dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

sempena tahun 2010, de' anje online membuka peluang untuk sesiapa saja menulis di blog ini.

peluang ini terbuka kepada semua tanpa mengira parti, fahaman, agama, bangsa dan kewarganegaraan.

setiap artikel akan ditapis sebelum disiarkan dalam tempoh masa 24 jam.

sila hantar artikel di

sila letak nama pena di bawah artikel yang dihantar.


de' owner

18 April 2010

Bila Zamery Berkata-kata...

Zamery kata sikap sebenar pembangkang ditunjukkan semasa demonstrasi di Masjid Negeri Ipoh. Pembangkang katanya lagi suka mencari simpati untuk kepentingan politik. Sepatutnya juga, kata Zamery, pembangkang perlu menyiasat kebenaran berita tersebut sebelum mengambil tindakan. Dan sekiranya berita itu benar, tindakan yang bijak perlulah diambil tapi janganlah di tempat beribadah kita. Begitulah kata-kata Zamery dalam MStar.

Sesumpah berkata pula...
Pandailah kau bercakap wahai zamery yer. Kau tau tak, bahwa mereka adalah umat Islam yang berjuang menentang campurtangan Israel di negara tercinta ini. Sekurang-kurangnya masih ada sekelumit umat Islam di negara ini yang sensitif terhadap isu ini.

Apa kata kalau zamery menyiasat sendiri isu tersebut secara telus dan ikhlas demi Islam tercinta. Dapatkan kepastian daripada tok ketua Najib. Setelah siasatan selesai war-warkan kepada rakyat. Nyatakan secara jujur hasil siasatan tersebut. Tapi janganlah ditipu lagi rakyat-rakyat yang bodoh ini.

Apakah Zamery nie berani untuk mengambil tindakan tersebut seperti yang disarankannya dalam MStar tur ??? Kita sama-samalah tunggu bila pulak Zameri nak mulakan siasatan ala-ala Jemes Bond tu yek...

0 komen:

Post a Comment