dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

10 February 2010

Temuramah Terpilih Sahaja...

Temuramah yang dibuat selepas keputusan mutlak siapa yang berhak untuk menjawat jawatan MB Perak.

Mat Lampir, peniaga besi dan barang-barang terpakai,
Tahniah le kepada Dato' Zambery. Diharapkan Dato' boleh tersenyum lebor selepas nie. Ingat-ingatlah Allah selalu yer Dato'. Jangan gunakan agama masa susah je. Ingat balasan di Akhirat jauh lebih pedih daripada balasan di dunia. Di Akhirat, tiada sapa boleh atur-aturkan keputusan mutlak Allah SWT. Sendiri kena tanggung le.

Aminah Dawood, surirumah,
Dato' Zambry menang yek. Makcik cuma tahu hari nie. Itu pun jiran sebelah makcik iaitu makcik Markonah yang bagi tau. Kalau idak, entah tahun depan le pulak. Makcik ucapkan tahniah le. Kena la jalankan kroje selepas ini. Jagan asyik nk tido pulak.

Timah Senah, peniaga insuran,
Bagus le. Keputusan yang adil ini memang saya dah jangka. Takkan la dema nak lepaskan apa yang ada di dalam mulut. Diharapkan juga agar ramai yang membeli insuran nyawa selepas ini. Maklum le nak menjana ekonomi negeri.

Malik Rahman, peniaga roti canai,
Bagus-bagus keputusan hakim memang tepat. Diharapkan pihak pembangkang menghormati keputusan ini. Penat dah layan isu ini. Kalau boleh semua bagi le sokongan kat Zambery. Kalau idak macam mana la dia nak memerintah nanti.

Dr. Maimon, pakar sakit tuan puan,
Wah, fantastic ! Keputusan yang adil. BN wajar memerintah sebab hanya BN yang mampu memberi rezeki kepada rakyat. Kalau orang lain, entah apa yang jadi kat negara ini. Mau huru-hara dibuatnya. Hidup BN.

Begitulah sebahagian daripada temubual yang mampu kami siarkan. Temubual-temubual yang menentang keputusan ini, kami dah reject. Cari makan maaa....

Liga Kampung Mukim Dusun Tunggal...

Minggu lepas telah diadakan suatu perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Kg. Kemetot dengan Kg. Jawa. Pasukan Kg. Kemetot telah melantik pengadil yang dipilih daripada pihak mereka juga. Ini membuatkan pasukan Kg. Jawa merasakan mereka teraniaya.

Namun berdasarkan restu daripada tok penghulu mukim, perlawanan tersebut tetap diadakan. Semasa perlawanan, pengadil telah membuat beberapa keputusan yang memihak kepada pusakan Kg. Kemetot. Keadaan ini menyebabkan para penyokong pasukan Kg. Jawa berasa tidak puas hati.

Berbeza dengan penyokong pasukan Kg, Kemetot, mereka mengatakan bahawa pengadil telah bertindak secara adil. Setiap keputusan perlu dihormati. Penyokong dan pemain pasukan Kg. Jawa dicemuh kerana dianggap tidak mempunyai semangat kesukanan.

Sehingga wisel penamat ditiup, keputusan berpihak kepada pasukan Kg. Kemetot. Para penyokong mereka berteriak gembira menandakan bahawa pasukan mereka sememangnya kuat dan takhdir memihak kepada mereka. Para pengadil pula terus pulang meninggalkan para pemain dan penyokong pasukan Kg. Jawa yang tahu semuanya hanyalah sandiwara semata-mata.

P/S : Cerita sekadar rekaan, dan tiada kena mengena yang hidup mahu pun yang mati....