Berita ini adalah mimpi semata-mata
Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Sementara gula akan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.
Namun demikian kepada semua rakyat Malaysia yang sudah memiliki Kad Keahlian UMNO seumur hidup boleh mendapat diskaun sebanyak 50% keatas semua barangan tersebut. Setiap kali membeli barangan berkenaan, anda dikehendaki untuk mengemukakan kad keahlian tersebut untuk mendapat potongan harga berkenaan. Kepada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa MELAYU dikehendaki untuk mendaftar dengan PERKASA Cina dan juga dengan PERKASA India yang mungkin akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Namun demikian kabinet belum memutuskan samada membenarkan penggunaan kad keahlian GERAKAN, PPP atau mana parti kompenen yang lain untuk mendapat diskaun yang serupa.
Kabinet juga bakal mengadakan roadshow untuk mendapat lebih ramai ahli UMNO di seluruh Malaysia. Roadshow berkenaan bertemakan "Daftar UMNO untuk DISKAUN".
Menurut sumber-sumber dalaman, kabinet juga mungkin akan menggantikan MY-KAD kepada Kad Keahlian UMNO pada masa yang akan datang.
Pengerusi PERKASA MELAYU Dato Ibrahim Ali menyokong 100% tindakan kerajaan kali ini kerana ini melambangkan bahawa Negara Malaysia adalah negara yang cukup maju dan beliau percaya dengan kepimpinan PM 1Malaysia Dato Seri Najib, beliau akan menaikkan Malaysia di mata dunia.
"Kita utamakan slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan. Sebab itu rakyat yang mendapat dahulu kebaikan kerajaan sekarang" tambahnya lagi
Mengulas isu pasir di Selangor, beliau menyatakan pendirian berkecuali kerana beliau lebih tertarik dengan isu air disebabkan ia lumrah hidup beliau dulu kini dan selamanya.

0 komen:
Post a Comment