dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

12 April 2010

PRK P094 - Hulu Selangor - Memerlukan bantuan

ini posting dalam blog al-banjari. Sebab gua pun terlibat... oleh yang demikian, gua nak pohon bantuan mana yang ada...



Kelmarin wak dihubungi sahabat yang menguruskan kebajikan blogger 'sukarelawan' untuk Hulu Selangor. Nadanya tidak seceria selalu. Butir cakap juga tidak panjang-panjang. Dipendekkan cerita, dari apa yg dibualkan, masalah utamanya ialah tentang peruntukan untuk blogger yang bertugas di sana. Khususnya blogger blog berbahasa melayu. Betul juga katanya.

Biarpun telah dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan tentang hal itu 2 minggu lalu, sehingga kini tidak ada sebarang makluman dan feedback diterima berhubung duduk perkara 'sukarelawan' ini. Sedangkan masa kian suntuk. Banyak perkara memerlukan duit untuk disediakan. Blogger yang telah mendaftarkan diri sebagai 'sukarelawan' sudah mula memulakan perjalanan seawal hari ini. Sebagaimana yang wak postkan artikel awal di sini, ia berkaitan.

(Memang benar, blogger datang ke Hulu Selangor atas perbelanjaan sendiri, namun tidak salah untuk meraikan mereka yang datang membantu dengan menyediakan sedikit kemudahan dan makan minum mereka ala kadar, juga sedikit wang petrol untuk rakan-rakan blogger yang membuat liputan ketika disana )

Dia dah makin pening katanya. Mahu tidak mahu, pungutan dana perlu dilakukan menerusi blog. Atas rasa tanggunjawab dan semangat persahabatan, wak tulis juga artikel ini bagi pihaknya. Oleh kerana wak bukan 'lead' untuk blogger di Hulu Selangor, tidak lah wak jadi sepening ketika wak menguruskan rakan-rakan ketika di Bagan Pinang tempohari. Sekarang yang pening sahabat wak ini. Wak simpati juga dengan dia, bila dia ada kata " depa ni serius ker nak kan khidmat blogger di PRK sini Macam tak serius jer ! " Itu kata luahannya..sedih wak dengar. Tapi wak faham, situasinya sedang tertekan, mahu tidak mahu, sedikit emosi itu dibenarkan.

Demi muafakat dan keselesaan blogger yang bertugas di sana, maka wak buka kepada pembaca-pembaca sekelian tidak kira apa bangsa jua, berilah sumbangan ikhlas anda semua untuk DANA BLOGGER Pakatan Rakyat yang bertugas di Hulu Selangor.

Sahabat wak juga menambah, pungutan dana ini bersifat sementara, andai telah mencukupi kadar yang dinyatakannya iaitu RM7 ribu* untuk biaya dan kos perbelanjaan 15 bloggers di sana selama 12 hari, kutipan dana itu akan ditutup bila jumlah itu mencapai sasaran*.

Jika dilihat kepada jumlah pembaca blog Pakatan, 1 blog 1 ribu pembaca, jika ada 7 blog otai yang membantu mem'war-war'kan harapan ini, sudah ada 7 ribu pembaca..itu baru 7 blog...jika seorang pembaca hulur RM1 dengan ikhlas membantu, cukup ler tu..!

Sumbangan dimulakan dengan kadar minima RM1. Hulurkan sumbangan semua ke akaun dibawah :
Mayban2U : 1580 1518 1410
Nama pemegang akaun : Puan Hamidah binti Ramli
(ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat))

Terima kasih kepada yang ikhlas membantu/menyumbang ke Tabung Dana ini untuk Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment