dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

15 April 2010

PRK P094 Hulu Selangor - Keadaan Setempat

Aku seawal jam 9.00 keluar dari sarang. Hajat untuk tour dan survey kawasan hulu bernam. Tapi sekeluar dari sarang banyak tergantung beberapa banner yang mendesak agar Palanivel tidak diletakkan sebagai calon. Tapi setelah kami balik dalam jam 12.00tghari, hampir kesemua banner tu telah diturunkan.

Ini adalah beberapa petanda yang menunjukkan ada yang mungkin berlaku petang nanti semasa pengumuman calon BN di Bukit Sentosa jam 3.30 petang.

send using HTC 'cap ayam'

No comments:

Post a Comment