dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

21 July 2010

Red Devil



Ini Mufti sudah kasi warning, sapa pakai ini baju berdosa besor wo... Haram seharam-haramnye... Baca sini...

Untuk pengetahuan, Datuk Nooh ini adalah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor... Ada yang bagi tahu aku dia nih member baik Harun Sanni...

Dia juga yang mengeluarkan fatwa yang berbunyi... HARAM duit belakon jadi pondan...

17 July 2010

Denda baru untuk ADUN


Lepas aku tengok dan fahamkan beberapa isu dalam video ini aku mencadangkan supaya diadakah satu denda baru khas untuk ADUN di Negeri Selangor. Barang siapa yang melanggar peraturan dewan sehingga diperintahkan untuk keluar daripada sidang dewan akan dikenakan denda mengikuti kelas pemahaman peraturan sidang dun selama seminggu. Sekiranya beliau gagal melengkapkan denda berkenaan beliau akan didenda melakukan khidmat masyarakat selama sebulan.

BEST TAK...???

Komen Bro Minaq Jinggo... : Saya baru saja menonton video ini. Agak menarik cara Speaker mengawal perjalanan Dewan. Berulang kali dia menperingatkan Shukor akan... peraturan Dewan, tapi si Shukor walaupun memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor nampak kurang bijaksana mengawal imosi dan tidak mendalami Peraturan Dewan. Anda semua tengok lah sendiri video yang sharp and clear ini. Apa iktibar dari kes ini?

16 July 2010

Karpal Singh memang otak biul

Hahahaha... aku kutuk Karpal Singh sebab otak dia biul. Dahlah OKU lepas tu memandai jer cakap menentang PAS nak buat negara Islam...

Itulah duk pusing-pusing orang UMNO cakap bila nak busukkan nama DAP.

Sebenarnya hingga ke hari ini aku masih gagal nak jawab dengan baik hujah ini. Namun aku berterima kasih kepada Ustaz Idris Ahmad dengan jawapan yang aku rasa boleh kasi telanjang balik orang UMNO.

Ini aku quote ayat daripada satu blog.

"Dengan kata mudahnya, kita sedikit pun tidak merasa hairan sekiranya Karpal Singh menolak dan tidak mahu berkompromi tentang konsep Negara Islam apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud berdasarkan syariah Islam sepenuhnya, tetapi kita amat pelik serta merasakan terlalu sedih seandainya yang menolak dan menentang perkara ini adalah UMNO yang selalu mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini."

Baca seterusnya disini...

Jadi aku dah berjaya mendapat satu point yang menarik bila berhujah dengan puak UMNO nanti.

Bahana Diskaun 50%


Aku dah cakap awai-awai, berita tadi tu aku mimpi jer... yang hangpa pi buat sungguh-sungguh tu buat apa...??? Adoila...

Siap ada bagi makan-makan lagi...

Diskaun untuk GULA dan PETROL

Berita ini adalah mimpi semata-mata

Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Sementara gula akan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.

Namun demikian kepada semua rakyat Malaysia yang sudah memiliki Kad Keahlian UMNO seumur hidup boleh mendapat diskaun sebanyak 50% keatas semua barangan tersebut. Setiap kali membeli barangan berkenaan, anda dikehendaki untuk mengemukakan kad keahlian tersebut untuk mendapat potongan harga berkenaan. Kepada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa MELAYU dikehendaki untuk mendaftar dengan PERKASA Cina dan juga dengan PERKASA India yang mungkin akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Namun demikian kabinet belum memutuskan samada membenarkan penggunaan kad keahlian GERAKAN, PPP atau mana parti kompenen yang lain untuk mendapat diskaun yang serupa.

Kabinet juga bakal mengadakan roadshow untuk mendapat lebih ramai ahli UMNO di seluruh Malaysia. Roadshow berkenaan bertemakan "Daftar UMNO untuk DISKAUN".

Menurut sumber-sumber dalaman, kabinet juga mungkin akan menggantikan MY-KAD kepada Kad Keahlian UMNO pada masa yang akan datang.

Pengerusi PERKASA MELAYU Dato Ibrahim Ali menyokong 100% tindakan kerajaan kali ini kerana ini melambangkan bahawa Negara Malaysia adalah negara yang cukup maju dan beliau percaya dengan kepimpinan PM 1Malaysia Dato Seri Najib, beliau akan menaikkan Malaysia di mata dunia.

"Kita utamakan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan. Sebab itu rakyat yang mendapat dahulu kebaikan kerajaan sekarang" tambahnya lagi

Mengulas isu pasir di Selangor, beliau menyatakan pendirian berkecuali kerana beliau lebih tertarik dengan isu air disebabkan ia lumrah hidup beliau dulu kini dan selamanya.

08 July 2010

Felda : bangkrup atau tidak?

Busy dan diluar comfort zone buatkan aku kurang menulis walaupun banyak cerita dan isu.

La ni syok baca cerita felda. Memula cerita felda bangkrup kemudian cerita peneroka felda dapat duit raya. MRSM felda pun yang termoden dan tercanggih.

Dengan limpahan duit raya dan mrsm modem maka mereka mendabik dada mengatakan felda bangkrup adalah propaganda sahaja. Malahan ada yang nak buat road tour untuk berceramah tentang felda TIDAK bangkrup. Salute juga sebab mereka mendahulukan rakyat.

Apakah cukup dengan ceramah? Apakah cukup dengan penjelasan? Dalam perniagaan, kuat atau lemah semua boleh dilihat melalui akaun syarikat yang beraudit. Jadi disamping turun padang buat ceramah apakata bawak sekali kunci kira kira felda yang terbaru? Usah le gebang dalam ceramah yang felda ada aset yang kalau dicairkan akan menghasilkan wang tunai sebanyak 10billion. Cerita billion dan million ni aku ngan anaz pun selalu gebang masa lepak minum teh. Kawan aku yang ada tanah pun kata tanah dia kalo jual boleh dapat million rm walhal bila aku tanya lokasi tanah kawan aku tu nun kat ceruk dunia dan belum amik kira tanah pulak jenis gambut dan berasid dan luas baru seekar je. So aku tak nak gebang kosong atau senyum kambing. Bg aku black and white. Then baru le pengundi atas pagar macam aku tahu siapa betul siapa salah. Betul ke ada duit atau takda. Mungkin juga ada injection modal dari tangan tangan ghaib.

Black and white ni bukan setakat untuk mereka yang kata felda TIDAK bangkrup tapi kepada mereka yang kata felda bangkrup. Setakat buat statement kosong baik letak statement fasha sandha tentang cinta jejai kepada dia. At least ada faktanya dan sale ari tu pun naik sikit. INGAT!!! Rakyat bukannya masih bodoh.

So sila tunjuk bukti kepada rakyat. INGAT!!! Rakyat bukan bodoh macam dulu...

wa chow sin