dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

14 June 2010

Nizar Letak Jawatan Presiden PAFA


Setelah mendengar banyak spekulasi daripada pelbagai pihak akhirnya Dato' Seri Nizar meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PAFA berkuat-kuasa serta merta mulai hari ini. Setelah hampir setahun setengah meneraju pengurusan PAFA, beliau akhirnya meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada pengurusan yang lain untuk mentadbir persatuan berprestij ini ke era yang lebih baik.

Beliau meletakkan jawatan selepas menghadiri mensyuarat bulanan ahli majlis tertinggi PAFA yang membincangkan tentang persembahan pasukan bola sepak Perak di SUKMA baru-baru ini. Antara yang turut meletakkan Jawatan adalah Timbalan Presiden PAFA, Y.B Seah Leong Peng dan pengurus pasukan liga Super Perak Ustaz Nurazli Musa.

Ketika ditanya oleh wartawan, Dato' seri Nizar tidak menafikan peletakkan jawatan beliau adalah disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak. Namun itu adalah perkara yang normal bagi mana-mana persatuan dan juga mana-mana pemain bola sepak. Beliau menegaskan bahawa pelepasan jawatan ini lebih bersifat memberikan laluan kepada pengurusan lain untuk menguruskan PAFA dengan lebih baik agar pencapai pasukan bola sepak Perak akan lebih baik pada masa yang akan datang.

Skuad Liga Super Perak sekarang berada ditangga ke 12 liga namun nasib Skuad Piala Presiden pula lebih baik iaitu berada ditangga kedua dibelakang Kedah. Semua pemain dan jurulatih kedua-dua skuad kekal seperti sedia kala namun itu terpulang kepada pengurusan yang baru nanti untuk menentukan kontrak mereka.

Lepas Jawatan PAFA

Dato' Seri Nizar hari ini mengesahkan melepas jawatan sebagai Presiden PAFA.

Berita selanjutnya menyusul.

Realiti Bola Sepak di Malaysia

Memang dah berhabuk. Macam biasa alasan yang korang dengar daripada blogger yang makin kurang buat posting, sebab sibuk di Facebook. Tapi perkara ini adalah normal. Orang boleh bukak berjuta blog tapi nak maintain bukan semua pun mampu. Sama je macam kat de-anje nih. Setakat nih aku buat mana yang aku mampu. Sebab aku bukan jenih makin kreatif bila jadi susah. Just nak bagitau aku tengah di zaman kesusahan. Lupakan bab de-anje.

Macam tajuk yang aku tulis kat atas, sebenar aku makin hari makin menyampah melihat situasi bolasepak kat Malaysia. Dengan berlakunya pemberian lesen judi bola sepak kepada Berjaya (dah macam pak lah - kerajaan flip flop) bola sepak di Malaysia nih makin merudum image dan kredibilitinya. Maaf cakap, kegagalan bola sepak Malaysia memang disebabkan pengurusannya yang macam haram JAD*H. Daripada peringkat atasan iaitu FAM sampailah ke pengurusan negeri.

Aku dah Peihong adalah orang Perak. Dan dream kami duduk melepak kat Anje tu ada memacam. Salah satunye bab bola sepak. Peihong kalau dibandingkan setakat knowledge aku dalam bolasepak nih, macam Empangan Bakun dengan tangki air kat rumah aku. Pernah sekali di datang kat Anje pastu cerita kat aku pasai nak beli Newcastle. Aku yang tak pernah gelak dengan idea dia terus mendengar dan wallah, memang boleh bikinnye. Very good planning dan terus-terang kalau sapa percayakan kami, gerenti aku ng dia pakai Bugatti Veron lah sorang dua. Tapi masalahnya saya percayakan kami yang sembang di kedai kopi aka kedai mamak sahaja.

Masalah bolasepak Malaysia sebenarnya berpunca apabila ahli politik yang memegang tampuk pengurusannya. Kami berdua sebenar amat berang bila Dato Seri Nizar mengambil alih tampuk pimpinan PAFA Disember 2008 dahulu. Kami bukan berang kerana dia bakal menjahamkan bola sepak Perak tapi berang sebab orang lain mesti akan menggunakan isu nih untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat. Dan satu perkataan personal aku nak bagi kat kepada orang atau kumpulan orang yang menasihati atau menyarankan kepada Big Bos aku nih suruh ambik post Presiden PAFA ---- CIB*I. Nama jer orang lama. Tapi tak pernah nak tengok masa depan.

