dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 April 2010

PRK P094 - hari pertama team di sini

kalau pegi kuala kubu... tulis nama atas batu...

ermmm sampai kesudah ler orang pegi kat kuala kubu nih akan tulih nama deme ateih batu jer...

tiada kemajuan yang ketara dapat dilihat di kuala kubu baru nih... istilah yang teman belajo kat masa kat U dulu... MANDOM... harapkan ada banyak pejabat jabatan kerajaan yang banyak jer kat sini...

tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasai betapa mundurnya KKB nih... tapi aku nak citer situasi kami yang ada kat sini setakat hari ini...

Telefon yang panjang aku dengan wak albanjari, mencerita serba sedikit tentang apa yang aku alamai kat sini... alhamdulillah tempat tiduq kami agak selesa, walaupun lokasinya agak jauh dari tempat nak buat keje...

itu takde hal... news yg aku citer di facebook aku menyatakan yang laptop aku dah jadi sayor goreng. So kali ini aku bawak desktop aku ke sini.

Setakat hari ini pergerakan agak terbatas. Pertamanya aku cakap terus terang tengah sengkek giler... Minyak jenis paras tengkuk jer. Takde hal lagi la. Sebab hari pertama nak bertugas nih aku lebih tertumpu pada nak setupkan pc dan bilik untuk blogger berkerja. Aku cuba usaha yang terbaik untuk dapat fasilities yg top class tuk rakan blogger. Malangnye elok lepas aku setup desktop aku tepat jam 4.50 petang baru aku sedar yang kerja aku hampeh tak bleh jalan jugak. Bilik kami dengan point internet terletak lebih 50 meter. Jadi wifi tak de la jalan. Ditambah pulak... Aku pakai desktop. Maner ader aku bubuh wifi card. Mampus...

Jadinye kat sini aku nemohon sesangat kat kome yang baca posting nih, kalau dapat aku minjam router wifi kome. Tambah lagi dengan cabel cab5 dalam lebih 50 meter. Boleh aku siapkan satu access point tuk blogger nak wat kerojer... Nak minta PKR? Aku dapat tempat berteduh dan makan pun aku rasa dah cukup bertuah alam dah.

Andai kata duit yang kome dermakan tu cukup, aku akan runner gi kl cari menalah tu. Takkan aku nak sambut geng blogger yang lain dengan bilik yang serba mewah tapi takde internet. Hehehe...

Esok aku pagi, sesudah aku dapat internet, aku akan cuba updatekan lokasi pengumuman calon serta gambar lokasi kejadian... Doa dan berkat belanja yang kome semua sedekah kan aku akan kenang sampai mati... Aku akan usaha yang terbaik untuk nenyediakan laporan terbaru tuk kome semua.. Sekian dulu...

send using HTC 'cap ayam'

No comments:

Post a Comment