun yang klasik daripada cerita tu, orang dia masih kenai lagi, cuma bila bercakap dia jadi lain macam... yang lagi lain macamnye, sembang hanya pasai politik... Pelik aku???

Cukup kut aku intro pasai orang tua nih...

Tengah aku menghirup nescafe tarik yang sedap kat kedai Makcik Esah tu, aku nengok orang tua nih ligat bersembang dengan orang-orang kampung. Ada yang sampai tak sempat letak biji dam ke papan mendengor gebang orang tua nih...

"Bukan apa Yeop..." kata Selamat anak Lebai Hussin kat aku... "Semua PRK tahun lepas orang tua tu 'predict' 90% betui la. Dari calon sampai ler ke keputusan" katanya lagi yang diselangi speaking London...

Aku pun ambik keputusan nak dengor aper orang tua nih nak gebeng.

"Pada firasat aku la... Calon dari BN nih deme terpaksa letak Calon MIC... Si Palanival tu kira dah kuat kat Hulu Selangor tu... Tapi dengan satu syarat jer, Palinival tu mesti jadi next MIC Boss..." Peh siap speaking lagi orang tua nih...

"Cumei yang menjadi masalah besornya, bila orang nombo dua 1Malaysia kater deme nak UMNO yang bertanding..." "Jenuh 1Malaysia kene pujuk Samy Vellu kasi deme yang bertanding..."

Alasan deme mudah, sebab deme nak pulun undi Melayu... Setakat hari ini, cuma UMNO jer nampak baik daripada pandangan kaca mate deme... MCA baru nak elok balik, MIC dah susah sebab orang menyampah dengan Samy Vellu...

"Camne lak dengan Pakatan Rakyat...???"

"Haaaa nih yang aku citer lebih nih..." sambil menepuk meja...

"Aku tak fikir PAS nak masuk campur urusan pemilihan calon. So deme letak sepenuhnya ataih kepala Anwar..."

"Menurut jin-jin yang dah aku anto untuk menilik keadaan dalaman PKR, udah ada berlaku lobi-melobi dengan kuat sekali..." "Bermacam cadangan Anwar dengor sampaikan dah naik meluat dia mendengor nye..."

"Anwar mesti letak calon yang baru... tak pernah bertanding mana-mana PRK atau PRU... dan yang paling lain macam kali nih, kemungkinan besor deme nak letak calon wanita pulak..."

"Kata jin aku yang paling tua sekali... Orang tu dalam lingkungan umur pertengahan... Tak tue benor tak mude benor... around 35 to 45 years old..." makin rebel orang tua nih speaking.

"Dengor kater Shamsul Iskandar tu nak bertanding" kata sorang budak mude yang duduk ujung kedai. Si Shamsul tu rhupernye, anak buat ketua kampung yang kene tendang masa kerajaan Perak kene penerajang dengan UMNO.

" Si gemuk pendek tu...???" eh orang tua nih, terasa lak aku...

"Rentikan la nak jadi calon... CYMK eh KKK eh AMK tu dah naik lunyai aku tengok kenai bantai... Haram tak guna seduit pun..."

"Harap kene tangkap dengan polis berkali-kali masa demo, padahei bukan join demo, duduk kat kedai kopi, duduk barisan belakang. Bukannya jenih nak kedepan pun..." "Aku kira pada dia tu, elok lagi si Ezam tu lagi walaupun udah jadi katak jadian..."

"Bertahun jadi Ketua AMK tu, ape yang dia buat... Tukang report polis boleh la dia tu..."

"Dan yang aku tak berkenan lagi tu, yang kuat melobi si Shamsul nih, si Azmin tu... Bukan aper kome wei... Track Record si Azmin nih teruk bebenor... Berapa orang yang dia dah lobi sekarang nih dah jadi katak... Tak lalu aku dengor cerita katak nih" Sambung orang tua tu lagi...

"Abih siapa pulak yang nak jadi Calon PKR nih...???" Tanya Lebai Sarip kat orang tua tu...

Trutt... trutt... trutt...

Sapa lak yang telefon aku nih??? Arrrgh alamak... Si Tiru pulak yang tepon... Aku luper lak aku ader janji dengan dia nak bawak wartawan Harakah nak interview Sivakumar... Mampus dah lambat...

Aku panggei makcik Esah aku bayor pastu cabut...

Sayup jer aku dengor gebeng orang tua tu dari dalam kete...

Nak kene cari balik orang tua nih nanti... Sapa calon 'prediction' orang tua tu...

PRK P094 - Hulu Selangor - Info Ringkas

Hulu Selangor itu mempunyai pemilih berdaftar yang terdiri

Pengundi - 64,500

63,701 pengundi biasa

799 pengundi pos

32,380 pengundi lelaki

32,120 adalah wanita

Melayu - 34,020 pengundi atau 52.7 peratus

Cina - 16,964 atau 26.3 peratus

India - 12,453 atau 19.3 peratus.



Analisa awal... Memang Lubuk UMNO...