Pada permulaan yang agak baik dengan pilihan pemain dan juga jurulatih yang aku rasa paling berwibawa abad ini. Tapi malang tidak berbau. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dan seterusnya semua dana untuk membantu PAFA hangus ditelan dek Kerajaan Aman JAYA nih. Nah sekarang mana yang penasihat yang pandai nak mampus tu pegi bila kerajaan yang tumbang. Duk sibuk dengan politik sehingga keputusan deme yang dahulu dilupakan.

Semasa Nizar masuk pejabat di PAFA satu perkara yang paling mengejutkan adalah peruntukan PAFA yang diberikan oleh FAM (Setiap kelab bola sepak negeri akan diberikan geran RM250,000 setahun) telah habis digunakan. Masalahnya kalau peruntukan tahun itu yang habis boleh dikira lagi tetapi PAFA siap dah ambik advance sampai tahun 2010. Bermakna, PAFA telah menggunakan peruntukan untuk tahun 2010 pada tahun 2008 dan itu menyebabkan pengurusan Nizar masuk dengan keadaan akaun PAFA negatif untuk dua tahun. Satu perkara yang gila aku cakap.

Semasa kerajaan negeri masih dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, boleh la bantu yang mana boleh. Nah sekarang ingat Zambry tu nak tolong ke musuh no 1 dia. Kalau aku, aku tolong sebab aku ada agenda yang lagi besar. Sebabkan species UMNO nih memang bangang walaupun ada 15 PHD sekalipun dia dah tentu tak tolong.

Oleh yang demikian, Dato Seri Nizar terpaksa menggunakan wang peribadi beliau untuk membangunkan kembali PAFA dan membayar semua hutang-hutang PAFA yang tertungga menelan hampir berjuta ringgit tu. Apa cara lagi nak bantu PAFA...??? Para pengkritik hanya bola sepak yang pro UMNO atau Pro Pakatan Rakyat hanya tahu nak kritik sahaja. Kalau benar mereka sayangkan PAFA, adakah mereka nak datang tolong beri idea atau buat fikiran???

PAFA dibawah pengurusan Nizar terus ditekan dengan masalah kewangan. Terakhir adalah masalah gaji. Kalau gaji pemain yangs sedia ada mungkin kita akan marah, tetapi ini adalah gaji daripada pemain yang dahulu. Pengurusan dahulu yang buat tahi, pengurusan sekarang yang jadi mangsa. Bila aku selidik betui-betui, terus hilang respect aku kepada bekas Kapten Pasukan Perak nih, rupernyer ada agenda politik. Sebab dia adalah ahli UMNO yang aktif di kawasan dia. Patutnya beriya-iya nak gaji balik. Sebenarnya nak burukkan pengurusan PAFA sekarang.

Tahun 2009 adalah tahun yang amat malang kepada pasukan bola sepak Perak apabila hanya mampu berada di tangga ke 10 liga dan melihat kehilangan jurulatih pasukan meletakkan jawatan. Dan tahun ini Perak berada di tangga yang ke 12 liga pula. Apa punca sebenarnya. Kalau dilihat masalah dalaman, aku akan cakap nih adalah disebabkan apabila ahli politik menjadi pengurus pasukan. cukup setakat itu dan aku tak mahu nak ulas lagi.

Skuad Liga Super sebenarnya hanya mendapat satu sahaja sponsor pada tahun ini iaitu daripada SPECS. Tapi sponsor tu bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk jersi dan beberapa lagi peralatan pemain. Sponsor duit...??? Elek pocit. Selama hari ini, duit PAFA banyaknya datang daripada poket Nizar sendiri. Bukan takde syarikat yang datang mempelawa untuk menjadi sponsor kepada skuad Perak tetapi apabila perbincangan sedang berlangsung, ada tangan-tangan ghaib datang mengacau dan akhirnya mereka "back-off" daripada meneruskan perbincangan. Ini kerana syarikat yang datang tu semuanya ada kontrak dengan kerajaan Malaysia. Mereka diugut untuk membatalkan kontrak mereka jika mereka memberikan sponsor kepada PAFA. Busuk tak???

