dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

20 April 2010

P094 - Selamat berambus, selamat datang

Nak heran apa... Bila aku hentam PKR sebagai Parti Katak Ramai, deme sekarang dah jadi tak kisah dah... Sepanjang minggu PRK nih banyak kita dengor cerita lompat-melompat nih... Macam yang Anwar cakap masa pengumuman calon kat Dewan Komuniti Serendah aritu, bersedia dengan berita orang keluar parti masuk UMNO... silap-silap gaya ahli yang lompat tu lagi ramai daripada ahli PKR itu sendiri...

Serba sedikit profil pelompat-pelompat terhebat abad ini...

Ketua AMK Shah Alam, Nor'isham Manap dan Timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar... Pertamanya deme masuk sebab ikut Ezam... dari dulu dah mengeletek nak keluar cuma Ezam cakap rilek dulu... Berita yang disahkan oleh Bro Faris, PKR Shah Alam, Budak dua ekor nih deme cari sejak 6 bulan lepas... hilang tanpa dikesan... calling tak dapat, sms tak jawab... So deme tak heran bila berita nih keluar... Kemudian, yang paling klasiknya, menurut Setiausaha AMK Shah Alam, Wan Loqman Hakim Wan Aminuddin, member deme sendiri, deme nih cuma mangku jer jawatan ketua dan timbalan AMK Shah Alam... So memang tidak menjejaskan perjalanan Parti dari dulu sampai ke la nih...

So tutup kes cerita mangkuk hayun 2 ekor nih...

Next, Dr Halili... Aku menghela nafas kelegaan masa dia tak dipilih menjadi calon. Dari awai lagi aku dah tahu masalah mangkuk hayun sekor nih... Masa nama dia dipetik untuk jadi calon, ada sikit panik aku dengan berita tu... Mangkuk hayun nih hanya mengangguk di air yang keroh... Kecewa bila dia tak pilih sebagai calon... Elok la pun. Ada orang cakap dia nih species Mohsin tambah dengan Zul Nordin. Orang rapat DSAI tapi keje serupa takde... Dah yang paling kita semua nak tahu, dia adalah rakan baik kepada Datuk Salehuddin Hashim. Mantan Setiausaha Agung PKR yang menafikan dia jadi dalang kepada ADUN dan MP PKR yang melompat sebelum ditanya tentang soal tu.

Ok hangpa kenai dah kan... Aku rasa elok la depa ni berambus pun...

Seterusnya kita tengok apa cerita dua ekor wanita PKR... yang jadi Timbalan Ketua Wanita Bagan Serai nyer cerita hangpa baca kat sini.... Aku kenai abg Tan Kuda nih dan kalau hangpa percaya kat aku, maka hangpa patut percaya apa yang dia habaq...

Cuma yang lagi sorang nih...Soraya Sulaiman. Dia memang Ketua Wanita Tanjung Malim. Merangkap Ketua Penerangan Wanita PKR Perak. Dia masih lagi ahli PKR semasa Jamal melompat keluar parti dan runtuhkan kerajaan Perak. Tetapi sejak daripada hari itu sampai la dia lompat, tak pernah mandang pun muke dia... Aku pernah dealing dengan Wanita PKR di Tanjung Malim. Depa dah habaq kat aku sejak dari tengah tahun lepas lagi dah problem. Tetapi yang utamanya, dia nih ada banyak hutang. Sejak pertama kali diceritakan oleh salah seorang Wanita PKR Kuala Kangsar, ramai yang mula bukak cerita Soraya nih... Memang teruk pun. Kira takde masalah dengan la kalau depa melompat pun... Kira membersihkan mana kekotoran yang ada di PKR.

Hampir semua yang melompat nih adalah mereka yang kecewa. Kecewa sungguh lama sebelum depa melompat...



3 4 orang yang kecewa pergi dari parti... Kita tak rasa sangat... Tetapi kita dapat 1 Parti pulak masuk Pakatan Rakyat. Dalam duk kempen tuk PRK Hulu Selangor, PRK Sibu pulak akan mendatang. SNAP (The Sarawak National Party) telah menandatangi perjanjian dengan ketiga-tiga parti sekaligus menjadi parti komponen ke-empat Pakatan Rakyat. Ini akan mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sarawak.

Sumber berita kat sini...

Secara konklusinya... 3 4 ekor katak melompat keluar, Pakatan Rakyat pula dapat Naga Sakti daripada Sarawak... Tahniah.

LAWAN TETAP LAWAN...

No comments:

Post a Comment