La ni syok baca cerita felda. Memula cerita felda bangkrup kemudian cerita peneroka felda dapat duit raya. MRSM felda pun yang termoden dan tercanggih.
Dengan limpahan duit raya dan mrsm modem maka mereka mendabik dada mengatakan felda bangkrup adalah propaganda sahaja. Malahan ada yang nak buat road tour untuk berceramah tentang felda TIDAK bangkrup. Salute juga sebab mereka mendahulukan rakyat.
Apakah cukup dengan ceramah? Apakah cukup dengan penjelasan? Dalam perniagaan, kuat atau lemah semua boleh dilihat melalui akaun syarikat yang beraudit. Jadi disamping turun padang buat ceramah apakata bawak sekali kunci kira kira felda yang terbaru? Usah le gebang dalam ceramah yang felda ada aset yang kalau dicairkan akan menghasilkan wang tunai sebanyak 10billion. Cerita billion dan million ni aku ngan anaz pun selalu gebang masa lepak minum teh. Kawan aku yang ada tanah pun kata tanah dia kalo jual boleh dapat million rm walhal bila aku tanya lokasi tanah kawan aku tu nun kat ceruk dunia dan belum amik kira tanah pulak jenis gambut dan berasid dan luas baru seekar je. So aku tak nak gebang kosong atau senyum kambing. Bg aku black and white. Then baru le pengundi atas pagar macam aku tahu siapa betul siapa salah. Betul ke ada duit atau takda. Mungkin juga ada injection modal dari tangan tangan ghaib.
Black and white ni bukan setakat untuk mereka yang kata felda TIDAK bangkrup tapi kepada mereka yang kata felda bangkrup. Setakat buat statement kosong baik letak statement fasha sandha tentang cinta jejai kepada dia. At least ada faktanya dan sale ari tu pun naik sikit. INGAT!!! Rakyat bukannya masih bodoh.
So sila tunjuk bukti kepada rakyat. INGAT!!! Rakyat bukan bodoh macam dulu...
wa chow sin

3 komen:
takdeya berani deme tu...
audit petronas pun masih berahsia...
time nak naik harga minyak kata petronas nak habis harta sebab subsidi..
tapi bila orang suruh bentang audit, jawapannya ialah rahsia kerajaan...
debatapasaja.blogspot.com
Salam Saudara. Saya sbgi kakitangan felda yg baru mendapat 4.5 bonus amatlah tidak bersetuju dgn kenyataan Suara Keadilan yg punya propoganda kotor. Menjadi fitnah jika yg mendakwa tak punya bukti dgn mengaibkan tertuduh (Felda) dan warga2 didalamnya .bukannya Felda yg patut tunjuk bukti tapi Suara keadilan tu bawa bukti Black n white macam saudara cakap. Mofitnya kotor dan sedih sekali memfitnah rakan senegara sesama islam.
the same goes to felda jugak la.... so kalo felda tunjuk akaun untung rugi ke public secara automatik le suara keadilan dicemuh...
Post a Comment