Perbelanjaan PAFA bukan setakat 10 ke 12 ribu sahaja sebulan, tapi boleh mencecah puluhan malah ratusan ribu sebulan. Kaya macam mana pun tokey kuda, silap-silap gaya kandang pun boleh kene jual.

Itu lah serba sedikit cerita pasai PAFA setakat yang aku tahu dan setakat yang faham dan pandangan aku. Sebelum aku menutup cerita, korang baca news ini yang aku buat kat Ureka.Asia.

http://ureka.asia/2010/06/bola-sepak-perak-bersedia-untuk-sukma-ke-13/

dan apa pula terjadi kat team ini di Melaka di sini...

http://www.seladang.net/2010/06/kemelut-skuad-bolasepak-sukma-xiii-2010/#more-1532

13 June 2010

Siapa buat teks ucapan Najib?

Posting asal ini adalah di Facebook aku

Salam 1Malaysia yang kuat MENIPU.

Aku pagi nih berkesempatan membuka dan membaca beberapa blog. Last-last aku bukak Malaysiakini. Kira nih berita semalam la nih. Aku yang tak bukak semalam. Sila baca kat sini...

http://www0.malaysiakini.com/news/134388

So aku screenshot satu mende yang menarik perhatian aku.



PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...

http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global%20Competitiveness%20Report/index.htm



jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.

http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_a6b32071-c0a81573-3a2f3a2f-91738c87



Jadinya sekarang siapa yang pandai menipu rakyat. Dah lah bagi ucapan kat Bukit Jalil. Kalau kat Batang Ai takpe jugak. Capaian internet sangatlah mengecewakan.

Ha nih, saya bukan ahli politik BN atau Pakatan Rakyat dan saya anak muda. Saya nak pesan kepada semua anak muda yang ada kat Facebook nih. BN sebenarnya sudah tidak relevan. Kalau dibiarkan lagi mereka memerintah, memang betul tahun 2019 kita akan bangkrap. Jangan terpedaya dengan kata-kata yang kita jangan lupa dengan jaya yang BN buat. Jangan begitu kerana apa yang mereka dah buat adalah tanggungjawab sebagai kerajaan.

Konsep itu sama dengan seorang ayah memberikan makan kepada anaknya. Kalau ayah kita tak berikan makanan dah tentu dia jadi ayah yang tidak bertanggungjawab. Maka itu adalah perkara wajib bagi seorang ayah. Tak kira dia ayah kandung, ayah tiri atau ayah angkat.

Sama seperti kerajaan. Walaupun kerajaan itu diperintah oleh BN atau Pakatan Rakyat, tanggungjawab mereka tetap sama. Apa yang dipertanggungjawab mereka harus buat.

Cuma apa yang akan berbeza nanti adalah, mungkin ayah kandung kita akan berikan kita nasi daripada beras BASHMATI. Mungkin ayah tiri kita cuma berikan nasi daripada Beras TESCO. Qualiti yang berbeza tetapi tetap nasi dan beras.

Dalam konsep kerajaan pun sama. Kualiti prasarana pula diberikan pula menjadi tahap pengukur. Mahukan anda dengan kerajaan yang bina stadium dah sampai setahun runtuh. Mahukan anda kerajaan yang nak jalan cukai GST sedangkan hasil bumi Malaysia nih cukup untuk berikan RM18,000 seorang setiap tahun dan Malaysia masih ada untung daripada itu. Mahukan anda bayar harga minyak petrol dengan harga yang tinggi sedangkan kita adalah pengeluar minyak petroluem terbaik di dunia.

Oleh yang demikian, pilihlah perubahan. Pilih lah pembaharuan. Pilih kerajaan yang lebih teratur. Jabatan Audit Negara dah meletakkan pengurusan kerajaan negeri di Pakatan Rakyat ditahap 3 dan 4 bintang. Sedangkan pengurusan negara dibawah par disebab ketirisan yang melampau.

Anda penentu kepada kerajaan masa hadapan. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa kepada kesilapan anda memilih kerajaan.