dari ruyung yang pecah maka sagu bertaburan, 
dari katak yang tidak mati bila menyeberangi jalan, 
dari lembu yang mempertahankan hak namanya, 
dari meja yang ditepuk dan gelas pecah,
dari otak pemikir marhaen yang rendah IQnya, 
dari pandangan serong mata hati, 
dari racauan jiwa yang kacau,
dari kail sejengkal laut dah diduga,
dari anjing yang berjaya meruntuhkan bukit,
dari kelawar yang jaga siang,
dari pungguk yang cuba merindui mentari,
dari tikus yang berjaya membaiki labu,
dari 1Hz ke infiniti,
dan.....

-de' owner-

30 March 2010

Live @ SUK - Press Conference di Wisma DAP



send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang sudah ditangguh

Sidang sudah ditangguhkan ke esok pagi

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sekitar luar dewan

Wartawan,penyokong dan polis

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Protes

Adun PR diketuai DSN protes kerana dewan dipenuhi dengan lebih 150 polis berpakaian Kemeja Putih memenuhi sidang DUN. Adun PR berjanji takkan buat kecoh. Namun ditolak dengan angkuhnye oleh BN

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang DUN Perak 30 Mac - Kedai Kopi

Tempat wartawan dan penyokong menunggu kisah dari dalam SUK

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang Dun Perak 30 Mac - Gerombolan Polis



send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang DUN Perak 30 Mac - halangan dirempuh

Dikhabarkan adun Pakatan Rakyat berjaya masuk kedalam dewan setelah dihalang lebih 15 minit pintu masuk dewan.

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang DUN Perak 30 Mac - Pembetulan

Dikhabarkan bahawa Raja Muda Perak yang akan merasmikan sidang pada hari ini. Bukan Sultan Azlan yang merasmikan seperti dilaporkan sebelum ini. Harap maaf atas kesilapan.

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang DUN Perak 30 Mac - Sultan sudah tiba

Menurut sumber didalam, Sultan Azlan sudah tiba di Bangunan SUK. Istiadat perbarisan telah dimulakan. Dilaporkan bahawa semua camera dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk. Termasuk la milik wartawan.

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK - Sidang DUN Perak 30 Mac. Masuk ke SUK

Alhamdullilah semua adun Pakatan Rakyat dapat masuk ke perkarangan SUK dan akan bersedia untuk Perbarisan Hormat. Update yang berlaku di dalam dewan boleh didapati di idhamlim.blogspot.com. Kami akan update apa yang berlaku di luar dewan.

send using Dopod 'cap ayam'

Live @ SUK. Sidang DUN Perak 30 Mac

Sekitar luar SUK. Jam 7.30 pagi. Di luar dijangka agak tenang.

send using Dopod 'cap ayam'